“Yakub dan Nefi Melihat Yesus,” Friend, Mac 2024, 26–27.
Pesanan Bulanan Friend , Mac 2024
Yakub dan Nefi Melihat Yesus
Yakub adalah adik lelaki Nefi. Dia dilahirkan selepas keluarga mereka meninggalkan Yerusalem. Yakub tiba ke negeri yang dijanjikan sebagai seorang kanak-kanak.
Yakub dan Nefi melihat Yesus Kristus. Mereka berkongsi kesaksian dengan keluarga mereka untuk membantu mereka belajar tentang Yesus.
Mereka juga kongsikan kata-kata daripada nabi Yesaya. Yesaya juga telah melihat Yesus dan menulis tentang Dia dalam tulisan suci. Yakub dan Nefi menggunakan kata-kata Yesaya dari tulisan suci untuk mengajar keluarga mereka tentang Yesus.
Mereka mengajarkan bahawa Yesus akan datang ke bumi. Dia akan mati dan hidup semula. Mereka berkongsi kesaksian mereka tentang Yesus Kristus supaya keluarga mereka akan menanti-nantikan kedatangan-Nya.
© 2024 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved Dicetak di Amerika Syarikat. Kelulusan Bahasa Inggeris: 6/19. Kelulusan terjemahan: 6/19. Terjemahan Monthly Friend Message, February 2024. Malay. 19287 348