2014
Saya dan Persidangan
April 2014


Remaja

Saya dan Persidangan

Pengarang ini tinggal di Toronto, Canada

Saya pernah fikir bahawa hujung minggu persidangan umum sangat panjang dan bosan, tetapi sekarang, saya menyambutkannya dengan sukacita. Hujung minggu persidangan umum boleh memperbaharui kita secara rohani. Tetapi memang senangnya untuk biarkan perasaan itu menjadi lemah apabila kita pulang ke kehidupan biasa pada hari Isnin. Idea-idea berikut sudah menolong saya untuk berfaedah sebanyak mungkin dari persidangan.

Saya bersedia untuk persidangan dengan mencatatkan soalan-soalan saya, kemudian saya ambil nota apabila soalan saya dijawab. Selepas itu, saya muat turun ucapan-ucapan persidangan dan musik dari LDS.org dan muat atas ke pemain MP3 supaya saya boleh dengarkan satu ucapan atau satu lagu rohani semasa rutin sehari-hari saya. Saya juga suka mengaji isu persidangan majalah Liahona. Saya buat tanda dan nota pada garisan tepi majalah saya. Apabila sampainya persidangan depan, majalah saya sudah dibaca banyak kali. Kadang-kala keluarga saya mengaji pesanan-pesanan itu pada malam keluarga.

Untuk menjaga roh yang kita rasa semasa persidangan dan terus belajar dari pesanan-pesanan persidangan memerlukan kerja tekun, dan saya sudah diberkati. saya sudah menerima kekuatan dan bimbingan pada masa keperluan dengan mengaji pesanan dari persidangan umum, dan saya tahu bahawa pesanan-pesanan ini diilhamkan.