2000–2009
Dua Asas untuk Semua Ekonomi
Oktober 2009


2:3

Dua Asas untuk Semua Ekonomi

Biasanya dalam cubaan musuh, kita belajar pengajaran yang terpenting yang membentuk sifat dan takdir kita.

Dalam perjalanan kami untuk melawat ahli-ahli Gereja di seluruh dunia dan melalui organisasi imamat yang sudah ditubuhkan, kami menerima maklum balas mengenai keadaan dan cabaran ahli-ahli kita. Buat banyak tahun, ahli-ahli kita telah terjejas oleh bencana, yang semula jadi dan buatan manusia. Kami juga faham bahawa keluarga mesti jimat dan risau tentang masa yang mencabar ini.

Saudara, kami rasa sangat dekat dengan anda. Kami mengasihi anda dan berdoa untuk anda. Saya telah nampak banyak perkara yang gembira dan yang sedih sepanjang hidup saya untuk mengetahui bahawa musim sejuk akan diganti oleh kepanasan dan harapan musim bunga. Saya optimis tentang masa depan. Saudara, untuk bahagian kita, kita mesti kekal tabah dalam harapan, bekerja dengan kekuatan kita, dan percaya kepada Tuhan.

Akhir-akhir ini saya fikir tentang satu masa dalam hidup saya apabila beban kerisauan dan kebimbangan tentang masa depan yang tidak pasti nampaknya selalu wujud. Masa itu saya berusia 11 tahun dan hidup bersama keluarga saya dalam satu loteng rumah ladang dekat Frankfurt, Jerman. Kami menjadi pelarian buat kali kedua dalam hanya beberapa tahun, dan kami susah menyesuaikan diri di satu tempat baharu yang jauh dari rumah kami. Kami memangnya miskin. Kami semua tidur dalam satu bilik yang sangat kecil, tiada ada ruang untuk berjalan di sekeliling katil. Dalam bilik kecil lain, kami ada beberapa perabot dan satu dapur yang Ibu gunakan untuk memasak. Untuk bergerak dari bilik ke bilik, kami harus melalui satu kawasan storan di mana peladang itu menyimpan peralatannya, bersama dengan pelbagai jenis daging dan sosej yang tergantung dari kasau. Bau itu sentiasa buatkan saya lapar. Kami tiada bilik mandi, tetapi kami ada satu tandas luar—di tingkat bawah dan 50 kaki (15 m) jauh, tetapi rasanya lebih jauh pada musim sejuk.

Kerana saya seorang pelarian dan loghat Jerman Timur saya, kanak-kanak lain biasanya mengejek saya dan panggil saya nama-nama yang menyakitkan hati. Dari semua masa remaja saya, inilah masa yang paling menawarkan hati.

Sekarang, beberapa dekad kemudian, saya boleh pandang balik masa itu melalui satu penapis lembut pengalaman. Walaupun saya masih ingat kepahitan dan kedukaan itu, sekarang saya dapat lihat apa yang tidak dapat saya lihat masa itu: itu satu masa perkembangan peribadi yang besar. Pada masa itu, keluarga kami menjadi lebih rapat. Saya memerhati dan belajar daripada ibu bapa saya. Saya mengagumi keazaman dan sikap optimistik mereka. Daripada mereka, saya mempelajari bahawa cabaran diatasi dengan iman, keberanian, dan kegigihan.

Mengetahui bahawa ada di kalangan anda sekarang mengalami kecemasan dan berputus harapan, hari ini saya ingin berucap tentang dua asas yang penting yang menyokong saya sepanjang tempoh tumbesaran dalam hidup saya.

Asas pertama: Kerja

Sampai hari ini, saya sangat kagum dengan cara keluarga saya bekerja selepas kehilangan segalanya setelah Perang Dunia Kedua! Saya ingat bapa saya—seorang pegawai awam yang berpendidikan dan berpengalaman—melakukan kerja yang susah, seperti pelombong batu arang, pelombong uranium, mekanik dan pemandu trak. Dia tinggalkan rumah awal setiap pagi dan biasanya pulang ke rumah lewat malam untuk menyokong keluarga kami. Ibu saya mulakan satu dobi dan bekerja banyak jam lakukan kerja buruh kasar. Dia libatkan saya dan kakak saya dalam perniagaannya. Dengan basikal saya, saya menjadi perkhidmatan pengambilan dan penghantaran. Saya rasa baik untuk berupaya menolong keluarga saya dalam cara yang kecil, dan walaupun saya tidak tahu pada masa itu, kerja berat itu ialah satu berkat untuk kesihatan saya.

Kerja itu tidak senang, tetapi ia membantu kami tidak banyak fikir tentang kesusahan situasi kami. Walaupun situasi kami tidak berubah dalam semalam, ia berubah. Inilah berkat kerja. Jika kita terus kerja—tetap dan konsisten—kita akan ada kemajuan.

