Sejarah Gereja
“Ia Akan Menguatkan Kita”


“Ia Akan Menguatkan Kita”

Loreen anak Bunya ialah orang Iban yang tinggal di Miri. Dia pertama kali belajar tentang Gereja apabila kakaknya Ranjerlin bertemu dengan pasangan Amerika di dalam bas dan bersetuju untuk mereka datang melawat rumah. Pada kunjungan keempat, pasangan itu mula bercakap dengan Loreen tentang gereja mereka. “Mereka terkejut kerana setiap kali mereka datang saya selalu bertanya, ‘Gereja apa?’” Kenang Loreen. “Nama itu terlalu panjang dan saya selalu lupa.” Dia berminat dengan apa yang misionari ajarkan tetapi tidak pasti jika dia boleh komited.

“Saya mempelajari injil dari musim luruh 1996 hingga 6 April 1997, dan ketika itulah saya dibaptiskan kerana saya tahu ia boleh mengubah hidup saya,” kata Loreen.

Loreen melihat tangan Tuhan dalam hidupnya dalam bantuan yang dia terima dalam membesarkan anak-anaknya. Anak lelakinya Kevin berhenti sekolah ketika dia berumur 9 tahun. Selama empat tahun, dia tinggal di rumah. Semasa dia berumur 12 tahun, sekitar masa mereka bertemu dengan misionari, “dia tidak pandai menulis, membaca mahupun belajar.” Selepas pembaptisan mereka, pasangan misionari senior yang lain meluangkan masa bersama Kevin.

“Dia ikut ke mana mereka pergi,” kata Loreen. “Suatu hari Elder dan Sister Folsom membeli-belah dengan Kevin, dan mereka bertanya jika dia mahu kembali ke sekolah, dan dia berkata ya. Mereka pergi ke sekolah selepas empat tahun dia berhenti persekolahan dan meminta kerani untuk mencari dokumennya dan mendaftarkannya semula. Saya sering pergi ke sana, dan setiap kali pihak sekolah memberitahu saya dokumen itu telah hilang. Tetapi apabila orang putih pergi dan mereka dapat mencari dokumen itu tanpa masalah. Saya rasa mereka takut orang putih. Kevin kembali ke sekolah dan tamat pengajian. Inilah mukjizat saya dari Gereja ini.”

Selepas satu tahun setengah, Loreen menghadapi kesukaran dalam perkahwinannya, dan kakaknya berhenti menghadiri gereja. Selama dua tahun, ia lebih senang untuk Loreen tinggal di rumah atau keluar bersama kawan-kawan. Pada satu malam, Kevin bertanya apa yang dia fikir adalah betul dan apa yang dia mahu anak-anaknya lakukan. “Pagi Ahad itu saya bangun dan memutuskan untuk pergi ke gereja buat kali pertama dalam masa yang lama,” dia berkata. “Selepas itu saya dapat tahu dan merasai Roh.”

Anak perempuan Loreen, Gloria Geramong, juga telah menjauhkan diri dari Gereja untuk suatu masa. Tetapi akhirnya, dia berkata, “Saya memutuskan untuk mencari dan membina kesaksian saya sendiri.” Percubaan yang susah sama “seperti ujian sekolah yang kita selalu ambil,” fikir dia. “Kita perlu mengambil dan lulus dalam percubaan untuk terus maju dalam kehidupan ini, dan ia akan menguatkan kita.” Gloria adalah antara generasi pertama orang Iban yang menghadiri universiti, belajar di Universiti Kuala Lumpur.

“Saya bersendirian dengan anak-anak saya dan membesarkan mereka sendirian,” kata Loreen dengan bangga pada tahun 2011, waktu itu dia melayani sebagai presiden Lembaga Pertolongan di cabang Mirinya. “Sekarang mereka sudah dewasa.”