2021
Imamat Tuhan
Ogos 2021


“Imamat Tuhan,” Untuk Kekuatan Remaja, Ogos 2021, 20–21.

Pesanan Bulanan Untuk Kekuatan Remaja, Ogos 2021

Imamat Tuhan

Ajaran dan Perjanjian 84

Apakah yang setiap remaja patut tahu tentang imamat dan hubungan mereka kepadanya.

Imej
remaja

Adakah anda pernah keliru apabila satu perkataan boleh digunakan dalam dua cara? Contohnya, perkataan earth [bumi] dalam bahasa Inggeris merujuk kepada planet yang kita diami dan juga tanah. Keduanya adalah betul, tetapi maksud istilah bergantung pada apa yang anda katakan pada masa itu. Untuk lebih mengelirukan, apabila istilah earth [bumi] maksud planet kita, ia juga merujuk kepada tanah, kerana tanah berada di atas planet.

Mentakrifkan Istilah Imamat

Salah satu istilah yang kita gunakan dalam Gereja ialah imamat. Istilah ini merujuk kepada keseluruhan kuasa dan wewenang Tuhan. Tetapi kita juga menggunakan imamat dengan lebih khusus—untuk merujuk kepada “kuasa dan wewenang yang Tuhan berikan kepada pemegang imamat yang ditahbiskan untuk bertindak dalam semua hal yang diperlukan untuk keselamatan anak-anak Tuhan.”1

Imamat yang dianugerahkan kepada manusia bukan keseluruhan kuasa Tuhan. Carta berikut menggambarkan konsep ini.

Dalam carta ini anda lihat beberapa contoh kuasa Tuhan yang tidak terhingga dan tidak terhad. Anda juga lihat contoh kuasa dan wewenang imamat Tuhan yang Dia telah anugerahkan, atau berikan, kepada para lelaki yang layak untuk melayani dalam Gereja Kristus.

Contoh-contoh Wewenang Imamat dalam Hidup Anda

Semua berkat imamat tersedia kepada semua anak lelaki dan perempuan Bapa Syurgawi. Senarai kedua melambangkan berkat-berkat yang datang kepada anda melalui seseorang yang memegang kunci imamat atau ada seseorang yang dianugerahkan wewenang imamat.

Inilah tarekat yang Tuhan telah tubuhkan untuk organisasi dan pentadbiran Gereja-Nya di atas bumi. Contoh lain wewenang imamat Tuhan termasuk presiden kuorum diaken atau pengajar yang memiliki kunci untuk mengarahkan pekerjaan kuorum, berkat bapa yang diberikan di rumah serta tatacara dan perjanjian bait suci.

Lelaki, Wanita dan Imamat

Walaupun pentahbisan jawatan imamat hanya diberikan kepada orang lelaki, Presiden Dallin H. Oaks, Penasihat Pertama dalam Presidensi Utama, menjelaskan sebuah asas penting: “Imamat ialah satu kuasa dan wewenang ilahi yang dipegang dalam kepercayaan untuk digunakan demi pekerjaan Tuhan untuk manfaat semua anak-Nya. Imamat bukan mereka yang sudah ditahbiskan kepada satu jawatan imamat atau mereka yang menggunakan wewenangnya. Lelaki yang memegang imamat bukan imamat. … Kita tidak harus panggil lelaki yang ditahbiskan sebagai imamat.2

Walaupun wanita tidak dianugerahkan imamat, Presiden Russell M. Nelson menjelaskan “apabila anda ditetapkan untuk melayan dalam panggilan di bawah pimpinan seorang yang memegang kunci imamat … anda diberi wewenang imamat untuk berfungsi dalam panggilan itu.”3 Beberapa contoh ini termasuk presidensi kelas Remaja Puteri, penginjil saudari yang berkhutbah injil, pemimpin-pemimpin bahagian dan pancang yang telah ditetapkan untuk mengajar atau memimpin dan pekerja-pekerja tatacara di bait suci.

Kuasa Imamat Memberkati Semua Orang

Berkat-berkat yang anda sebagai remaja putera dan puteri terima adalah kepunyaan anda melalui perjanjian-perjanjian yang anda buat semasa pembaptisan dan perjanjian yang anda akan buat di bait suci. Bahkan jika anda tidak ada pemenang imamat di rumah pun, anda masih boleh diberkati dengan kuasa imamat Tuhan dalam hidup anda apabila mentaati perjanjian-perjanjian yang anda telah buat dengan Dia (lihat 1 Nefi 14:14).

Apabila kita hidup menurut perjanjian kita, kita menerima berkat-berkat yang menguatkan dan memberkati kita. Kami menjemput anda untuk merenungkan berkat-berkat imamat dalam hidup anda—berkat-berkat yang datang kerana kuasa imamat yang tidak berkesudahan dan berkat yang datang terutamanya melalui wewenang imamat yang dianugerahkan dan diagihkan di dalam Gereja Tuhan.

Nota

  1. Dale G. Renlund dan Ruth Lybbert Renlund, The Melchizedek Priesthood: Understanding the Doctrine, Living the Principles (2018), 11.

  2. Dallin H. Oaks, “Imamat Melkisedek dan Kunci-kunci,” Persidangan umum Apr. 2020 (Ensign atau Liahona, Mei 2020, 69).

  3. Presiden Russell M. Nelson, “Harta Karun Rohani,” Persidangan umum Okt. 2019 (Ensign atau Liahona, Nov. 2019, 78).

Cetak