Panduan Pemimpin: Menggunakan Borang Rancangan Keberdikarian


Borang Rancangan Keberdikarian yang baru dan Panduan Uskup untuk Rancangan Keberdikarian menggantikan borang Needs and Resources Analysis (Analisis Keperluan dan Sumber) dan Needs and Resources Analysis Supplement (Analisis Tambahan Keperluan dan Sumber). Borang baru direka cipta untuk membantu uskup dan presiden cabang melayani orang yang menerima bantuan kebajikan dan membimbing mereka ke jalan keberdikarian dengan lebih berkesan.

Panduan Uskup untuk Rancangan Keberdikarian. Uskup dan presiden cabang menggunakan borang ini untuk merancang dan mengikuti perkembangan bantuan kebajikan dan membuat susulan kepada rancangan keberdikarian peribadi ahli-ahli.

Rancangan Keberdikarian. Ahli-ahli menggunakan borang ini secara persendirian atau dengan bantuan seorang mentor. Borang ini membantu ahli menilai keperluan, pendapatan, perbelanjaan mereka; mengenal pasti sumber sedia ada; mengenal pasti pelayanan yang mereka boleh lakukan kerana telah menerima bantuan; dan mengembangkan rancangan mereka untuk menjadi lebih berdikari.

Ahli-ahli yang berkeperluan seringkali dikenal pasti oleh pelayan saudara dan saudari mereka, ahli, pemimpin dan uskup Gereja. Mereka mungkin mencari bantuan uskup dengan sendiri.

Uskup bertemu dengan ahli yang berkeperluan itu untuk berbincang tentang cabaran yang dihadapi oleh ahli tersebut. Kemudian uskup boleh menjemput seorang pemimpin atau mentor untuk membantu ahli melengkapkan borang Rancangan Keberdikarian. Dengan menyemak rancangan ini, uskup dapat lebih memahami cara untuk memberi bantuan kebajikan yang berkesan. Uskup atau seorang pemimpin yang ditugaskan membuat susulan secara kerap dengan ahli itu untuk membincangkan keperluan, masalah, dan perkembangan tambahan yang telah dibuat dalam rancangan.

Borang

Panduan Uskup untuk Rancangan Keberdikarian.

Muat turun Rancangan Keberdikarian.