Tetapi Seandainya Dia Tidak …
Manusia mencapai hal-hal yang menakjubkan dengan mempercayai Tuhan dan mematuhi perintah-perintah-Nya—dengan menjalankan iman walaupun mereka tidak tahu bagaimana Tuhan sedang membentuk mereka.
Semasa remaja, saya pulang ke rumah dari kejohanan bola keranjang gred kelapan dengan perasaan sayu, kecewa, dan keliru. Saya meluah kepada ibu saya, “Saya tidak tahu mengapa kami kalah—saya beriman yang kami akan menang!”
Sekarang saya sedar, saya tidak tahu apa itu iman ketika itu.
Iman bukanlah berani, bukan hanya angan-angan, bukan hanya harapan. Iman yang sejati adalah iman kepada Tuhan Yesus Kristus—keyakinan dan kepercayaan kepada Yesus Kristus yang mendorong seseorang untuk mengikuti-Nya.1
Berabad dahulu, Daniel dan teman-temannya yang muda terdedah kepada dunia—dunia asing dan menakutkan. Apabila Sadrakh, Mesakh, dan Abednego enggan tunduk dan menyembah patung emas yang raja dirikan, Raja Nebukadnezar memberitahu jika mereka tidak mahu menyembah seperti yang diperintahkan, mereka akan segera dilemparkan ke dalam relau bernyala-nyala. “Dewa manakah yang dapat menyelamatkan kamu?”2
Tiga pemuda itu menjawab dengan cepat dan yakin, “Jika [kamu melemparkan kami ke dalam relau], Tuhan yang kami sembah itu sanggup menyelamatkan kami dari relau yang bernyala-nyala, dan Dia akan menyelamatkan kami.” Itu seperti iman saya pada masa muda. Tetapi mereka tunjukkan mereka memahami sepenuhnya tentang iman. Mereka teruskan, “Tetapi seandainya Dia tidak, … kami tidak akan menyembah dewa tuanku mahupun sujud menyembah patung emas yang tuanku dirikan itu.”3 Itulah iman yang sejati.
Mereka tahu mereka boleh percaya Tuhan—walaupun hal-hal tidak terjadi seperti yang mereka harapkan.4 Mereka tahu iman adalah lebih daripada persetujuan mental, lebih daripada pengakuan bahawa Tuhan hidup. Iman adalah kepercayaan penuh kepada-Nya.
Iman bererti mempercayai meskipun kita tidak memahami semua hal, Dia tahu. Iman adalah mengetahui meskipun kuasa kita terhad, kuasa Dia tidak. Iman kepada Yesus Kristus adalah kebergantungan sepenuhnya kepada-Nya.
Sadrakh, Mesakh, dan Abednego tahu mereka boleh selalu bergantung kepada-Nya kerana mereka tahu rancangan-Nya, dan mereka tahu bahawa Dia tidak berubah.5 Mereka tahu, seperti yang kita tahu, bahawa kefanaan bukanlah kemalangan alamiah. Ia adalah segmen ringkas rancangan agung6 Bapa Syurgawi kita yang penuh kasih untuk membolehkan kita, putera dan puteri-Nya, untuk mencapai berkat-berkat yang dia nikmati, jika kita sudi.
Mereka tahu, seperti yang kita tahu, dalam kehidupan pra-fana kita, kita diajar oleh-Nya tentang tujuan kefanaan: “Kita akan membuat sebuah bumi agar mereka ini boleh tinggal di atasnya; Dan dengan ini kita akan menguji mereka, untuk melihat adakah mereka akan melakukan segala hal apa pun yang Tuhan Raja mereka akan perintahkan kepada mereka.”7
Jadi itulah dia—ia satu ujian. Dunia adalah tempat ujian untuk para lelaki dan wanita fana. Apabila kita memahami semua ini adalah ujian, yang Bapa Syurgawi kita jalankan, Dia mahu kita mempercayai-Nya dan membenarkan Dia membantu kita, kita boleh melihat semuanya dengan lebih jelas.
Pekerjaan-Nya dan kemuliaan-Nya, Dia memberitahu kita, adalah “untuk mendatangkan kebaqaan dan kehidupan abadi bagi manusia.”8 Dia sudah mencapai ketuhanan. Sekarang, objektif tunggal-Nya adalah untuk membantu kita—untuk membolehkan kita kembali kepada-Nya, menjadi seperti Dia dan menjalani kehidupan abadi.
Mengetahui semua ini, tidaklah susah bagi tiga pemuda Ibrani itu untuk membuat keputusan. Mereka akan mengikuti Tuhan; mereka akan beriman kepada-Nya. Dia akan menyelamatkan mereka, tetapi seandainya Dia tidak—kita tahu bagaimana para pemuda ini akan bertindak.
Tuhan telah memberi kita hak pilihan, hak dan tanggungjawab untuk membuat keputusan.9 Dia menguji kita dengan membenarkan kita dicabar. Dia meyakinkan kita bahawa Dia tidak akan membiarkan kita digoda melampaui kebolehan kita untuk menahan.10 Tetapi kita mesti faham bahawa cabaran besar membuat seseorang itu hebat. Kita tidak mencari kesengsaraan, tetapi jika kita bertindak dengan iman, Tuhan menguatkan kita. Tetapi seandainya Dia tidak ia akan menjadi berkat-berkat yang luar biasa.
