2015
Sarah Kepada Orang Lain
April 2015


Remaja

Sarah Kepada Orang Lain

Pengarang ini dari Utah, Amerika Syarikat.

Saya pernah mengalami kesukaran untuk menggunakan kepercayaan saya sebagai jawapan kepada pertanyaan yang mudah seperti “Kenapa kamu tidak minum kopi?” Pada masa dahulu, saya berikan alasan seperti “Ia terlalu pahit” atau “Saya tidak suka rasanya.”

Mengapa saya malu? Mengapa saya sangat takut untuk membela kepercayaan saya? Merenungi kembali, saya betul-betul tidak faham kenapa saya berketakutan. Tetapi saya betul-betul mengingati apabila saya henti memberi alasan-alasan tersebut.

Pada satu hari dalam kelas Bahasa English di Sekolah Menengah, guru mengumumkan bahawa kami akan menonton satu episod rancangan TV yang saya ketahui tidak baik. Semasa pelajar-pelajar bersorak dengan kegembiraan, rakan sekelas saya, Sarah mengangkat tangannya dan meminta jika dia dibenarkan untuk keluar.

Apabila guru bertanya kenapa, Sarah berterus-terang membalas, “Sebab saya seorang Mormon dan saya tidak menonton rancangan berkata-kata kotor.”

Keberaniannya untuk membela di hadapan kelas sungguh menakjubkan. Terima kasih kepada Sarah, saya juga membela dan dengan suara hati yang jelas menunggu di luar sehingga rancangan tersebut mengakhiri.

Saya diubah buat selamanya. Saya mula menerangi kepercayaan saya dan tidak mengelakkan subjek itu. Hasilnya, saya berkeyakinan pada diri saya dan menyertai kegiatan di Gereja dan sekolah dengan lebih banyak.

Saya tidak pernah memberitahu Sarah betapa penting teladannya kepada saya, tetapi saya cuba mencontohi teladannya dengan keyakinan. Saya sekarang menyedari bahawa sebagai ahli Gereja Tuhan yang suci dan indah, tidak sama sekali perlu menjadi malu. Saya berharap saya dapat menjadi seperti Sarah kepada orang lain melalui teladan saya.