2016
Dia Akan Memikulmu Di Atas Bahu-Nya Dan Membawa Anda Pulang
Mei 2016


Pesanan Pengajaran Berkunjung, Mei 2016

Dia Akan Memikulmu Di Atas Bahu-Nya Dan Membawa Anda Pulang

Seperti Gembala Yang Baik mencarikan domba-Nya yang hilang, Jika anda memalingkan hatimu kepada Juruselamat dunia, Dia akan cari anda.

Salah satu peringatan zaman kanak-kanak saya yang menakutkan bermula dengan bunyi siren serangan udara yang membangunkan saya semasa saya tidur. Tidak lama kemudian, bunyi berdetar-detar kipas pesawat akan menjadi kuat sehingga ia menggoyangkan udara. Kami adik-beradik sudah diajar oleh ibu kami untuk mengambil beg kami dan lari ke tempat perlindungan bom di atas satu bukit. Semasa kami lari dalam kegelapan, nyala-nyala hijau dan putih jatuh dari langit untuk menandakan sasaran bagi pesawat bom. Anehnya, semua orang panggil nyala-nyala itu pokok Krismas.

Saya hanya empat tahun dan saya sudah menyaksikan satu peperangan.

Dresden

Tidak jauh dari rumah kami ialah bandar Dresden. Mereka yang mendiami di situ mungkin sudah nampak beribu-ribu kali apa yang saya nampak. Ribut kebakaran, akibat banyak bahan letupan, menyapu Dresden, memusnahkan lebih daripada 90 peratus bandar itu dan tinggalkan hanya runtuhan dan abu.

Dalam satu jangka masa yang pendek, bandar yang dipanggil “Kotak Permata” sudah musnah. Erich Kästner, seorang pengarang Jerman, menulis tentang pemusnahan itu, “Bandar ini dibina dalam seribu tahun, tetapi dimusnahkan dalam satu malam.”1 Semasa saya kecil saya tidak dapat gambarkan bagaimana satu peperangan yang dimulakan oleh rakyat kami boleh diatasi. Dunia di sekeliling kami nampaknya tidak ada harapan dan tidak ada masa depan.

Tahun lalu saya berpeluang untuk pulang ke Dresden. Tujuh puluh tahun selepas peperangan, ia menjadi “Kotak Permata” sekali lagi. Semua runtuhan sudah dibersihkan, dan bandar itu dipulihkan dan menjadi lebih indah.

Semasa kunjungan saya, saya mengunjungi satu Gereja Lutheran, Frauenkirche, Church of Our Lady. Dibina pada tahun 1700-an, ia satu permata Dresden, tetapi peperangan memusnahkan ia. Buat banyak tahun, ia tetap di situ satu runtuhan, sehingga ada orang buat keputusan untuk membinakan semula Frauenkirche.

Batu-batu gereja itu dikatalog dan disimpan, apabila masih boleh, akan digunakan dalam pembinaan semula. Hari ini anda boleh nampak batu-batu yang dibakar api membopengkan dinding luar gereja itu. “Parut-parut” ini bukan hanya satu peringatan sejarah peperangan bangunan ini tetapi juga satu monumen harapan—satu lambang keupayaan manusia untuk mencipta hidup baru dari abu.

Ketika saya merenungkan sejarah Dresden dan berasa kagum tentang kepintaran dan keazaman mereka yang memulihkan sesuatu yang dimusnahkan, saya merasa pengaruhan Roh Kudus. Tentunya, saya fikir, jika manusia boleh mengubahkan kemusnahan, runtuhan, dan tinggalan-tinggalan satu bandar dan membina semula satu struktur yang hebat yang berdiri tegak ke arah syurga, betapa upaya Bapa Yang Maha Kuasa boleh memulihkan anak-anak-Nya yang sudah jatuh, bersusah payah, atau menjadi sesat?

Betapa pecah kehidupan kita tidak penting. Betapa merah marak dosa kita, betapa pahit hati kita, betapa sunyi, perasaan ditinggalkan, atau pecah hati kita tidak penting Mereka yang tanpa harapan, mereka yang berputus asa, mereka yang memperdayakan keyakinan, menyerahkan integriti, atau sudah tinggalkan Tuhan boleh dibina semula. Kecuali para putera keterkutukan, tidak ada orang yang begitu pecah sehingga tidak dapat diselamatkan.

Berita baik Injil ialah ini: kerana rancangan abadi kegembiraan yang disediakan oleh Bapa Syurgawi dan melalui korban tak terbatas Yesus Kristus, kita tidak hanya boleh ditebus daripada keadaan berdosa dan dipulihkan kepada kekudusan, tetapi kita juga boleh berkembang melebihi imaginasi manusia dan menjadi waris kehidupan abadi dan mengambil bahagian dalam kemuliaan Tuhan yang tidak dapat dihuraikan.