Saya sangat menghormati lelaki, perempuan, dan kanak-kanak yang tahu cara untuk bekerja! Tuhan mengasihi pekerja! Dia berfirman, “Engkau akan bekerja keras dan berpeluh-peluh untuk membuat tanah ini menghasilkan sesuatu,,”1 dan “seorang pekerja layak menerima upah.”2 Dia juga berikan satu janji: “Hayunkanlah sabitmu dengan segenap jiwamu, dan dosa-dosamu diampuni bagimu.”3 Mereka yang tidak takut bekerja keras dan lupakan diri dalam pengejaran matlamat yang berbaloi ialah satu berkat kepada keluarga mereka, komuniti, negara, dan Gereja.

Tuhan tidak mengharapkan kita untuk bekerja lebih keras dari apa yang kita mampu. Dia tidak (begitu juga kita) membandingkan usaha kita dengan orang lain. Bapa Syurgawi kita hanya minta kita lakukan terbaik sebolehnya—dan kita bekerja menurut keupayaan penuh kita, betapa besar atau kecil.

Kerja ialah penawar untuk kebimbangan, salap untuk kesedihan, dan pintu kepada kemungkinan. Walau apa pun keadaan hidup kita, saudara terkasih saya, marilah kita lakukan terbaik sebolehnya dan memupuk satu nama baik demi kecemerlangan dalam segala yang kita lakukan. Marilah kita tentukan minda dan badan kita ke atas peluang gemilang untuk bekerja setiap hari.

Apabila kereta tolak kita terbenam dalam lumpur, Tuhan lebih cenderung untuk membantu orang yang keluar untuk menolak daripada orang yang hanya meninggikan suaranya dalam doa—tidak kira berapa fasih ucapannya. Presiden Thomas S. Monson kata: “Adalah tidak cukup untuk ingin berusaha dan kata kita akan berusaha. … Kita mesti bertindak, bukan hanya fikir, untuk mencapai matlamat kita. Jika kita selalu tangguhkan matlamat kita, kita tidak akan mencapai ia.”4

Kerja boleh memuliakan dan memuaskan, tetapi ingatlah amaran Yakub untuk jangan “belanjakan … usahamu bagi itu yang tidak memuaskan.”5 Jika kita mengabdikan diri kepada pengejaran kekayaan duniawi dan penghormatan awam dan mengabaikan keluarga kita serta perkembangan rohani kita, kita akan cepat mendapati bahawa kita sudah lakukan satu perkara yang bodoh. Kerja soleh yang kita lakukan dalam rumah kita adalah paling kudus, ia ada faedah yang abadi. Ia tidak boleh diberikan kepada orang lain. Ia ialah dasar kerja kita sebagai pemegang imamat.

Ingatlah, kita hanya pengembara sementara di dunia ini. Janganlah gunakan bakat dan tenaga yang dikurniakan oleh Tuhan untuk membina dasar duniawi, tetapi marilah kita memperkembangkan perihal rohani. Sebagai anak-anak lelaki Tuhan Yang Maha Tinggi, kita dicipta untuk terbang ke horizon baru.

Sekarang, kata-kata untuk saudara yang lebih tua: persaraan bukan sebahagian rancangan kegembiraan Tuhan. Tidak ada cuti sabatikal atau program persaraan dari tanggungjawab imamat—tidak kira umur atau kemampuan jasmani. Walaupun frasa “sudah pernah lalui dan lakukannya” mungkin satu alasan untuk mengelakkan papan luncur, menolak jemputan untuk menunggang motosikal, atau tidak makan kari pedas di satu bufet, ia bukan satu alasan baik untuk mengelakkan tanggungjawab perjanjian untuk mentahbiskan masa, bakat, dan sumber kita dalam kerja kerajaan Tuhan.

Mungkin ada orang yang fikir bahawa selepas banyak tahun melayani dalam Gereja, mereka berhak untuk satu waktu rehat apabila orang lain bekerja. Terus terangnya, saudara, fikiran macam ini tidak layak seorang pengikut Kristus. Sebahagian besar kerja kita di bumi ini adalah untuk bertahan sampai akhir dengan gembira—setiap hari dalam kehidupan kita.

Sekarang, kata-kata kepada saudara muda kita yang memegang Imamat Melkisedek, yang mengejarkan matlamat soleh untuk memperolehi pendidikan dan mencari pasangan abadi. Ini ialah matlamat yang betul, saudara, tetapi ingatlah: bekerja dengan tekun dalam ladang anggur Tuhan akan meningkatkan resume anda dan kemungkinan untuk kemajuan dalam kedua-dua usaha ini.

Tak kira anda seorang diaken yang muda atau imam tinggi yang paling tua, anda ada kerja!

Asas Kedua: Belajar

Sepanjang keadaan ekonomi buruk selepas peperangan di Jerman, peluang pendidikan tidak begitu banyak seperti masa kini. Walaupun pilihan terhad, saya sentiasa rela belajar. Saya ingat pada suatu hari, semasa menghantar baju dengan berbasikal, saya masuk ke satu rumah rakan sekelas saya. Dalam salah satu bilik, ada dua meja kecil tersandar di dinding. Betapa indahnya pandangan itu! Betapa nasib baik kanak-kanak itu ada meja sendiri. Saya boleh gambarkan mereka duduk dengan buku terbuka, belajar pelajaran mereka dan buatkan kerja rumah mereka. Bagi saya, memiliki satu meja ialah perkara yang paling baik di dunia.

