Sejarah Gereja
Singapura: Gambaran Keseluruhan


“Singapura: Gambaran Keseluruhan,” Sejarah Global: Singapura (2021)

“Singapura: Gambaran Keseluruhan,” Sejarah Global: Singapura

peta Singapura

Ringkasan Sejarah Gereja di

Singapura

Sejak permulaan, komuniti Orang Suci Zaman Akhir di Singapura terdiri daripada campuran kosmopolitan orang Cina, Malaysia, India, Indonesia, Eropah, dan latar belakang etnik dan negara lain. Singapura telah menarik komuniti Orang Suci Zaman Akhir yang pelbagai, semuanya dengan kurnia unik untuk dikongsi, kerana ia merupakan pusat perdagangan, pendidikan dan budaya Asia Tenggara.

Selepas beberapa dekad peperangan dan pergolakan saudara di kawasan Asia Selatan, usaha untuk menyebarkan injil ke negara-negara ini bermula dengan gigih pada akhir 1960-an. Sekatan ketat kerajaan terhadap visa misionari asing yang ditubuhkan pada tahun 1970 mencipta satu budaya Gereja di mana ahli tempatan, ramai yang penganut baru, memikul tanggungjawab besar dalam kepimpinan dan kerja misionari. Pada tahun 1977 kebanyakan penganut baru telah diperkenalkan kepada injil oleh ahli-ahli lain. Sesungguhnya, para Orang Suci Singapura “[tidak] jemu dalam melakukan yang baik … meletakkan landasan sebuah pekerjaan yang besar,” mempelajari bahawa “dari hal-hal yang kecil bermulalah hal yang besar” (Ajaran dan Perjanjian 64:33).

Berdekad berlalu di mana hubungan Gereja dengan kerajaan telah bertambah baik dan ahli Gereja memperoleh reputasi sebagai warganegara rajin yang mengutamakan keluarga. Usaha sejarah keluarga mereka yang giat telah membolehkan mereka untuk menghantar banyak nama ke bait suci Hong Kong dan Taipei yang berdekatan untuk tatacara kudus. Pada bulan November 2019, ketika Presiden Russell M. Nelson melawat Singapura, dia memuji usaha mereka dan dia berdoakan suatu hari nanti para Orang Suci Singapura akan mempunyai bait suci mereka sendiri.

Fakta Ringkas

Nama Rasmi: Republic of Singapore/Republik Singapura/新加坡共和国சிங்கப்பூர் குடியரசு

Ibu Kota: Singapura

Kota Terbesar: Singapura

Bahasa Rasmi: Inggeris/Melayu/Cina Mandarin/Tamil

Kawasan Tanah: 726 km2 (280 mi2)

Kawasan Gereja: Asia

Misi: 1 (Singapura)

Jemaah: 7