2014
Misi Ilahi Yesus Kristus: Juruselamat dan Penebus
April 2014


Pesanan Pengajaran Berkunjung, April 2014

Misi Ilahi Yesus Kristus: Juruselamat dan Penebus

Kajikan bahan bacaan ini dengan berdoa dan carikan perkara yang harus dikongsikan. Bagaimana pemahaman tentang hidup dan misi Juruselamat boleh meningkatkan iman kepada Dia dan boleh memberkat mereka yang anda jaga melalui pengajaran berkunjung? Untuk maklumat lebih lanjut, layari reliefsociety.lds.org.

Iman, Keluarga, Pertolongan

“Dari semua nama julukan Yesus Kristus, yang terpenting ialah Penebus,” kata Elder D. Todd dari Kuorum Dua Belas Rasul. “Penebus bererti untuk membayar balik satu kewajipan atau satu hutang. Penebus juga bererti untuk menyelamat atau membebaskan dengan membayar wang tebusan. … Setiap maksud ini mencadangkan aspek Penebusan yang berbeza yang dilakukan oleh Yesus Kristus melalui Penebusan-Nya, termasuk maksud dari kamus, ‘untuk membebas dari dosa dan hukuman dosa, melalui pengorbanan bagi orang yang berdosa.’”1

Linda K. Burton, presiden umum Lembaga Pertolongan berkata: “Bapa Syurgawi … hantarkan Putera Sulung-Nya yang sempurna untuk menderita bagi dosa kita, kesakitan hati kita, dan segala perkara yang nampaknya tidak adil dalam kehidupan kita.

“… Seorang saudari yang menderita cubaan dan kesedihan bertahun-tahun mengata dengan air mata mengalir, ‘Saya sudah sedar bahawa saya seperti satu wang kertas 20 ringgit—ronyok, koyak, kotor, sudah dianiaya, dan cedera. Tetapi … saya masih bernilai 20 ringgit.’ Saudari ini faham bahawa dia … cukup layak bagi [Tuhan] untuk menghantarkan Putera-Nya untuk menebuskan dosanya, secara individu. Setiap saudari dalam Gereja harus tahu tentang perkara yang diketahui saudari ini.”2

Dari Tulisan Suci

2 Nefi 2:6; Helaman 5:11–12; Musa 1:39

Dari Sejarah Kita

Perjanjian Baru mengandungi catatan-catatan tentang para wanita yang beriman kepada Yesus Kristus, yang belajar dan mematuhi ajaran-Nya, dan bersaksi tentang pelayanan, mukjizat, dan keagungan-Nya.

Yesus berkata kepada wanita di tepi perigi:

“Sesiapa minum air yang akan Aku berikan kepadanya, dia tidak akan dahaga selama-lamanya. Air yang akan Aku berikan menjadi satu mata air yang memancar di dalam dirinya, dan memberi dia hidup sejati dan kekal.

“Wanita itu berkata, “Tuan, berilah saya air itu, supaya saya tidak dahaga lagi …

“Saya tahu Penyelamat … akan datang, … : Apabila Dia datang Dia akan memberitahu kita segala-galannya.

“Yesus menjawab, “Akulah Dia; Aku yang sekarang sedang bercakap dengan kamu.”

Wanita pun “meninggalkan buyung airnya” dan pergi memberi kesaksian tentang Dia dalam bandar itu. (Lihat Yohanes 4:6–30).

Nota

  1. D. Todd Christofferson, “Redemption,” Ensign atau Liahona, Mei 2013, 109.

  2. Linda K. Burton, “Is Faith in the Atonement of Jesus Christ Written in Our Hearts?” Ensign atauLiahona, Nov. 2012, 114.