Saya tunggu lama untuk mencapai keinginan itu. Banyak tahun kemudian, saya dapat satu kerja pada satu institusi penyelidik yang ada satu perpustakaan besar. Saya ingat yang saya meluangkan banyak masa lapang saya di perpustakaan itu. Di situ barulah saya boleh duduk di satu meja—bersendirian—dan menerima informasi dan pengetahuan dari buku. Betapa saya suka baca dan belajar! Pada masa itu saya faham erti satu pepatah lama: Pendidikan tidak seperti mengisi air ke dalam bekas sehingga penuh, tapi seperti percikan api yang menyala.

Untuk ahli Gereja, pendidikan bukan hanya satu idea yang baik sahaja—ia adalah satu perintah. Kita diperintah untuk mempelajari “hal-hal baik di langit mahupun di bumi, dan di bawah bumi; hal yang terjadi, hal yang ada, hal yang mesti terjadi tidak lama lagi; hal yang ada di negara sendiri, hal yang ada di negara lain.”6

Joseph Smith suka belajar walaupun dia tidak banyak berpeluang untuk memperolehi pendidikan formal. Dalam jurnalnya, dia mencatat tentang mempelajari dan menyatakan kesukaannya untuk belajar.7

Joseph ajar para Orang Suci bahawa pengetahuan adalah satu bahagian penting dalam perjalanan fana kita, kerana “seorang tidak lebih cepat diselamat daripada dia [memperolehi] pengetahuan,”8 dan “semua asas pengetahuan yang kita peroleh … dalam kehidupan ini, akan tetap bersama kita pada kebangkitan.”9 Pada masa yang mencabar, ia adalah lebih penting untuk belajar. Nabi Joseph Smith ajar: “Pengetahuan menghapuskan kegelapan, [kebimbangan] dan keraguan; kerana ini tidak boleh wujud di mana terdapat pengetahuan.”10

Saudara, anda ada satu tanggungjawab untuk belajar sebanyak mungkin. Sila galakkan keluarga anda, ahli kuorum anda, setiap orang untuk belajar dan menjadi lebih berpendidikan. Jika pendidikan formal tidak sedia ada, jangan biarkan keadaan itu menghalangkan anda memperolehi semua pengetahuan yang anda boleh dapat. Dalam keadaan begitu, buku-buku yang paling baik, boleh menjadi “universiti” anda—satu bilik darjah yang selalunya buka dan menerima semua yang memohon. Berusaha untuk meningkatkan pengetahuan anda tentang segala yang “berhemah, indah, atau dikatakan baik atau layak dipuji.”11 Mencari pengetahuan “melalui pembelajaran dan juga melalui iman.”12 Mencari dengan roh yang rendah hati dan hati yang menyesal.13 Apabila anda gunakan iman dalam pembelajaran anda—mahupun tentang perkara jasmani—anda boleh meningkatkan keupayaan intelektual anda, kerana “jika tumpuan matamu adalah satu pada kemuliaan [Tuhan], seluruh tubuhmu akan dipenuhi dengan cahaya, … dan memahami segala hal.”14

Dalam pembelajaran kita, janganlah kita abaikan dasar wahyu. Tulisan suci dan kata-kata rasul serta nabi hari ini ialah sumber kebijaksanaan, pengetahuan ilahi, dan wahyu peribadi untuk menolong kita mencari jawapan kepada semua cabaran dalam hidup. Marilah kita belajar tentang Kristus; marilah kita carikan pengetahuan yang membimbing kepada kedamaian, kebenaran, dan misteri keabadian.15

Kesimpulan

Saudara, saya renung balik pada masa budak lelaki yang berumur 11 tahun di Frankfurt, Jerman, yang risau tentang masa depannya dan rasa kepahitan kata-kata yang mengejek. Saya ingat masa itu dengan satu perasaan sayang yang sedih. Walaupun saya tidak hendak hidupkan pada masa yang mencabar itu sekali lagi, saya tidak ragu bahawa pelajaran yang saya pelajari ialah satu persediaan yang diperlukan untuk peluang masa depan. Sekarang, banyak tahun kemudian, saya tahu dengan satu kepastian: biasanya dalam cubaan musuh, kita belajar pengajaran yang terpenting yang membentuk sifat dan takdir kita.

Saya berdoa bahawa pada bulan-bulan dan tahun-tahun akan datang, kita boleh isikan masa kita dengan kerja soleh. Saya berdoa bahawa kita akan belajar dan memperbaiki minda dan hati kita dengan meminum dari mata air kebenaran. Saya tinggalkan kasih dan berkat bersama anda dalam nama Yesus Kristus, amin.