2017
Menjadi Pengikut Benar
October 2017


Pesanan Presidensi Utama, Oktober 2017

Menjadi Pengikut Benar

Di setiap pertemuan sakramen, kita berpeluang untuk berjanji kepada Bapa Syurgawi bahawa kita akan selalu mengingati Juruselamat dan mentaati perintah-perintah-Nya supaya kita dapat memiliki Roh-Nya bersama kita (lihat Moroni 4:3; 5:2; A&P 20:77, 79). Mengingati Dia akan selalu datang kepada kita dengan mudah apabila kita mengambil nama-Nya ke atas diri kita. Kita melakukan ia dengan pelbagai cara tetapi khususnya apabila kita melayani orang lain dalam nama-Nya, membaca firman kudus-Nya, dan berdoa untuk mengetahui apa yang Dia hendak kita lakukan.

Ia berlaku kepada saya apabila melaksanakan pembaptisan untuk seorang pemuda. Saya tahu bahawa saya telah dipanggil sebagai seorang penginjil oleh orang suruhan tertahbis Juruselamat untuk mengajar Injil-Nya dan bersaksi tentang Dia dan Gereja-Nya yang benar. Saya dan rakan penginjil saya telah berjanji kepada pemuda tersebut bahawa dia akan dibersihkan melalui kuasa Korban Tebusan Yesus Kristus apabila dia bertaubat dengan iman kepada Juruselamat dan dibaptiskan oleh seorang suruhan-Nya yang berwewenang.

Semasa saya mengangkat pemuda itu dari perairan kolam pembaptisan, dia membisikkan ke telinga saya, “Saya bersih, saya bersih.” Pada ketika itu, saya ingati pembaptisan Juruselamat oleh Yohanes Pembaptis di Sungai Yordan. Lebih-lebih lagi, saya ingat bahawa saya sedang melakukan kerja penyelamatan Juruselamat yang bangkit serta hidup—yang dihadiri oleh Roh Kudus, seperti Yohanes juga.

Bagi saya dan setiap daripada kita, mengingati Juruselamat merupakan sesuatu yang lebih daripada hanya bergantung kepada ingatan dari pengetahuan dan pengalaman kita dengan-Nya. Kita boleh membuat pilihan setiap hari yang membawa kita lebih dekat kepada-Nya sekarang.

Pilihan yang paling senang mungkin adalah untuk membaca tulisan suci. Dengan melakukannya, kita boleh berasa rapat dengan Dia. Bagi saya, kerapatan ini sering datang apabila saya membaca Kitab Mormon. Dalam beberapa minit pertama ketika saya membaca dalam bab-bab 2 Nefi, saya mendengar dalam minda saya suara Nefi dan Lehi yang menjelaskan tentang Juruselamat seolah-olah mereka mengenali Dia secara peribadi. Suatu perasaan kerapatan datang.

Bagi anda, mungkin ayat-ayat lain dalam tulisan suci yang akan menarik anda kepada Dia. Tetapi di mana dan bila anda membaca firman Tuhan, dengan niat yang rendah hati serta ikhlas untuk mengingati Juruselamat, anda akan meningkatkan keinginan anda untuk mengambil nama-Nya ke atas diri dalam kehidupan harian anda.

Keinginan itu akan mengubah cara anda melayan dalam Gereja Tuhan. Anda akan berdoa kepada Bapa Syurgawi untuk bantuan dalam mengembangkan apa yang kelihatannya panggilan yang kecil. Bantuan yang anda minta ialah keupayaan untuk melupakan diri dan lebih berfokus kepada apa yang Juruselamat inginkan bagi mereka yang anda telah dipanggil untuk melayan.

Saya telah merasai tangan-Nya dan kerapatan-Nya dalam layanan saya dengan anak-anak kami apabila saya berdoa mengetahui cara untuk membantu mereka memperoleh kedamaian yang hanya didapati dari Injil. Pada ketika seperti itu, saya tidak mementingkan kelihatan saya sebagai bapa yang berjaya, tetapi saya sangat mengambil berat tentang kejayaan dan kebajikan anak-anak saya.

Keinginan untuk memberi mereka yang dilayani apa yang Juruselamat ingin berikan membimbingkan doa-doa yang merupakan suatu rayuan kepada Bapa Syurgawi, benar-benarnya dalam nama Yesus Kristus. Apabila kita berdoa dengan cara itu—dalam nama Juruselamat, dengan iman kepada-Nya—Bapa menjawab. Dia menghantar Roh Kudus untuk membimbing, menenangkan, dan menggalakkan kita. Oleh kerana Roh selalu memberi saksi Juruselamat (lihat 3 Nefi 11:32, 36; 28:11; Eter 12:41), keupayaan kita untuk mengasihi Tuhan dengan sepenuh hati, seluruh akal, dan segala kekuatan meningkat (lihat Markus 12:30; Lukas 10:27; A&P 59:5).

Berkat-berkat dari mengingati dia setiap hari dan kini akan datang dengan perlahan apabila kita melayani Dia, menjamui firman-Nya, dan berdoa dengan iman dalam nama-Nya. Dan ingatan ini akan membentukkan kita untuk menjadi pengikut benar Tuhan Yesus Kristus dalam kerajaan-Nya di atas bumi—dan kemudian dengan Bapa-Nya di dunia mulia yang akan datang.