2014
Satu Jawapan bagi Doanya
Mac 2014


Remaja

Satu Jawapan bagi Doanya

Pengarang ini tinggal di Gauteng, South Africa.

Pada suatu malam, seorang rakan yang beragama lain mengunjungi saya. Biasanya saya mengaji kitab suci bersendirian, dan saya sudah sedia mengaji pada malam itu. saya ditekan untuk menjemput dia untuk menyertai pengajian saya, tetapi saya takut dan mula mengaji secara bersendirian. Saya tahu bahawa saya tidak mempedulikan tekanan Roh. Selepas beberapa minit saya menanya dengan berhati-hati, “Inginkah kamu mengaji kitab suci bersama saya?” Tanpa teragak-agak, rakan saya membalas, “Ya.”

Kami mengaji Kitab Mormon. Dia menanya saya beberapa soalan, dan saya boleh rasa Roh membimbing saya bila saya menjawab. Saya memberi kesaksian tentang kebenaran Kitab Mormon. Selepas itu, dia beritahu saya, “Saya sudah menangis dan berasa takut sepanjang hari ini. Saya baru sudah doa kepada Tuhan untuk menolong saya bila kamu menjemput saya mengaji kitab suci bersama kamu. Saya berasa lebih tenang hati sekarang. Terima kasih.”

Tuhan gunakan saya sebagai satu alat untuk menjawab satu doa dan melayan seorang anak-Nya yang berkeperluan. Saya tahu bahawa tekanan roh ialah arahan ilahi dari seorang Bapa yang bijaksana dan mulia. Bila kita lupakan perasaan takut kita, kita membenarkan Dia untuk menyatakan kuasa-Nya melalui kepatuhan kita.