“Membina Diri Anda yang Terbaik,” Untuk Kekuatan Remaja, Sept. 2021, 6–7.
Pesanan Bulanan Untuk Kekuatan Remaja, September 2021
Membina Diri Anda yang Terbaik
Lima cara untuk membina kehidupan yang gembira dan bahagia.
Ketika Tuhan memerintahkan Joseph Smith untuk membina Bait suci Kirtland, Tuhan tidak membiarkan Joseph melakukan semuanya sendiri. Tuhan mengungkapkan rancangan yang membawa kejayaan.
“Biarlah rumah itu dibina, bukan menurut cara duniawi,” firman Tuhan. “Biarlah ia dibina menurut cara yang akan Aku tunjukkan” (Ajaran dan Perjanjian 95:13–14). Kemudian Tuhan memberi arahan tentang cara membina bait suci (lihat Ajaran dan Perjanjian 95:15–17).
Mujur, Tuhan telah tunjukkan kita lebih daripada sekadar cara membina bait suci. Dia turut memberi arahan untuk membantu kita menjadi diri kita yang terbaik. Apabila kita mengikutinya, kita akan membina kehidupan kita “tidak menurut cara duniawi” tetapi menurut cara yang Tuhan telah rancangkan.
Berikut adalah lima cara untuk membina kehidupan gembira dan bahagia yang berpusat pada Yesus Kristus.
Bina Landasan yang Kukuh
Mana-mana arkitek atau pembina akan beritahu landasan yang kukuh adalah penting untuk mana-mana bangunan. Helaman mengajar bahawa landasan terbaik untuk kehidupan kita adalah “batu Penebus kita, iaitu Kristus, Putera Tuhan” (Helaman 5:12). Kita boleh menjadikan Kristus sebagai landasan kita dengan datang kepada-Nya dan ikuti ajaran-ajaran-Nya. Bagaimanakah usaha anda sekarang untuk menjadikan Kristus sebagai landasan hidup anda?
Melayani Orang Lain
Satu lagi cara baik untuk membina kehidupan kita, menurut Presiden Dieter F. Uchtdorf, Penasihat Kedua dalam Presidensi Utama ketika itu, datang apabila “kita berdiri di kaki kita melayani Tuhan dan melayani mereka yang di sekeliling kita.”1 Apabila anda melayani orang lain, anda melakukan apa yang Yesus telah lakukan dan belajar untuk menjadi lebih seperti Dia. Dan anda bukan sahaja akan memberkati kehidupan orang yang anda layani, tetapi anda juga akan diberkati.
Cipta Rutin Tetap untuk Doa dan Pengkajian Tulisan Suci
Cara lain untuk membina kehidupan yang bahagia adalah membina perhubungan dengan Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus. Cara yang baik untuk lakukan itu adalah melalui doa dan kajian tulisan suci.
Presiden Uchtdorf berkata: “Untuk mengukuhkan hubungan kita dengan Tuhan, kita perlukan masa yang bermakna untuk bersendirian dengan-Nya. Dengan senyap fokus pada doa peribadi dan pengkajian tulisan suci setiap hari… akan menjadi pelaburan bijak untuk masa dan usaha kita untuk mendekatkan diri dengan Bapa Syurgawi kita.”2
Doa adalah peluang untuk berkomunikasi dengan Bapa Syurgawi kita. Dia kenal kita, kasihi kita, dan ingin dengar daripada kita! Apabila kita berdoa dengan ikhlas, tunjukkan kesyukuran kita, dan meminta hal yang kita perlukan, Dia mendengar dan selalu menjawab dalam cara dan masa-Nya sendiri.
Dalam soal pengkajian tulisan suci, tidak ada satu cara yang tepat untuk melakukannya. Yang penting adalah anda melakukannya! Presiden Russell M. Nelson telah ajarkan, “Bacaan harian firman Tuhan dengan mendalam sangat penting untuk kehidupan rohani.”3 Meluangkan masa setiap hari dalam tulisan suci akan, tanpa keraguan, membantu anda membina kehidupan yang beriman dan kuat.
Kelilingi Diri Anda dengan Orang yang Menggalakkan Anda untuk Melakukan Kebaikan
Bapa Syurgawi mahu kita berhubung dan membina hubungan dengan orang lain—terutamanya keluarga dan kawan-kawan. Kita sering dibentuk oleh mereka yang kita luangkan masa bersama. Tidak kira ahli Gereja atau bukan, anda harus mengelilingi diri anda dengan orang yang membantu anda menjalankan injil, mematuhi standard Tuhan, dan menjadi orang yang lebih baik. Anda juga boleh membantu orang di sekeliling anda untuk melakukan yang sama. Siapakah kawan-kawan anda yang membantu anda membina landasan kesolehan?
Mencari Kebahagiaan dalam Membina Landasan Anda
Terdapat banyak cara lain anda boleh membina kehidupan untuk menjadi kuat secara rohani dan berbahagia, termasuk pergi ke gereja dan mengambil sakramen, membuat dan mentaati perjanjian, dan mengikuti nasihat para nabi hidup.
Ingatlah bahawa semua hal ini memerlukan usaha dan masa. Pembinaan dan pembelajaran sentiasa ada, tetapi anda tidak perlu melakukannya sendiri. Tuhan akan membantu anda setiap hari semasa anda berusaha untuk membina kehidupan yang anda dan Dia boleh banggakan dan itu akan memberi anda kebahagiaan.
© 2021 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved. Dicetak di Amerika Syarikat. Kelulusan Bahasa Inggeris: 6/19. Kelulusan terjemahan: 6/19. Terjemahan Monthly For the Strength of Youth Message, September 2021. Malay. 17473 348