Rasul Paulus pelajari pelajaran penting ini dan mengisytiharkan, selepas beberapa dekad pekerjaan penginjil, “Kita juga membanggakan penderitaan kita … tahu bahawa penderitaan menghasilkan ketekunan; Ketekunan menyebabkan kita diperkenankan oleh Tuhan. Oleh itu kita mempunyai harapan. Harapan itu tidak akan mengecewakan kita.”11
Juruselamat menyakini Paulus, “Aku mengasihi kamu dan hal itu sudah cukup bagimu, kerana kuasa-Ku nyata sekali pada masa kamu lemah.”12
Paulus menjawab, “Oleh itu aku lebih suka membanggakan kelemahanku, supaya merasakan kuasa Kristus yang melindungi aku. … Aku bersukacita ketika mengalami kelemahan, hinaan, kesukaran, penganiayaan, dan kesusahan, kerana Kristus. Aku bersukacita, kerana ketika aku lemah, pada masa itulah aku mendapat kekuatan daripada Kristus.”13 Apabila Paulus menghadapi cabaran dengan cara Tuhan, imannya meningkat.
“Kerana beriman Abraham, mempersembahkan anaknya, Ishak, sebagai korban.”14 Abraham, kerana imannya yang besar, dijanjikan keturunan yang lebih besar daripada bintang-bintang di langit, dan bahawa keturunan akan datang melalui Ishak. Tetapi Abraham dengan segera mematuhi perintah Tuhan. Tuhan akan menepati janji-Nya, tetapi seandainya Dia tidak lakukan dalam cara yang Abraham harapkan, dia masih mempercayai Tuhan sepenuhnya.
Manusia mencapai hal-hal yang menakjubkan dengan mempercayai Tuhan dan mematuhi perintah-perintah-Nya—dengan menjalankan iman walaupun mereka tidak tahu bagaimana Tuhan sedang membentuk mereka.
“Kerana beriman Musa … tidak mahu disebut anak puteri raja Mesir;
“Musa lebih suka menderita bersama umat Tuhan daripada menikmati kesenangan hidup berdosa untuk sementara waktu.
“Musa berpendapat bahawa jauh lebih berharga menanggung hinaan bagi [Juruselamat]… daripada mendapat segala harta negeri Mesir. …
“Kerana beriman, Musa meninggalkan Mesir tanpa berasa takut akan kemurkaan raja. …
“Kerana beriman, [mereka] dapat menyeberang Laut Merah … di atas tanah yang kering. …
“Kerana beriman, tembok-tembok Yerikho roboh.”15
Yang lain “kerana beriman, mereka mengalahkan negeri-negeri, … menerima apa yang dijanjikan oleh Tuhan. Mereka menutup mulut singa,
“Memadamkan api yang dahsyat, dan menyelamatkan diri daripada tikaman pedang. Mereka lemah, tetapi menjadi kuat; mereka perkasa dalam peperangan.”16
Tetapi di tengah-tengah semua hasil mulia yang diharap dan dihasratkan oleh para lelaki dan wanita itu, sentiasa tersirat tetapi seandainya Dia tidak:
“Ada yang diolok-olok dan dicambuk, … dirantai dan dipenjarakan.
“Ada yang direjam sehingga mati, ada yang dipotong menjadi dua dengan gergaji, dan ada pula yang dibunuh dengan pedang. Mereka mengembara … miskin, dianiaya, dan diseksa. … 17
“Kerana Tuhan mempunyai rancangan yang lebih baik bagi kita. Dia merancang bahawa hanya bersama-sama kita, mereka akan menjadi sempurna.”18
Tulisan suci dan sejarah kita penuh dengan laporan para lelaki dan wanita hebat yang percaya bahawa Tuhan akan membebaskan mereka, tetapi seandainya Dia tidak, mereka akan percaya dan tetap setia.
Dia mempunyai kuasa, tetapi ini adalah ujian kita.
Apakah yang Tuhan harapkan dari kita tentang cabaran kita? Dia mengharapkan kita untuk melakukan semua yang kita boleh lakukan. Dia melakukan selebihnya. Nefi berkata, “Kerana kita tahu bahawa melalui rahmat kita diselamatkan, setelah kita melaksanakan sebaik yang mampu.”19
Kita mesti miliki iman yang sama seperti Sadrakh, Mesakh, dan Abednego.
Tuhan akan membebaskan kita dari cemuhan dan penganiayaan, tetapi seandainya Dia tidak. … Tuhan akan membebaskan kita dari kesakitan dan penyakit, tetapi seandainya Dia tidak … . Dia akan membebaskan kita dari kesunyian, kemurungan, atau ketakutan, tetapi seandainya Dia tidak. … Tuhan kita akan membebaskan kita dari ancaman, tuduhan, dan ketidaksolehahan, tetapi seandainya Dia tidak. … Dia akan membebaskan kita dari kematian atau kelemahan orang yang dikasihi, tetapi seandainya Dia tidak, … kami akan percaya kepada Tuhan.
Tuhan akan lihat kita menerima keadilan dan kesaksamaan, tetapi seandainya Dia tidak. … Dia akan memastikan bahawa kita dikasihi dan dikenali, tetapi seandainya Dia tidak. … Kita akan menerima seorang rakan yang sempurna dan anak-anak yang soleh dan patuh, tetapi seandainya Dia tidak, …kita akan beriman kepada Tuhan Yesus Kristus, tahu bahawa jika kita melakukan segala yang kita mampu, kita akan, dalam masa dan cara-Nya, dibebaskan dan menerima segala yang Dia miliki.20 Saya bersaksi ini dalam nama Yesus Kristus, amin.