2015
Presiden Monson Memanggil untuk Keberanian
April 2015


Pesanan Presidensi Utama, April 2015

Presiden Monson Memanggil untuk Keberanian

Presiden Thomas S. Monson

Hampir satu jam berlalu, Presiden Thomas S. Monson telah perhatikan, tetapi apa kita dipanggil untuk membuat pilihan satu jenis atau yang lain.

Untuk memilih pilihan bijak, dia menasihati, kita memerlukan keberanian—“berani untuk berkata tidak, berani untuk berkata ya. Keputusan betul-betul menentukan takdir.”1

Dalam petikan berikut, Presiden Monson mengingatkan Orang Suci bahawa mereka perlukan keberanian untuk membela kebenaran, kesolehan, kepercayaan kita dan menghadapi dunia yang menolak nilai-nilai ahklak serta asas-asas abadi.

“Pemanggilan keberanian sentiasa datang kepada kita semua,” dia berkata. “Ini tetap ada, dan akan menjadi kekal.”2

Keberanian Mendatangkan Keizinan Tuhan

“Kita akan menghadapi ketakutan, mengalami ejekan dan tentangan. Marilah kita—semua—berani untuk menentang konsensus, berani membela asas-asas hidup. Keberanian bukan kompromi, mendatangkan senyuman keizinan Tuhan. Keberanian menjadi suatu sifat baik yang hidup serta menarik. Ia tidak saja rela mati dengan berani, tetapi juga menentukan hidupnya dengan sederhana. Dengan menuju ke hadapan, berusaha hidup berpatutan, kita pasti akan menerima bantuan daripada Tuhan serta dihibur dalam kata-Nya.”3

Bertahan dengan Berani

“Apa ertinya bertahan? Saya suka definisi ini: bertahan dengan berani. Keberanian mungkin diperlukan bagi kamu untuk percaya; ia akan menjadi keperluan pada masa-masa apabila kamu patuh. Keberanian pasti akan diperlukan apabila kamu bertahan sehingga hari di mana kamu pergi dari kewujudan fana ini.”4

Memiliki Keberanian untuk Membela Kebenaran

“[Semoga] kamu memiliki keberanian untuk membela kebenaran serta kesolehan. Sebab trend dalam masyarakat kini jauh dari nilai dan asas yang diberi oleh Tuhan, kamu pasti akan dipanggil untuk membela kepercayaan kamu. Jika akar kesaksian kamu tidak ditanam dengan tegas, ia akan menjadi sukar bagi kamu untuk menahan ejekan mereka yang mencabar kepercayaan kamu. Apabila ditanam dengan tegas, kesaksian kamu tentang Injil, Juruselamat, dan Bapa Syurgawi akan mempengaruhi semua perbuatan dalam kehidupan kamu.”5

Kita Perlu Keberanian Rohani dan Moral

“Pesanan yang digambarkan dalam televisyen, dalam filem, dan dalam berbagai media [hari ini] sering bertentangan dengan apa kita inginkan anak-anak kita memeluk dan hargai. Ia ialah tanggungjawab kita bukan semata-mata mengajar mereka menjadi kukuh secara rohani dan dalam ajaran tetapi juga membantu mereka kekal, tidak kira pengaruh dari luar yang mungkin mereka temui. Ini akan mengambil masa dan usaha dari pihak kita—dan untuk membantu orang lain, kita perlu keberanian rohani dan moral untuk menahan kejahatan yang kita lihat di setiap sisi.”6

Semoga Kita Sentiasa Berani

“Dengan menjalani hidup kita dari hari ke hari, ia tidak dapat dielakkan bahawa kepercayaan akan dicabar. Kita mungkin pada masa-masa berada dikelilingi oleh orang lain dan lagi berdiri di dalam minoriti ataupun berdiri bersendirian tentang apa yang boleh diterima dan apa yang tidak. …

“Semoga kita berani dan sedia membela kepercayaan kita, dan kalau dalam proses ini kita berdiri bersendirian, semoga kita melakukan dengan berani, diperkuatkan oleh pengetahuan kenyataan bahawa kita tidak pernah bersendirian apabila berdiri bersama Bapa kita di Syurga.”7

Nota

  1. Thomas S. Monson, “The Three Rs of Choice,” Liahona, Nov. 2010, 67, 68.

  2. Thomas S. Monson, “The Call for Courage,” Liahona, Mei 2004, 55.

  3. Thomas S. Monson, “Be Strong and of a Good Courage,” Liahona, Mei 2014, 69.

  4. Thomas S. Monson, “Believe, Obey, and Endure,” Liahona, Mei 2012, 129.

  5. Thomas S. Monson, “May You Have Courage,” Liahona, Mei 2009, 126.

  6. Thomas S. Monson, “Three Goals to Guide You,” Liahona, Nov. 2007, 118–19.

  7. Thomas S. Monson, “Dare to Stand Alone,” Liahona, Nov. 2011, 60, 67.

Mengajar dari Pesanan Ini

Kamu mungkin menanya mereka yang kamu ajari untuk fikirkan sesuatu keadaan dalam minggu akan datang—di rumah, di tempat kerja, di sekolah, atau di gereja—yang perlukan mereka bertindak dengan berani. Mereka mungkin menghadapi satu ketakutan, menahan sesuatu cabaran, membela kepercayaan mereka atau memilih untuk patuh pada satu asas injil dengan lebih sepenuhnya. Mengundang mereka untuk bincangkan fikiran atau menuliskannya.