Perumpamaan Domba Yang Hilang

Semasa pelayanan Juruselamat, para pemimpin agama pada masa itu tidak menyetujui tindakan Yesus bersama orang yang mereka mengecap sebagai “orang yang berdosa”

Mungkin mereka fikir Dia bertoleransi atau membiarkan kelakuan berdosa. Mungkin mereka percaya bahawa cara yang paling baik untuk menolong orang yang berdosa adalah mengutuk, mencemuh, dan memalu mereka.

Apabila Juruselamat nampak fikiran Farisi dan jurutulis, Dia bercerita:

“Andai kata seorang daripada kamu mempunyai seratus ekor domba, lalu kehilangan seekor, apakah yang akan dilakukannya? Tentu dia akan meninggalkan domba yang sembilan puluh sembilan ekor di padang rumput, lalu pergi mencari yang hilang itu sehingga dapat?

“Apabila dia menjumpai domba itu, dia memikulnya pada bahu”2

Buat berkurun-kurun, perumpamaan ini biasanya diterjemah sebagai satu panggilan bagi kita untuk mencarikan domba yang hilang dan menolong yang sesat. Ini memangnya betul dan baik, tetapi saya fikir ada erti yang lebih mendalam tentang perumpamaan ini.

Mungkinkah tujuan terpenting Yesus adalah untuk mengajar tentang kerja Gembala Yang Baik?

Mungkinkah Dia bersaksi tentang kasih sayang Tuhan bagi anak-anak-Nya yang sesat?

Mungkinkah pesanan Juruselamat adalah bahawa Tuhan sedar tentang mereka yang sesat—dan Dia akan mencari mereka, Dia akan menolong mereka, dan Dia akan menyelamat mereka?

Jika ini betul, apakah yang harus dilakukan oleh domba untuk layak bantuan ilahi ini?

Adakah domba itu harus tahu bagaimana untuk menggunakan sekstan untuk mengira koordinat? Adakah ia harus tahu gunakan GPS? Adakah ia mesti merekakan satu aplikasi yang boleh panggil bantuan? Adakah domba itu perlu pengendorsan seorang penaja sebelum Gembala Yang Baik datang menyelamat ia?

Pastinya tidak! Domba itu berkelayakan penyelamatan ilahi kerana ia dikasihi oleh Gembala Yang Baik.

Untuk saya, perumpamaan domba yang hilang itu ialah salah satu pesanan yang paling berharapan dalam semua tulisan suci.

Juruselamat kita, Gembala Yang Baik, tahu dan menyayangi kita. Dia tahu dan menyayangi anda.

Dia tahu masa anda sesat, dan Dia tahu di mana anda berada. Dia tahu kesedihan anda. Rayuan senyap anda Ketakutan anda. Air mata anda.

Bagaimana anda menjadi sesat tidak penting—sama ada kerana pilihan buruk diri sendiri atau keadaan di luar kawalan anda.

Yang penting adalah bahawa anda anak-Nya. Dan Dia menyayangi anda. Dia menyayangi anak-anak-Nya.

Kerana Dia menyayangi anda, Dia akan cari anda. Dia akan memikul anda di atas bahu-Nya, bergembira. Dan apabila Dia bawa anda pulang ke rumah, Dia akan kata kepada semua orang, “Marilah kita bergembira! Dombaku yang hilang sudah aku jumpai semula.”3

Apakah Yang Harus Kita Lakukan?

Tetapi mungkin anda fikir, apakah yang diperlukan dari saya? Mestinya saya mesti lakukan sesuatu selain daripada menunggu untuk diselamatkan.

Bapa kita berhasrat semua anak-Nya pulang kepada Dia, tetapi Dia tidak akan memaksa sesiapa pun untuk masuk ke syurga.4 Tuhan tidak akan menyelamat kita jika kita tidak hendak diselamat.

Jadi apakah yang harus kita lakukan?

Jemputan-Nya mudah sahaja:

“Kembalilah kepada-Ku”5

“Marilah kepada-Ku”6

“Mendekatlah kepada-Ku dan Aku akan mendekat kepadamu.”7

Ini cara kita tunjukkan Dia bahawa kita hendak diselamatkan.

Ini perlukan sedikit iman. Tetapi jangan berputus asa. Jika anda tidak ada iman sekarang, bermula dengan harapan.

Jika anda tidak boleh kata ada Tuhan, anda boleh harap Dia ada. Anda boleh berhasrat untuk percaya.8 Inilah cukup untuk bermula.

Kemudian, bertindak ke atas harapan itu, berkomunikasi dengan Bapa. Tuhan akan hulurkan kasih sayang-Nya kepada anda, dan kerja penyelamatan dan perubahan-Nya akan bermula.

Selepas suatu jangka masa, anda akan mengenali tangan-Nya dalam hidup anda. Anda akan rasa kasih sayang-Nya. Dan hasrat untuk berjalan dalam terang-Nya dan untuk mengikut jalan-Nya akan bertambah dengan setiap langkah iman yang anda ambil.

Kami panggil langkah-langkah ini “kepatuhan.”

