“Nefi Berdoa untuk Orang Ramai,” Friend, September 2024, 26–27.
Pesanan Bulanan Friend, September 2024
Nefi Berdoa untuk Orang Ramai
Nefi ialah seorang nabi. Dia dinamakan menurut Nefi yang mendapat kepingan-kepingan loyang. Dia risau tentang orang ramai. Mereka telah berhenti mengikuti Tuhan.
Nefi pergi ke tamannya. Dia menaiki menara di taman dan berdoa kepada Tuhan di sana. Dia berdoa untuk orang ramai.
Sesetengah orang melihat Nefi di menara. Mereka berhenti untuk mendengar dan mengumpulkan orang lain untuk mendengar. Apabila Nefi selesai berdoa, dia menyedari mereka sedang melihat dan mula mengajar mereka.
Nefi meminta orang ramai untuk bertaubat. Sesetengah mereka tidak suka apa yang Nefi ajarkan. Tetapi ramai yang lain mendengar! Mereka memilih untuk bertaubat dan mengubah cara mereka.
© 2024 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved Dicetak di Amerika Syarikat. Kelulusan bahasa Inggeris: 6/19. Kelulusan terjemahan: 6/19. Terjemahan Monthly Friend Message, September 2024. Malay. 19357 348