9. Bait Suci Kirtland
Bait suci Kirtland berlokasi di Kirtland, Ohio.
Peristiwa Penting: Bait suci Kirtland adalah bait suci pertama dibina dalam zaman keagamaan ini (A&P 88:119; 95). Di dalam bait suci ini, Joseph Smith melihat sebuah penglihatan mengenai kerajaan selestial (A&P 137). Ianya dibaktikan pada 37 Mac 1836 (A&P 109). Pada 3 April 1836, Juruselamat muncul dan menerima bait suci ini sebagai tempat dimana Dia akan mewahyukan firman-Nya kepada umat-Nya (A&P 110:1–10). Menyusul kemunculan, Joseph Smith dan Oliver Cowdery menerima lawatan daripada Musa, Elias, dan Elia, semuanya memberikan mereka kunci-kunci imamat tertentu dan maklumat penting (A&P 110:11–16). Bait suci ini melayani para Orang Suci selama dua tahun sebelum mereka perlu keluar dari Kirtland kerana penganiayaan.