Pesanan Pengajaran Berkunjung, Januari 2014
Misi Ilahi Yesus Kristus: Teladan
Kajikan bahan bacaan ini dengan berdoa dan carikan perkara yang harus dikongsikan. Bagaimana pemahaman tentang hidup dan misi Juruselamat boleh meningkatkan iman kepada Dia dan boleh memberkat mereka yang anda jaga melalui pengajaran berkunjung? Untuk maklumat lebih lanjut, layari reliefsociety.lds.org.
Bila kita faham bahawa Yesus Kristus ialah teladan kita dalam segala hal, kita boleh meningkatkan hasrat kita untuk mengikut Dia. Kitab suci penuh dengan galakan bagi kita untuk mengikut jejakan Kristus. Kristus berkata kepada para kaum Nefi, “Pekerjaan yang telah kamu lihat Aku lakukan bahkan itu jugalah yang akan kamu lakukan” (3 Nefi 27:21). Kepada Tomas, Yesus berkata, “Akulah jalan untuk mengenal Tuhan dan untuk mendapat hidup. Tidak seorang pun dapat datang kepada Bapa kecuali melalui Aku” (Yohanes 14:6).
Hari ini. para pemimpin kita memperingatkan kita untuk menjadikan Juruselamat teladan kita. Linda K. Burton, presiden umum Lembaga Pertolongan berkata, “Bila ajaran Penebusan tertulis pada hati kita, kita mula menjadi orang yang Tuhan ingin kita jadi.”1
Presiden Thomas S. Monson berkata, “Tuhan dan Juruselamat kita, Yesus Kristus, ialah teladan dan kekuatan kita.”2
Marilah kita bertekad untuk menghampiri Yesus Kristus, untuk mengikut perintah-perintah-Nya, dan untuk berusaha untuk kembali kepada Bapa Syurgawi kita.
Dari Tulisan Suci
Dari Sejarah Kita
Eliza R. Snow, presiden umum Lembaga Pertolongan yang kedua menulis tentang pelayanan Yesus Kristus dengan berikut, “Dia menandakan jalan yang membimbing.”3 Dia melayan individu—satu demi satu. Dia mengajar bahawa kita harus tinggalkan sembilan puluh sembilan untuk menyelamat satu yang tersesat (lihat Lukas 15:3–7). Dia menyembuhkan dan mengajar individu, mengambil masa bagi setiap orang dalam satu khalayak ramai yang berjumlah 2,500 orang (lihat 3 Nefi 11:13–15; 17:25).
Tentang para wanita Orang Suci Zaman Akhir, Presiden Dieter F. Uchtdorf, Penasihat Kedua dalam Presidensi Utama berkata: “Para saudari, anda memberikan pelayanan yang berbelas kasihan kepada orang lain demi sebab yang menggantikan keingingan untuk faedah peribadi. Anda mengikut teladan Juruselamat. … Dia selalu berfikir untuk menolong orang lain.”4
© 2014 by Intellectual Reserve, Inc. Semua hak terpelihara. Dicetak di USA. Kelulusan Bahasa Inggeris: 6/13. Kelulusan penterjemahan: 6/13. Penterjemahan Visiting Teaching Message, January 2014. Malay. 10861 348