“Kata-kata Bijaksana,” Friend, Ogos 2021.
Pesanan Bulanan Friend, Ogos 2021
Kata-Kata Bijaksana
Joseph Smith mengadakan pertemuan untuk mengajar tentang injil. Ada masanya para lelaki merokok dan mengunyah tembakau.
Ini membimbangkan Emma Smith. Asap dan tembakau mengotori tempat itu, dan ini tidak menyenangkan. Emma dan Joseph menanyakan pandangan Tuhan tentang ini.
Joseph berdoa, dan Tuhan menjawab. Tuhan memperingatkan ahli-ahli Gereja tentang rokok dan tembakau. Dia berfirman ini tidak baik untuk tubuh badan kita. Dia juga memperingatkan mereka tentang teh, kopi dan arak.
Tuhan berfirman untuk makan buah, sayur dan makanan sihat yang lain. Kita sebut ajaran-ajaran ini sebagai Kata-kata Bijaksana.
Saya boleh mematuhi Kata-kata Bijaksana. Bapa Syurgawi akan memberkati saya apabila saya menjaga tubuh badan saya.
© 2021 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved. Dicetak di Amerika Syarikat. Kelulusan Bahasa Inggeris: 6/19. Kelulusan terjemahan: 6/19. Terjemahan Monthly Friend Message, August 2021. Malay. 17471 348