2021
Tuliskannya
Julai 2021


“Tuliskannya,” For the Strength of Youth, Julai 2021, 18–19.

Pesanan Bulanan For the Strength of Youth, Julai 2021

Tuliskannya

Mencatatkan fikiran ketika anda mengkaji ayat suci dapat membantu anda belajar.

“Setiap kali saya mula membaca ayat suci, saya akan tertidur!” kata seorang penginjil kepada presiden misinya. “Ayat suci seolah-olahnya satu ubat tidur!”

Presidennya membalas, “Pernahkah anda membuat nota ketika anda membaca?”

“Tidak,” kata penginjil itu.

“Amat mudah untuk tertidur atau membiarkan minda anda melayang apabila anda hanya membaca,” kata presiden, “tetapi ia mustahil jika anda mula membuat nota!”

Nasihat presiden misi kepada penginjil yang menghadapi cabaran ini telah meninggalkan pengaruh yang besar. Jadi jika anda sedang mencari cara baru untuk memperkukuhkan pengkajian ayat suci, cubalah ini. Apabila anda menuliskan apa yang telah dibaca, anda akan dapati diri memberi perhatian lebih dan belajar dengan lebih baik.

Berikut beberapa pendekatan yang kami dapati amat berguna.

Brother Steven Lund:

Imej
Steven Lund

Saya sentiasa ada sekeping kertas bersama apabila saya membaca. Apabila Roh mendorongi saya ketika mengkaji, saya tuliskan dorongan-dorongan tersebut.

Saya memperoleh idea itu daripada Elder Richard G. Scott (1928–2015), Kuorum Dua Belas Rasul, yang berkata: “Tuliskannya perkara-perkara penting yang anda pelajari daripada Roh pada suatu tempat. Anda akan dapati bahawa apabila anda catatkan tanggapan berharga, lebih banyak yang akan datang. Pengetahuan yang anda peroleh juga akan berguna untuk sepanjang hidup anda” (“To Acquire Knowledge and the Strength to Use It Wisely,” Ensign, Jun 2002, 32).

Saya tahu kata-kata itu benar. Apabila saya menyediakan ucapan dan ajaran, saya tidak hanya merujuk kepada ayat suci tetapi juga apa yang telah dicatat ketika membacanya.

Brother Ahmad Corbitt:

Imej
Ahmad Corbitt

Saya suka belajar mengikut tajuk. Saya membaca ayat suci dari mula hingga akhir, tetapi saya juga suka melantun sini sana dan belajar mengikut tajuk. Contohnya, saya akan gunakan “Panduan Tulisan Suci” untuk mencari ayat-ayat suci berkenaan iman atau pengumpulan orang Israel. Kemudian saya bukan sahaja mencatat, tetapi tuliskan apa yang saya belajar untuk memastikan saya benar-benar fahaminya. Saya sentiasa kagum betapa banyak yang saya fahami apabila saya melakukan demikian. Saya juga akan memilih beberapa ayat suci untuk dihafalkan.

Brother Bradley Wilcox:

Imej
Bradley Wilcox

Saya menyimpan satu jurnal kajian di mana saya tuliskan ayat-ayat suci dengan menggunakan kata saya sendiri. Contohnya, “Kerana manusia alamiah adalah musuh kepada Tuhan” (Mosia 3:19) menjadi “Manusia yang bongkak dan tidak bertaubat memilih untuk menjadi musuh Tuhan, tetapi Tuhan bukanlah musuh dia. Tuhan ialah kawan baik dia.”

Saya juga akan tuliskan soalan-soalan. Ia mungkin soalan yang difikirkan sebelum saya membaca, atau soalan yang datang dari pembacaan saya. Tidak kira apa pun, ia membantu saya memberi perhatian.

Kuasa dalam Menuliskan Fikiran Anda

Setiap orang dalam presidensi mengkaji ayat suci dengan berbeza, namun kami semua membuat catatan!

Membaca membantu kami mendalamkan fikiran dan perasaan. Itu penting. Dan apabila kami bercakap atau menulis, kami dapati dan mengungkapkan fikiran dan perasaan dari dalam ke luar. Kami dapati ia membantu memperibadikan kebenaran injil kepada diri dengan lebih baik.

Seorang lelaki muda menemui kebenaran ini bagi dirinya apabila dia diminta untuk memberi satu ucapan di pertemuan sakramen. Dia pernah mendengar ucapan orang lain tetapi tidak mengingati butirannya. Kali ini ia berbeza. Apabila dia membuat satu garisan kasar bagi ucapannya, ia tidak hanya membantu dia memberi satu ucapan yang teratur, tetapi dia ingatinya buat masa yang lama.

Ini juga akan berlaku dalam pengkajian ayat suci anda. Jika anda terlena apabila membaca ayat suci, inilah masa untuk bangun. Gunakan satu pensel, pen, telefon, atau komputer dan tuliskannya. Anda akan terpegun dengan perbezaannya!

Cetak