Pesanan Presidensi Utama, Mac 2014
Pelayanan dan Kehidupan Kekal
Juruselamat ialah teladan tentang pelayanan yang tidak mementingkan diri sendiri. Hidup-Nya yang sempurna diabdikan untuk melayan Bapa Syurgawi dan semua anak-anak Bapa-Nya. Tujuan bersatu Bapa dan Putera-Nya adalah untuk memberikan kita kurnia kebaqaan dan berkat kehidupan kekal (lihat Musa 1:39).
Untuk menjadi layak demi kehidupan kekal, kita mesti diubah melalui Penebusan Yesus Kristus—dilahir semula dan disucikan dari dosa. Kanak-kanak yang berusia di bawah lapan tahun, tidak berdosa dan ditebus melalui Penebusan (lihatMosia 3:16,21; Moroni 8:10–12).
Bagi kita yang sudah mencapai usia pertanggungjawaban, adanya satu rancangan yang baik yang membenarkan kita untuk menjadi suci dari dosa dan bersedia demi kehidupan kekal. Persediaan itu bermula dengan pembaptisan oleh wewenang imamat dan penerimaan Roh Kudus. Kemudian kita mesti selalu mengingati Juruselamat dan mematuh perintah-perintah yang sudah Dia berikan kita.
Raja Benyamin memberitahu rakyatnya dalam Kitab Mormon tentang kebahagiaan yang datang dari perasaan pengampunan dari dosa melalui Penebusan Yesus Kristus. Kemudian dia mengajar mereka untuk mengekalkan pengampunan dosa mereka, mereka harus mengajar anak-anak mereka untuk melayan satu sama lain dan mereka harus bermurah hati untuk menolong orang yang berkeperluan jasmani dan berkeperluan rohani di sekeliling mereka. (Lihat Mosia 4:11–16.)
Dia juga ajar, “Dan lihatlah, aku memberitahu kamu hal-hal ini agar kamu boleh belajar kebijaksanaan; agar kamu boleh belajar bahawa apabila kamu berada dalam pelayanan sesamamu, kamu semata-mata dalam pelayanan Tuhanmu” (Mosia 2:17).
Yesus pergi ke merata tempat untuk mengajarkan injil-Nya dan berbuat baik (lihat Kisah Rasul-rasul 10:38). Dia sembuhkan orang yang sakit. Dia bangkitkan orang yang sudah mati. Dengan kuasa-Nya, Dia memberi makanan kepada beribu-ribu orang bila mereka lapar dan tanpa makanan (lihat Matius 14:14–21; Yohanes 6:2–13). Selepas kebangkitan-Nya, Dia berikan makanan kepada beberapa orang Rasul-Nya bila mereka sampai ke pantai Laut Galilee (lihat Yohanes 21:12–13). Pada benua Amerika, Dia sembuhkan orang yang sakit dan berkatkan kanak-kanak satu demi satu (lihat 3 Nefi 17:7–9, 21).
Rasul Yakobus mengajar kita bagaimana hasrat untuk melayan datang dari kesyukuran demi perkara yang sudah Tuhan lakukan bagi kita:
“Berita Baik itu hukum Tuhan yang sempurna dan dapat membebaskan manusia. Seseorang yang mendalami hukum itu dan melakukannya, akan diberkati Tuhan dalam segala perkara yang dilakukannya, kerana dia tidak hanya mendengar lalu melupakannya. …
“Menurut Tuhan Bapa, inilah ibadat yang murni dan sejati: menolong anak yatim piatu dan balu yang mengalami penderitaan, serta menjaga diri supaya tidak dicemari kejahatan di dunia ini”(Yakobus 1:25, 27).
Salah satu jaminan bahawa kamu disucikan ialah hasrat untuk melayan orang lain bagi Juruselamat akan meningkat. Pengajaran keluarga dan pengajaran berkunjung menjadi satu kebahagiaan dan bukan satu tugas. Kamu akan lebih bersukarela di sekolah atau menolong orang yang miskin dalam komuniti kamu. Walaupun kamu tidak ada banyak harta untuk diberikan kepada orang yang lebih miskin, kamu hendak memiliki lebih banyak supaya kamu boleh memberi sumbangan yang lebih besar (lihat Mosia 4:24). Kamu ingin sekali melayan anak-anak kamu dan tunjuk kepada mereka cara untuk melayan orang lain.
Semasa sifat kamu berubah, kamu akan berasa satu hasrat untuk berikan pelayanan yang lebih besar tanpa tanda penghargaan. Saya mengenali pengikut-pengikut Kristus yang sudah berikan duit dan pelayanan dengan satu tekad untuk tidak diketahui orang kecuali Tuhan dan anak-anak mereka. Tuhan sudah mengenali pelayanan mereka dengan memberkat mereka dalam kehidupan ini, dan Dia akan memberkat mereka dalam kehidupan kekal yang akan datang (lihat Matius 6:1–4; 3 Nefi 13:1–4).
Bila kamu mematuhi perintah untuk melayan orang lain (lihat Matius 22:39), kamu mengalami satu perubahan dalam perasaan kebanggaan kamu. Juruselamat membetulkan para Rasul-Nya bila mereka beradu tentang sesiapa yang lebih baik dalam kalangan mereka. Dia berfirman:
“Janganlah minta orang menyebut kamu ‘Pemimpin’, kerana Penyelamat yang diutus oleh Tuhan itu satu-satunya pemimpin kamu.
“Orang yang terbesar antara kamu harus menjadi pelayan kamu” (Matius 23:10–11).
Juruselamat mengajar kita cara kita boleh belajar untuk melayan orang lain. Dia melayan dengan sempurna, dan kita mesti belajar untuk melayan seperti Dia—kasih kurnia demi kasih kurnia (lihat A&P 93:12–13). Melalui pelayanan yang kita beri, kita boleh menjadi seperti Dia. Kita akan berdoa dengan sedaya upaya untuk menyayangi musuh-musuh kita seperti Dia menyayangi mereka (lihat Matius 5:43–44; Moroni 7:48). Selepas itu mungkin kita berlayak untuk mendapat kehidupan kekal bersama Dia dan Bapa Syurgawi kita.
Saya janji bahawa kita boleh melayan dengan lebih sempurna bila kita mengikut ajaran dan teladan Juruselamat.
© 2014 oleh Intellectual Reserve, Inc. Semua hak terpelihara. Dicetak di USA. Kelulusan Bahasa Inggeris: 6/13. Kelulusan penterjemahan: 6/13. Penterjemahan First Presidency Message, March 2014. Malay. 10863 348