2010–2019
Timbangkan Berkat-berkat
Oktober 2012


20:46

Timbangkan Berkat-berkat

Bapa Syurgawi kita sedar tentang keperluan-keperluan kita dan akan menolong kita bila kita memanggil-Nya demi bantuan.

Saudara saudari yang terkasih, persidangan ini ialah persidangan yang ke 49 semenjak saya disokong, pada hari bulan 4 Oktober, tahun 1963, untuk menjadi seorang ahli Kuorum Dua Belas Rasul. Empat puluh sembilan tahun ialah satu tempoh masa yang panjang. Tetapi, saya berasa tidak begitu lama semenjak saya berdiri di depan mimbar di Tabernacle dan berikan ucapan persidangan umum pertama saya .

Banyak sudah berubah semenjak hari bulan 4, Oktober, tahun 1963. Kita hidup pada masa yang unik dalam sejarah dunia. Kita diberkati banyak. Tetapi masih ada masanya susah untuk melihat masalah dan kerelaan untuk membenarkan dosa di sekeliling kita dan tidak menjadi tawar hati. Saya terdapat bahawa kita tidak harus memikirkan keadaan yang negative sahaja, jika kita cuba untuk melihat dari pandangan objektif dan mempertimbangkan berkat-berkat dalam kehidupan kita, termasuk berkat-berkat yang nampaknya kecil, kita boleh mendapat kegembiraan yang lebih besar.

Semasa saya meninjau kembali 49 tahun lepas ini, saya buat beberapa penemuan. Salah satu penemuan adalah bahawa banyak pengalaman saya tidak luar biasa. Sebenarnya, pada masa itu, pengalaman-pengalaman itu nampaknya lazim sahaja. Tetapi, secara retrospek, pengalaman-pengalaman itu memperkayakan dan memberkat hidup—termasuk hidup saya. Saya cadangkan aktiviti ini bagi anda—fikir tentang kehidupan anda dengan berhati-hati dan carikan berkat-berkat tertentu yang sudah anda terima, mahupun berkat yang besar atau yang kecil.

Bila saya terus meninjau kembali banyak tahun yang sudah lepas ini, ilmu saya tentang doa didengari dan dijawab diperkukuhkan. Kita biasa dengan kebenaran yang terdapat di 2  Nefi dalam Kitab Mormon: “Manusia ada, agar mereka boleh merasakan sukacita.” 1 Saya bersaksi bahawa kebanyakan kebahagiaan itu datang bila kita mengenali bahawa kita boleh berkomunikasi dengan Bapa Syurgawi kita melalui doa dan Dia akan mendengar dan menjawab doa—mungkin bukan dengan cara dan pada masa yang kita harapkan, tetapi doa-doa itu akan dijawab oleh Bapa Syurgawi yang mengetahui dan menyayangi kita dengan sempurnanya dan Dia hendakkan kita bergembira. Dia sudah menjamin, “Jadilah engkau rendah hati; dan Tuhan akan menuntun tanganmu, dan memberi engkau jawapan terhadap doa-doamu”.2

Untuk beberapa minit yang diberikan saya, saya ingin berkongsi dengan anda beberapa pengalaman saya berkenaan dengan doa, di mana doa itu didengar dan dijawab, dan menbawakan banyak berkat ke hidup saya dan hidup orang lain. Jurnal harian saya yang saya simpan buat banyak tahun, memberikan aspek khusus yang mungkin akan saya lupakan tanpa ia.

Pada awal tahun 1965 saya ditugas untuk menghadiri satu persidangan pancang dan untuk menjalankan beberapa pertemuan di kawasan Pasifik Selatan. Itu kali pertama saya mengunjungi kawasan itu, dan saya tidak akan lupakan kunjungan itu. Banyak kejadian rohani berlaku semasa saya bertemu dengan para pemimpin, para ahli Gereja, dan para mubaligh di situ.

Pada hari Sabtu dan Ahad, hari bulan 20 dan 21 Februari, kami berada di Brisbane, Australia, untuk menjalankan sesi-sesi persidangan di Pancang Brisbane. Semasa pertemuan pada hari Ahad, saya diperkenalkan kepada presiden daerah dari kawasan bersebelahan. Bila saya berjabat tangan dengan dia, saya berasa satu impresi bahawa saya perlu berucap dengan dia dan berikan nasihat kepada dia, jadi saya pun menanya sama ada dia boleh meneman saya ke sesi pagi hari Ahad pada hari berikut supaya saya boleh berucap dengan dia.

