2014
Penuaian Tuhan
Ogos 2014


Pesanan Presidensi Utama, Ogos 2014

PenuaianTuhan

Imej
Oleh Presiden Dieter F. Uchtdorf

Seorang wanita bernama Christa pernah bekerja dalam satu syarikat yang menjual biji benih. Dia suka kerjanya. Dia berasa kagum bahawa setiap biji benih yang dia pegang berupaya untuk bertumbuh dan menjadi satu mukjizat—satu lobak merah, sebiji kubis, mahupun satu pokok oak yang besar.

Christa gemar untuk mengambil pesanan pada komputernya dan menjawab soalan. Tetapi pada satu hari dia menerima satu rungutan yang mengelirukan dia.

“Biji benih ini rosak,” pelanggan itu kata. “Saya beli biji benih ini dua bulan lalu dan mereka masih tidak berhasil.”

“Adakah kamu tanam biji benih itu dalam tanah yang subur dan berikan mereka cukup air dan cahaya matahari?” tanya Christa.

“Tidak,tetapi saya sudah lakukan kerja saya,” balas pelanggan itu. “Saya beli biji benih itu. Dan mereka dijamin untuk menumbuh.”

“Tetapi kamu tidak tanamkan mereka?”

“Tentunya tidak. Kerja itu akan kotorkan tangan saya.”

Christa merenung tentang perkara ini dan buat keputusan bahawa satu garis panduan tentang penanaman harus dituliskan. Dia buat keputusan tentang garis panduan pertama: “Kamu mesti ikut arahan penanaman supaya biji benih itu boleh bertunas. Kamu tidak boleh letakkan mereka pada satu rak dan harapkan mereka boleh tumbuh.”

Tidak lama kemudian lagi satu rungutan mengelirukan dia.

“Biji benih itu tidak berhasil,” seorang pelanggan kata.

“Adakah kamu tanamkan mereka dalam tanah yang subur?” balas Christa. “Adakah kamu berikan cukup air dan cahaya matahari kepada biji benih itu?”

“Ya,” kata pelanggan itu. “Saya lakukan semua perkara itu—seperti arahan pada bungkusan itu. Tetapi tidak berjaya.”

“Adakah biji benih itu berubah? Adakah mereka bertunas?”

“Tidak,” kata pelanggan itu. “Saya tanamkan mereka mengikut arahan. Saya harap untuk gunakan tomato pada masa makan malam. Sekarang saya sangat kecewa.”

“Tunggu sekejap,” balas Christa. “Kamu tanamkan biji benih itu hari ini?”

“Jangan kata bodoh,” balas pelanggan itu. “Saya tanamkan biji benih itu satu minggu lalu. Saya tidak harapkan buah tomato pada hari pertama; saya sabar. Dan saya banyak mengair dan menunggu semenjak hari itu.”

Christa tahu bahawa dia harus tambahkan lagi satu garis panduan: “Biji benih ini mengikut hukum biologi. Jika kamu tanamkan biji benih itu pada pagi dan harap untuk menuai buah tomato pada hujung minggu itu, kamu akan kecewa. Kamu harus bersabar dan menunggu kerja alam semula jadi untuk berlaku tanpa gangguan kamu.”

Semua pun berlaku dengan lancar sehingga Christa menerima lagi satu rungutan.

“Saya sangat kecewa ke atas biji benih kamu,” pelanggan itu berkata. “Saya tanamkan mereka mengikut cadangan pada bungkusan itu. Saya airkan mereka, berikan cahaya matahari, dan tunggu sehingga mereka berbuah.”

“Memangnya kamu lakukan segala perkara yang betul,” kata Christa.

“Ya,” balas pelanggan itu. “Tetapi saya dapat buah zukini!”

“Rekod saya tunjukkan bahawa biji benih yang kamu pesan ialah buah zukini,” kata Christa.

“Tetapi saya tidak mahu buah zukini; saya mahu buah labu!”

“Saya tidak faham.”

