2023
Yesus Membangkitkan Lazarus dari Kematian
April 2023


“Yesus Membangkitkan Lazarus dari Kematian,” Friend, Apr. 2023, 46–47.

Pesanan Bulanan Friend , April 2023

Yesus Membangkitkan Lazarus dari Kematian

Imej
Yesus duduk bersama Maria, Marta, dan Lazarus

Ilustrasi oleh Apryl Stott

Maria dan Marta mempunyai seorang saudara bernama Lazarus. Mereka semua kawan Yesus Kristus.

Imej
Yesus memeluk Maria dan Marta

Lazarus menjadi sakit tenat. Tidak lama kemudian, dia meninggal. Maria dan Marta sedih. Apabila Yesus datang, Dia menangis bersama mereka.

Imej
Yesus berdiri di makam Lazarus

Kemudian Yesus pergi bersama mereka ke makam Lazarus. Dia berkata, “Lazarus, keluar.”

Imej
Yesus membantu Lazarus keluar dari makam

Lazarus berdiri dan berjalan keluar dari makam. Dia hidup semula! Oleh kerana Yesus, kita semua akan hidup semula!

Halaman Mewarna

Yesus Kristus Hidup

Imej
Halaman mewarna tentang kanak-kanak memegang gambar Yesus

Ilustrasi oleh Apryl Stott

Bagaimanakah anda mengingati Yesus pada hari Easter?

Cetak