Selepas sesi Ahad itu kami berpeluang untuk berbual-bual. Kami berbual tentang tanggungjawabnya sebagai presiden kawasan. Saya ditekan untuk memberikan dia cadangan-cadangan tertentu mengenai kerja mubaligh dan cara dia dan para ahli Gereja di situ boleh menolong para mubaligh dalam kerja mereka di kawasan itu. Kemudian, saya mendapati bahawa presiden kawasan ini sudah lama berdoa demi bimbingan mengenai perkara ini. Kepada dia, kunjungan kami ialah satu saksi khas bahawa doanya didengar dan dijawab. Pertemuan ini nampaknya tidak luar biasa tetapi saya yakin bahawa ia dibimbing oleh Roh dan mempengaruh hidup dan pelayanan presiden kawasan itu, hidup para ahli Gereja, dan kejayaan para mubaligh di situ.

Para saudara dan saudariku, tujuan Tuhan biasanya dapat ditemui bila kita mematuh bimbingan Roh. Saya percaya bahawa lebih banyak kali kita bertindak ke atas inspirasi dan impresi yang datang kepada kita, Tuhan akan lebih berkeyakinan terhadap kita untuk melakukan kerja-Nya.

Seperti yang sudah saya sebutkan awal, saya sudah belajar bahawa janganlah kita menangguhkan satu tekanan roh. Banyak tahun lalu, saya berenang di Deseret Gym Salt Lake City dan saya berasa satu inspirasi untuk pergi ke Hospital Universiti untuk mengunjung seorang kawan yang sudah hilang penggunaan kakinya dari satu tumor yang berkanser dan dari pembedahan. Dengan serta merta saya tinggalkan kolam renang, tukar pakaian, dan pergi mengunjung kawan itu.

Bila saya sampai ke biliknya, dia tidak di situ. Saya diberitahu bahawa dia mungkin sudah pergi ke kolam renang hospital, di mana mereka jalankan rawatan fizikal. Ini memang betul. Dia pergi ke situ dengan kereta rodanya dan dia bersendirian di situ. Dia berada di tepi hujung kolam yang mendalam. Saya memanggil dia, dan dia menghadapi saya untuk menyambut saya. Kami berbual-bual dengan sukacita, dan saya meneman dia balik ke bilik hospital di mana saya berikan dia satu berkat.

Selepas suatu masa, kawan saya beritahu saya bahawa dia sangat dukacita hari itu dan mempertimbang untuk mebunuh diri. Dia sudah berdoa demi pertolongan tetapi dia mula berasa doanya tidak dijawab. Dia pergi ke kolam renang hari itu dan hendak menamatkan kesengsaraannya—dengan mengtenggelamkan diri sendiri dalam kolam itu. Saya sampai pada saat yang penting, sebagai balasan terhadap inspirasi dari Tuhan.

Kawan saya dapat hidup buat banyak tahun selepas itu—banyak tahun yang penuh dengan kegembiraan dan kesyukuran. Saya memang gembira untuk menjadi alat dalam tangan Tuhan pada hari yang penting itu pada kolam renang itu.

Contoh kedua, bila saya dan Sister Monson memandu kereta untuk pulang ke rumah selepas mengunjungi kawan, saya berasa tertekan untuk pergi ke pusat bandar---yang berjarak beberapa batu dari situ—untuk mengunjung seorang balu yang tua yang pernah tinggal dalam bahagian kami. Namanya Zella Thomas. Pada masa itu dia tinggal di satu pusat orang tua. Bila kami sampai, dia ternampak sangat lemah tetapi dia berbaring di atas katil dengan tenang.

Zella sudah buta buat satu masa yang panjang, tetapi dia mengenali suara kami dengan serta merta. Dia menanya saya untuk berikan dia satu berkat, dan dia kata dia sedia untuk mati jika Tuhan hendakkan dia pulang ke syurga. Ada satu roh yang damai hadir dalam bilik itu, dan kami tahu bahawa dia akan meninggal dunia tidak lama selepas itu. Zella memegang tangan saya dan beritahu saya bahawa dia sudah berdoa dengan bersungguh-sungguh untuk saya datang mengunjungi dan memberkati dia. Saya beritahu dia kami datang kerana inspirasi yang terus terang dari Bapa Syurgawi. Saya menciumkan dahinya, kerana saya tahu mungkin saya tidak akan jumpa dia pada dunia fana ini lagi. Ini memang benar, dia meninggalkan dunia pada hari berikut. Memang satu berkat bagi saya dan Zella bahawa saya dapat berikan sedikit keriaan dan perasaan damai kepada dia.

