2017
Mengingati Tuhan Setiap Hari
October 2017


Remaja

Mengingati Tuhan Setiap Hari

Kawan, kerja rumah, kerja sekolah, televisyen—ada banyak hal yang menuntut perhatian kita. Tetapi setiap minggu, kita berjanji kepada Bapa Syurgawi “bahawa [kita] dan selalu mengingati [Putera-Nya, Yesus Kristus]” (A&P 20:79).

Presiden Eyring telah berkata bahawa kita boleh “membuat pilihan setiap hari” yang menolong kita mengingati Juruselamat. Pertimbangkan menetapan matlamat bulan ini untuk lebih mengingati Juruselamat setiap hari. Anda boleh membuat kalendar dan komitmen kepada satu perkara setiap hari untuk membina hubungan anda dengan Dia. Presiden Eyring menyenaraikan hal-hal seperti membaca tulisan suci, berdoa dengan iman, dan melayani Juruselamat dan orang lain. Terdapat juga menulis jurnal, menghadiri pertemuan Gereja, mendengar persidangan umum, pergi ke bait suci, menyanyi lagu rohani—terdapat banyak pilihan! Apabila kita mengingati Juruselamat setiap hari, Presiden Eyring berjanji kepada kita bahawa “berkat-berkat … akan datang perlahan-lahan … [dan] akan membentukkan diri kita menjadi pengikut benar Tuhan Yesus Kristus.”

Cetak