2022
Pelita bagi Kaki Kita
Ogos 2022


“Pelita bagi Kaki Kita,” Untuk Kekuatan Remaja, Ogos 2022.

Pesanan Bulanan Untuk Kekuatan Remaja, Ogos 2022

Pelita bagi Kaki Kita

Sebuah objek biasa bagi orang Israel kuno dapat mengajar kita cara Tuhan membimbing kita.

pelita minyak

Fakta

Pada zaman Perjanjian Lama, orang ramai membawa pelita minyak pada waktu malam. Kebanyakan pelita ini mempunyai tiga ciri asas:

  1. Mangkuk tanah liat untuk menakung minyak zaitun; biasanya cukup kecil untuk dipegang dalam telapak tangan seseorang

  2. Sumbu serat flaks untuk dinyalakan selepas menyerap minyak

  3. Cerat atau muncung untuk memegang sumbu

Pelita minyak biasa dengan satu sumbu sahaja akan menerangi kawasan beberapa kaki di sekeliling mereka. Jika digunakan semasa berjalan-jalan di sekeliling, pelita ini akan menerangi kawasan sekeliling cukup untuk melihat langkah di hadapan anda supaya dapat bergerak dalam kegelapan dengan berhati-hati.

Perkara yang Kita Dapat Belajar

Yesus Kristus memegang pelita minyak

Digunakan dengan kebenaran. Lead, Kindly Light [Tuhan, Terangilah], oleh Simon Dewey. Ihsan daripada altusfineart.com © 2022.

Firman Tuhan dapat menerangi jalan sambil kita melalui kegelapan dan kekeliruan yang mengelilingi kita di dunia ini.

Tuhan telah meminta kita untuk tidak menutup cahaya kita tetapi membawa cahaya injil dengan kita supaya orang lain dapat melihatnya Matius 5:14–16).

Terpulanglah kepada kita untuk memastikan pelita kita dipenuhi dengan minyak (lihat Matius 25:1–13). Kita berbuat demikian melalui doa, pengkajian tulisan suci, pelayanan, mengikuti nabi dan tingkah laku keimanan serta kepatuhan yang lain (lihat Spencer W. Kimball, Faith Precedes the Miracle [1972], 256).

Jika kita mengamalkan iman, Tuhan kadangkala menerangi jalan kita cukup untuk kita mengambil selangkah lagi (lihat Boyd K. Packer, “The Candle of the Lord,” Ensign, Jan. 1983, 54).