Peluang untuk memberkat orang lain biasanya datang secara tidak dijangka. Pada suatu malam yang sangat sejuk pada musim tahun 1983–84, saya dan Sister Monson memandu kereta ke Midway, Utah, di mana terletaknya satu rumah kami. Suhu pada malam itu sangat sejuk, negative 24 fahrenheit (negative 31 celsius), dan kami hendak memastikan bahawa rumah itu dalam keadaan baik. Kami memeriksa rumah itu dan pun balik ke Salt Lake City. Kami hanya memandu beberapa batu dan kereta kami rosak. Kami terdampar di situ, dan kami berasa sangat sejuk.

Dengan berat hati, kami mula berjalan kaki ke arah Bandar. Banyak kereta berlalu di situ. Akhirnya satu kereta berhenti, dan seorang pemuda berikan kami bantuan. Kami mendapati bahawa minyak diesel dalam kereta kami sudah menjadi pekat kerana suhu yang sejuk, dan kereta kami tidak boleh jalan. Pemuda ini memandu kami balik ke rumah kami di Midway. Saya cuba membayar dia untuk perkhidmatannya, tetapi dia enggan menerima. Dia kata dia seorang pengangkap dan dia ingin melakukan satu pelayanan. Saya memperkenalkan diri sendiri, dan dia mengucapkan penghargaan demi peluang untuk menolong kami. Saya jangka dia berusia cukup untuk melayan sebagai seorang mubaligh, jadi saya tanya jika dia merancang untuk melayan satu misi. Dia kata dia belum buat kepututsan.

Pada hari Isnin berikut saya menulis satu surat kepada pemuda ini dan mengucapkan terima kasih kepada dia. Saya menggalakkan dia untuk melayan satu misi sepenuh masa. Saya melampirkan satu salinan buku saya dan menandakan bab yang berkenaan dengan pelayanan mubaligh.

Satu minggu lepas itu, ibu pemuda ini menelefon saya dan memberitahu saya bahawa anaknya seorang pemuda yang baik tetapi kerana pengaruhan tertentu dalam kehidupannya, keinginannya untuk melayan satu misi sudah hapus. Dia kata dia bersama suaminya sudah berpuasa dan berdoa demi perubahan hati anak mereka. Mereka letakkan namanya di bait suci Provo Utah. Mereka harap bahawa, pada suatu hari, dia akan diilham untuk perkara yang lebih baik, dan dia akan ingin melayan misi sekali lagi dan melayan Tuhan dengan beriman. Ibu itu ingin saya tahu bahawa kejadian pada malam yang sejuk itu ialah jawapan bagi doa mereka. Saya kata, “Saya setuju dengan anda.”

Selepas berkomunikasi dengan pemuda itu buat beberapa bulan, saya dan Sister Monson sangat gembira bila kami menghadiri pertemuan perpisahannya sebelum keberangkatannya ke Misi Vancouver Canada.

Adakah hanya satu kebetulan kami bertemu pada malam sejuk bulan Desember itu? Saya tidak percaya begitu. Saya percaya bahawa pertemuan kami ialah satu jawapan kepada doa seorang ibu dan seorang bapa bagi pihak anak mereka.

Saudara saudari, Bapa Syurgawi kita tahu tentang keperluan kita dan Dia akan menolong kita bila kita berseru kepada Dia untuk pertolongan. Saya percaya bahawa semua kerisauan kita adalah penting bagi Dia. Tuhan mengambil berat tentang butir-butir khusus kehidupan kita.

Saya hendak menamatkan ucapan saya dengan satu cerita tentang pengalaman saya baru-baru ini yang mempengaruh beratus-ratus orang. Ia berlaku semasa perayaan budaya untuk Bait Suci Kansas City, lima bulan dahulu. Seperti banyak perkara yang berlaku dalam hidup kita, ini nampaknya hanya satu lagi pengalaman di mana segala hal diatasi dengan mudahnya. Tetapi, bila saya mengetahui tentang perkara yang sudah berlaku malam sebelum dedikasi bait suci itu yang berkenaan dengan perayaan itu, saya sedar bahawa persembahan itu adalah luar biasa. Sebenarnya, ia adalah istimewa.