“Saya tanamkan biji benih itu dalam kebun labu saya—tanah yang menghasilkan buah labu tahun lalu. Saya memuji tanaman itu setiap hari, beritahu mereka bahawa mereka akan menjadi buah labu yang cantik. Tetapi, saya dapat buah zukini yang hijau dan bukan buah labu yang berwarna oren, yang bulat dan yang besar. Saya ada banyak buah zukini!”

Christa faham bahawa garis panduan itu mungkin tidak cukup dan dia harus tambahkan satu prinsip: “Biji benih yang kamu tanam menetapkan penuaian kamu.”

Hukum Penuaian

Rasul Paulus mengajar tentang penuaian Tuhan:

“Janganlah tipu diri sendiri. Tidak seorang pun dapat memperbodohkan Tuhan. Seseorang akan menuai apa yang ditanamnya.

“Jika seorang menanam menurut tabiat manusianya, dia akan menuai kematian. Tetapi jika dia menanam menurut pimpinan Roh Tuhan, dia akan menuai hidup sejati dan kekal daripada Roh Tuhan.

“Oleh itu, janganlah kita jemu melakukan perkara-perkara baik. Jika kita tidak berhenti-henti berbuat demikian, kelak kita akan menuai hasilnya” (Galatia 6:7–9).

Pada masa moden ini, Tuhan sudah berikan kita kebijaksanaan dan tinjauan tambahan tentang hukum yang tidak berubah ini:

“Ada satu hukum, dengan tak terbatalkan ditetapkan di syurga sebelum pelandasan dunia ini, yang di atasnya segala berkat dilandaskan—

“Dan ketika kita mendapatkan berkat apa pun dari Tuhan, itu adalah kerana kepatuhan pada hukum itu yang diatasnya itu dilandaskan” (A&P 130:20–21).

Apa yang kita tanam, itulah yang akan kita tuai.

Kemuliaan penuaian Tuhan tidak dapat digambarkan. Bagi mereka yang mematuhi Dia, berkat-Nya datang dengan “berlimpah-limpah. Sukatan yang kamu gunakan untuk orang lain akan digunakan oleh Tuhan untuk kamu” (Lukas 6:38).

Seperti biji benih perlukan usaha dan kesabaran, begitu juga berkat-berkat syurga. Kita tidak boleh mengetapikan agama kita dan harapkan penuaian berkat rohani. Jika kita menanam dan membela standard-standard injil dalam kehidupan harian keluarga kita, anak-anak kita akan lebih berkemungkinan untuk membesar untuk menghasilkan buah rohani yang berharga bagi mereka dan bagi generasi akan datang.

Jawapan Tuhan untuk doa kita tidak selalunya datang dengan segera—kadang-kala nampaknya mereka tidak datang sekali pun—tetapi Tuhan tahu tentang perkara yang paling baik bagi anak-anak-Nya. Pastinya, pada suatu hari nanti kita akan dapat lihat dengan lebih jelas; dan pada hari itu kita akan mengenal kebaikan dan kemurahan hati syurga.

Sehingga masa itu, matlamat dan kebahagiaan kita adalah untuk berjalan dalam jejakan Guru dan Juruselamat kita serta berhidupan baik supaya kita boleh memilik penuaian berkat Tuhan yang bernilai yang sudah dijanjikan.

Apa yang kita tanam, itulah akan kita tuai.

Inilah hukum syurga.

Inilah hukum penuaian Tuhan.

Mengajar dari Pesanan Ini

Berbincang bersama mereka yang kamu kunjungi tentang cara hukum penuaian Tuhan boleh diaplikasikan ke atas perhubungan, penganutan dan kesaksian, atau kerjaya dan matlamat pendidikan. Kamu boleh baca dan menimbangkan ayat-ayat suci yang berkenaan dengan hukum ini, seperitAmsal 11:18; 2 Korintus 9:6; dan Alma 32. Galakkan mereka untuk kaji semula matlamat lama dan tetapkan matlamat baru untuk mencapai hasil yang soleh. Menolong mereka untuk mengembangkan satu rancangan untuk berlaku dengan konsisten untuk mencapai tujuan jangka panjang mereka.

Cetak