2014
Isikan Dunia Ini dengan Kasih Kristus
Disember 2014


Pesanan Presidensi Utama, Disember 2014

Isikan Dunia Ini dengan Kasih Kristus

Apabila kita fikir tentang Krismas,biasanya kita fikir tentang pemberian dan penerimaan hadiah. Hadiah boleh menjadi sebahagian tradisi yang dihargai, tetapi ia juga boleh menjejaskan maruah musim ini dan mengalihkan perhatian kita dari merayakan hari lahir Juruselamat kita dalam cara yang bererti.

Dari pengalaman peribadi, Krismas yang tidak dapat dilupai ialah Krismas yang tanpa banyak kekayaan. Hadiah dari zaman kanak-kanak saya tentunya sederhana berbanding dengan standard hari ini. Ada masanya saya menerima sehelai baju yang dijahit atau sepasang sarung tangan atau stoking. Saya ingat tentang satu Krismas yang istimewa, abang saya berikan saya satu pisau kayu yang dia ukir.

Krismas yang bererti tidak perlukan hadiah yang mahal. Saya ingat tentang satu cerita dari Elder Glen L. Rudd, yang melayan sebagai seorang ahli Tujuh Puluh dari tahun 1987 sehingga tahun 1992. Satu hari sebelum hari Krismas banyak tahun lalu, apabila dia mengurus satu rumah stor uskup, dia diberitahu oleh seorang pemimpin gereja tentang satu keluarga yang berkeperluan baru pindah ke bandar. Apabila dia mengunjung flat mereka, dia mendapati seorang ibu yang tidak berkahwin bersama empat orang anak di bawah umur 10 tahun.

Keluarga itu sangat berkeperluan, ibu itu tidak mampu untuk membeli hadiah atau makanan bagi anak-anaknya Krismas itu —dia tidak mampu untuk membeli sepohon pokok Krismas. Saudara Rudd berbual-bual dengan keluarga itu dan mendapati bahawa tiga anak perempuan dalam keluarga itu inginkan anak patung atau haiwan permainan. Apabila dia menanya anak lelaki yang berumur enam tahun tentang hadiah yang dia ingin, anak lelaki yang lapar itu membalas, “Saya ingin menerima satu mangkuk bubur mil oat.”

Saudara Rudd janji anak lelaki itu dia akan menerima bubur mil oat dan mungkin hadiah lain. Kemudian dia pergi ke rumah stor uskup dan kumpulkan makanan dan bahan-bahan lain yang diperlukan oleh keluarga itu.

Pada pagi itu, seorang Orang Suci Zaman Akhir yang bermurah hati berikan dia 50 dolar untuk “seorang yang berkeperluan.” Dengan dermaan itu, Saudara Rudd bersama tiga orang anaknya pergi membeli-belah —anak-anaknya pilihkan alat permainan bagi kanak-kanak keluarga yang berkeperluan itu.

Selepas mereka letakkan makanan, pakaian, hadiah, sepohon pokok Krismas, dan perhiasan, keluarga Rudd memandu ke flat keluarga itu. Mereka menolong ibu itu dan anak-anaknya menghiaskan pokok Krismas. Kemudian mereka letakkan hadiah di bawah pokok itu dan berikan anak lelaki itu satu bungkus mil oat yang besar.

Ibu itu menangis, anak-anaknya bergembira, dan mereka nyanyikan lagu Krismas. Pada waktu makan malam, keluarga Rudd bersyukur bahawa mereka boleh menolong satu keluarga dan berikan satu mangkuk bubur mil oat kepada seorang anak lelaki.1

Kristus dan Roh Pemberian

Fikirkan cara yang sederhana dan yang bermaruah Bapa Syurgawi kita meraya kelahiran Putera-Nya. Pada malam yang suci itu, malaikat muncul kepada gembala dan bukan orang yang kaya. Kristus dilahir dalam satu palung dan bukan satu rumah agam. Dia dibedung dengan kain kasar, bukan kain sutera.

Kesederhanaan Krismas pertama itu menggambarkan hidup Juruselamat. Walaupun Dia ciptakan bumi, hidup dengan agung dan mulia, dan berdiri di sebelah kanan Bapa, Dia datang ke bumi sebagai seorang bayi. Kehidupan-Nya ialah satu teladan kebangsawanan yang sederhana, dan Dia berjalan di kalangan orang yang miskin, yang sakit, yang sedih, dan yang berbeban berat.

Walaupun Dia seorang raja, Dia tidak mementingkan kehormatan atau kekayaan manusia. Hidup-Nya, kata-Nya, dan aktiviti harian-Nya ialah teladan maruah yang sederhana dan bererti.

Yesus Kristus, tahu tentang cara yang sempurna untuk melayan, berikan kita satu pola pelayanan. Kepada mereka yang menderita kesunyian dan kesedihan, Dia bawakan belas kasihan dan kesenangan hati. Kepada orang yang kesakitan badan dan minda, Dia bawakan kasih sayang dan kesembuhan. Kepada orang yang berbeban dosa, Dia berikan harapan, keampunan, dan penebusan.

Jika Juruselamat berada di kalangan kita hari ini, kita boleh mendapati Dia di tempat yang selalu Dia berada— melayan orang yang menurut, yang sedih, yang rendah hati, dan yang sedar. Sepanjang musim Krismas ini dan selalunya, semoga kita beri kepada Dia dengan menyayangi seperti Dia menyayangi, melalui tindakan baik hati, ihsan, dan belas kasihan, isikan dunia ini dengan cahaya kasih sayang dan kuasa kesembuhan-Nya.

Nota

  1. Lihat Glen L. Rudd, Pure Religion: The Story of Church Welfare since 1930 (1995), 352–53; juga lihat Glen L. Rudd, “A Bowl of Oatmeal,” Church News, Desember. 2, 2006, 16.

Mengajar dari Pesanan Ini

Presiden Uchtdorf mengajar bahawa kita harus ikut pola pelayanan Juruselamat. Timbang untuk menjemput orang yang kamu kunjungi mengambil alih untuk menyatakan kurnia yang sudah Juruselamat beri kepada mereka, dan bincang tentang bagaimana mereka boleh gunakan kurnia itu untuk melayan orang lain. Sebagai contoh, jika seorang diberkati berkat muzikal, dia boleh nyanyikan lagu Krismas kepada jiran-jirannya. Kamu boleh berlutut dan berdoa bersama orang yang kamu kunjungi, mintakan inspirasi tentang kurnia yang harus dikongsi, cara untuk mengongsi, dan dengan siapakah harus berkongsi dengan. Susuli akan inspirasi yang kamu terima.