Seperti semua persembahan budaya untuk dedikasi bait suci, para remaja dalam Daerah Bait Suci Kansas City Missouri sudah melatih satu persembahan dalam kumpulan berasingan dalam kawasan mereka masing-masing. Kemudian mereka akan berkumpul dalam satu pusat perbandaran pada hari Sabtu supaya mereka boleh belajar tentang cara dan masa untuk memasuki pentas, di mana mereka harus berdiri, jarak yang harus mereka ada di antara satu sama lain, cara untuk keluar dari pentas, dan seterusnya---banyak perincian yang harus mereka belajar semasa orang yang bertugas melakukan kerja penghabisan untuk persembahan itu supaya persembahan itu akan dilaksanakan secara indah dan professional.

Tetapi adanya satu masalah yang besar hari itu. Produksi itu bergantung pada segmen yang sudah direkod lebih awal yang akan ditunjukkan pada skrin besar yang dipanggil Jumbotron. Segmen-segmen yang sudah direkod ini mustahak bagi seluruh produksi itu. Ia menggabungkan semua persembahan, dan memeperkenalkan persembahan yang seterus. Segmen-segmen video itu penting bagi produksi itu. Dan Jumbotron itu rosak.

Juruteknik sibuk bekerja untuk mengatasi masalah semasa beratus-ratus remaja menunggu, dan mereka kehilangan masa latihan yang berharga. Situasi itu teruk sekali.

Penulis dan pengarah perayaan itu, Susan Cooper, menjelas kemudian, “Rancangan kami diubah berkali-kali, dan kami tahu tidak ada sebarang pun yang dapat dilakukan. …Bila kami lihat jadual hari itu, kami tahu kami tidak akan dapat mengatasi masalah kami, tetapi kami juga tahu kami memilik kekuatan yang terhebat--- iaitu 3,000 orang remaja kami. Kami perlu pergi kepada mereka dan beritahu [mereka] tentang keadaan itu dan gunakan iman mereka.”3

Satu jam sebelum para penonton masuk ke pusat itu, 3,000 remaja berlutut dan berdoa bersama-sama. Mereka berdoa untuk orang yang memperbaiki Jumbotron itu akan diilham untuk memperbaikinya; mereka memohon Bapa Syurgawi untuk menolong mereka, kerana mereka kekurangan masa.

Seorang menulis tentang kejadian itu, “Para remaja itu tidak akan lupakan doa itu, bukan kerana lantai itu keras, tetapi kerana Roh hari itu sangat kuat.”4

Tidak lama kemudian seorang juruteknik memberitahu mereka bahawa masalah mereka sudah diatasi. Dia kata mereka sangat bernasib baik, tetapi semua remaja di situ tahu ia bukan kerana nasib baik.

Bila kami masuk ke pusat perbandaran pada petang itu, kami tidak tahu tentang kesusahan yang berlaku pada hari itu. Kami hanya mengetahuinya selepas persembahan itu. Persembahan yang kami dapat saksi hari itu sangat indah---salah satu yang terbaik. Para remaja itu mengambarkan roh yang kuat yang dapat dirasa oleh semua yang hadir. Mereka tahu di mana harus mereka masuk, berdiri, dan cara untuk berinteraksi dengan satu sama lain. Bila saya mendapati bahawa pelatihan mereka ringkas sahaja dan banyak bahagian persembahan itu tidak dapat dilatih oleh semua orang, saya hairan sekali. Tiada seorang pun boleh jangka. Tuhan memang memberi pampasan ke atas kekurang pelatihan mereka.

Saya tidak akan berhenti dikagum oleh cara Tuhan menggerakkan dan mengarah semua bahagian kerajaan-Nya dan masih ada masa untuk memberi inspirasi kepada satu orang--- atau satu perayaan budaya atau satu Jumbotron. Dia boleh, dan Dia memang buat begini, ini kesaksian saya.

Saudara-saudariku, Tuhan adalah sebahagian hidupkita. Dia mengasihi kita. Dia ingin memberkat kita. Dia hendakkan kita mencarikan bantuan-Nya. Dia membimbing dan mengarah kita, dan bila Dia mendengar dan menjawab doa kita, kita akan mendapat kegembiran sekarang yang Dia berikan kita. Semoga kita sedar akan berkat-Nya dalam hidup kita, saya berdoa dalam nama Yesus Kristus, Juruselamat kita, amin.

nota

  1. 2  Nefi 2:25.

  2. Ajaran dan Perjanjian 112:10.

  3. Susan Cooper, dalam Maurine Proctor, “Nothing’s Too Hard for The Lord: The Kansas City Cultural Celebration,” Meridian Magazine, Mei  9, 2012, ldsmag.com.

  4. Proctor, Meridian Magazine, Mei 9, 2012.