Ini bukan satu perkataan yang popular masa kini. Tetapi kepatuhan ialah satu konsep yang bernilai dalam Injil Yesus Kristus, kerana kita tahu bahawa “melalui Korban Tebusan Kristus, seluruh umat manusia boleh diselamatkan, melalui kepatuhan pada hukum dan tatacara Injil.”9

Semasa iman kita bertambah, kita juga mesti meningkatkan kesetiaan. Lebih awal saya memetik seorang pengarang Jerman yang meratapi kemusnahan Dresden. Dia juga tulis ayat ini “Es gibt nichts Gutes, ausser: Man tut es.” Bagi orang yang tidak faham bahasa selestial ini, ayat ini diterjemahkan begini “Tidak ada perkara yang baik kecuali anda lakukan ia.”10

Kita mungkin boleh berucap dengan fasih tentang perkara rohani. Kita mungkin boleh mempengaruhi orang dengan penterjemahan intelektual kita tentang topik agama. Kita mungkin boleh naik ghairah dengan agama dan “melamun tentang rumah agam [kita] di syurga.”11 Tetapi jika agama kita tidak mengubahkan cara hidup kita—jika kepercayaan kita tidak mempengaruhi keputusan harian kita—agama kita adalah sia-sia, dan iman kita, jika belum mati, tentunya tidak kuat dan akan mati satu hari.12

Kepatuhan ialah nyawa iman. Kita mengumpul terang ke dalam jiwa dengan kepatuhan.

Tetapi, kadangkala kita salah faham kepatuhan. Kita mungkin nampaknya sebagai satu pengakhiran, dan bukan satu proses untuk mencapai matlamat. Atau kita memukul tukul metaforika kepatuhan di atas andas besi perintah untuk mengubah orang yang kita kasihi, dengan pemanasan dan pukulan yang berterusan, sehingga mereka menjadi lebih suci.

Tentunya ada masa kita perlukan panggilan pertaubatan yang keras. Pastinya, ada orang yang hanya boleh dibantu melalui cara ini.

Tetapi, mungkin ada satu metafora yang berlainan yang boleh menjelaskan mengapa kita mematuhi perintah Tuhan. Mungkin kepatuhan bukan satu proses membongkok, memutar dan memukul jiwa kita sehingga kita menjadi seorang yang berbeza. Sebaliknya, ia ialah satu proses di mana kita mengetahui siapakah kita benar-benarnya.

Kita dicipta oleh Tuhan Yang Maha Kuasa. Dialah Bapa Syurgawi kita. Kita anak-anak Roh-Nya. Kita dibentuk dari bahan yang paling bernilai dan halus, jadi kita memiliki ciri-ciri ilahi.

Tetapi di bumi ini, fikiran dan tindakan kita dipengaruh oleh hal-hal yang mencemarkan, yang tidak suci, dan tidak kudus. Habuk dan kekotoran dunia mencemarkan jiwa kita, membuatkan susahnya untuk mengenali dan mengingat hak anak sulung dan tujuan kita.

Tetapi semua ini tidak boleh mengubahkan identiti benar kita. Kita masih memiliki sifat ilahi dasar. Pada saat kita pilih untuk berpaling kepada Juruselamat terkasih kita, dan berjalan pada jalan penganutan, sesuatu mukjizat berlaku. Kasih sayang Tuhan isikan hati kita; terang kebenaran isikan minda kita; kita mula kehilangan hasrat untuk berdosa; dan kita tidak hendak berjalan dalam kegelapan lagi.13

Kita memandang kepatuhan bukan satu hukuman tetapi satu jalan bebas ke destinasi ilahi kita. Dan perlahan-lahan, pencemaran, habuk, dan pengehadan bumi ini akan tinggalkan kita. Dan akhirnya, roh syurgawi yang abadi dan yang berharga akan muncul, dan satu terang kebaikan menjadi sifat kita.

Anda Layak Diselamatkan

Saudara saudari yang ku kasihi, rakan-rakan saya, saya bersaksi bahawa Tuhan nampak kita sebagai siapa kita sebenar-benarnya—dan Dia nampak kita layak diselamatkan.

Mungkin anda rasa hidup anda sudah musnah. Mungkin anda berdosa. Mungkin anda takut, marah, sedih, atau ditenggelam oleh keraguan. Tetapi seperti Gembala Yang Baik mencari domba-Nya, jika anda berpaling kepada Juruselamat dunia ini, Dia akan cari anda.

Dia akan menyelamat anda.

Dia akan memikul anda ke atas bahu-Nya.

Dia akan membawa anda pulang.

Jika tangan manusia boleh mengubahkan runtuhan dan kemusnahan kepada gereja yang indah, kita boleh berkeyakinan dan percaya bahawa Bapa Syurgawi kita akan membina kita semula. Rancangan-Nya adalah untuk membina kita untuk menjadi seorang yang lebih baik—lebih dari imaginasi kita. Dengan setiap langkah iman pada jalan penganutan, kita berkembang menjadi orang yang memiliki kemuliaan abadi dan kebahagian yang tak terbatas.

Ini kesaksian, berkat dan doa saya yang rendah hati dalam nama kudus Guru kita, Yesus Kristus, amin.