Remaja
Saya Sudah Membuat Keputusan
Pengarang ini dari Utah, Amerika Syarikat.
Saya pernah menerima satu pengajaran yang berharga di dalam kelas Remaja Puteri—satu topik yang membuat banyak remaja menggeliang-geliut di tempat duduk mereka. Saya tidak mengingati semua yang saya belajar pada hari itu, tetapi saya ingat pemimpin saya bercakap tentang piawaian peribadi dia—untuk sentiasa suci secara seksual. Perkataannya sentiasa bersama saya, dan saya membuat keputusan yang sedar untuk menerima pakai ia sebagai nilai peribadi saya.
Pada satu hari selepas satu acara sukan saya dalam perjalanan pulang di dalam sebuah bas, seseorang dalam bas telah memulakan permainan kebenaran atau cabaran. Oleh kerana bosan, beberapa budak-budak dan saya bermain sekali. Apabila tiba giliran saya, saya dicabar untuk melakukan sesuatu yang saya tahu adalah salah. Ini mungkin boleh menjadi pilihan yang susah untuk saya, tetapi perkataan pemimpin Remaja Puteri saya datang kepada saya, dan pilihannya adalah mudah. Saya menolak dengan cepat. Saya sudah membuat keputusan tentang apa yang saya akan lakukan dalam situasi sebegini.
Saya tahu bahawa apabila kita ke Gereja dan membuat tempat untuk perkara yang kita diajar di sana, kita akan diberkati dengan lebih kekuatan rohani dan perlindungan daripada godaan dunia.