2017
Janganlah Takut Melakukan yang Baik
November 2017


Pesanan Presidensi Utama, November 2017

Janganlah Takut Melakukan yang Baik

Tuhan memberitahu kita bahawa apabila kita berdiri dengan iman di atas batu-Nya, keraguan dan ketakutan akan berkurangan; keinginan untuk membuat baik akan meningkat.

Para saudara dan saudari, saya berdoa Roh Tuhan akan bersama kita semasa saya berucap hari ini. Hati saya penuh dengan kesyukuran kepada Tuhan, yang memiliki Gereja ini, untuk inspirasi yang kita telah rasa dalam doa-doa, khutbah berinspirasi, dan nyanyian seperti malaikat dalam persidangan ini.

April yang lalu, Presiden Thomas S. Monson memberi satu pesanan yang mempengaruhi hati seluruh dunia, termasuk hati saya. Dia berucap mengenai kuasa Kitab Mormon. Dia menggesa kita untuk mengkaji, merenung, dan menerapkan ajarannya. Dia berjanji bahawa jika kita mendedikasikan masa setiap hari untuk mengkaji dan merenung dan mentaati perintah-perintah yang terdapat dalam Kitab Mormon, kita akan mempunyai kesaksian akan kebenarannya, dan hasil kesaksian dalam Kristus yang hidup akan menjaga kita dalam masa kesusahan. (Lihat “Kuasa Kitab Mormon,” Liahona, Mei 2017, 86–87.)

Seperti banyak daripada anda, saya mendengar kata-kata nabi seperti suara Tuhan kepada saya. Dan, juga seperti banyak dari anda, saya memutuskan untuk patuh pada kata-kata itu. Sekarang, sejak saya seorang anak lelaki muda, saya telah merasakan kesaksian bahawa Kitab Mormon adalah kata-kata Tuhan, bahawa Bapa dan Putera muncul dan bercakap dengan Joseph Smith, dan Para Rasul purba datang kepada Nabi Joseph untuk memulihkan kunci-kunci imamat kepada Gereja Tuhan.

Dengan kesaksian itu, saya telah membaca Kitab Mormon setiap hari selama lebih daripada 50 tahun. Saya mungkin boleh fikir bahawa kata-kata Presiden Monson adalah untuk orang lain. Namun, seperti banyak dari anda, saya merasakan galakan nabi dan janjinya menjemput saya untuk berusaha lebih bersungguh-sungguh. Kebanyakan anda telah melakukan apa yang saya buat: berdoa bersungguh-sungguh, merenung tulisan suci dengan lebih perhatian, dan cuba lebih untuk melayan Tuhan dan orang lain untuk-Nya.

Hasil gembira untuk saya, dan untuk kebanyakan anda, adalah apa yang dijanjikan oleh nabi. Mereka yang mengambil nasihat diilhamkannya ke dalam hati telah mendengar Roh dengan lebih jelas. Kita telah mencari kuasa yang lebih untuk menentang godaan dan telah merasakan iman yang lebih dalam Yesus Kristus yang dibangkitkan, dalam injil-Nya, dan dalam Gereja hidup-Nya.

Dalam masa kekecohan yang meningkat di dunia, mereka yang meningkatkan kesaksian telah menyingkirkan keraguan dan ketakutan dan telah membawa kita perasaan damai. Mendengar nasihat Presiden Monson mempunyai dua kesan hebat lain pada saya: Pertama, Roh yang dijanjikannya telah menghasilkan rasa optimis tentang apa yang akan berlaku, walaupun kekecohan di dunia nampaknya meningkat. Dan, kedua, Tuhan telah beri kepada saya—dan anda—perasaan yang lebih besar tentang kasih-Nya untuk mereka dalam kesusahan. Kita telah merasakan peningkatan dalam keinginan untuk menyelamatkan orang lain. Keinginan itu berada di pusat pelayanan dan pengajaran Presiden Monson.

Tuhan menjanjikan kasih untuk orang lain dan keberanian kepada Nabi Joseph Smith dan Oliver Cowdery apabila tugasan di hadapan mereka mungkin kelihatan terlalu besar. Tuhan berkata bahawa keberanian yang diperlukan akan datang dari iman mereka dalam-Nya sebagai batu mereka:

“Janganlah takut melakukan yang baik, putera-putera-Ku, kerana apa pun yang kamu tabur, itu juga yang akan kamu tuai; oleh kerana itu, jika kamu menabur yang baik kamu akan juga menuai yang baik bagi pahalamu.

“Oleh kerana itu, janganlah takut, kawanan kecil; lakukanlah yang baik; biarlah bumi dan neraka bergabung melawanmu, kerana jika kamu dibangun di atas batu karang-Ku, mereka tidak dapat berjaya.

“Lihatlah, Aku tidak menghukummu; pergilah pada jalanmu dan janganlah berdosa lagi; laksanakanlah dengan kesungguhan pekerjaan yang telah Tuhan perintahkan kepadamu.

“Pandanglah kepada-Ku dalam setiap pemikiran; janganlah ragu, janganlah takut.

“Lihatlah luka-luka yang menusuk sisi tubuh-Ku, dan juga tanda paku di tangan dan kaki-Ku; setialah, taatilah perintah-perintah-Ku, dan kamu akan mewarisi kerajaan syurga” (A&P 6:33–37).

Tuhan memberitahu para pemimpin Pemulihan-Nya, dan Dia memberitahu kita, bahawa apabila kita berdiri dengan iman di atas batu-Nya, keraguan dan ketakutan akan berkurangan; keinginan untuk membuat baik akan meningkat. Apabila kita menerima jemputan Presiden Monson untuk menanam kesaksian tentang Yesus Kristus dalam hati kita, kita memperoleh kuasa, keinginan, dan keberanian untuk pergi dan menyelamatkan orang lain tanpa kebimbangan untuk keperluan diri kita sendiri.

Saya pernah melihat iman dan keberanian itu banyak kali apabila Orang Suci Zaman Akhir yang mempercayai menghadapi cabaran yang menakutkan. Satu contoh, saya berada di Idaho semasa Empangan Teton pecah pada 5 Jun, 1976. Air mula mengalir dengan banyak. Beribu-ribu orang melarikan diri dari rumah mereka. Beribu-ribu rumah dan perniagaan dimusnahkan. Secara ajaib, kurang daripada 15 orang terbunuh.

Apa yang saya lihat di sana, saya telah lihat bila-bila masa Orang Suci Zaman Akhir berdiri dengan teguh di atas batu kesaksian Yesus Kristus. Kerana mereka tidak ragu bahawa Tuhan menjaga mereka, mereka menjadi tidak takut. Mereka mengabaikan cabaran mereka sendiri untuk pergi menolong orang lain. Dan mereka melakukannya kerana kasih untuk Tuhan, tanpa meminta ganjaran.

Sebagai contoh, semasa Empangan Teton pecah, satu pasangan Orang Suci Zaman Akhir sedang dalam perjalanan. Apabila mereka mendengar berita di radio, mereka kembali ke Rexburg dengan segera. Mereka pergi mencari uskup mereka dan bukannya pulang ke rumah untuk melihat jika ia telah dimusnahkan. Uskup berada di bangunan yang digunakan sebagai pusat pemulihan. Dia sedang membantu mengarahkan beribu-ribu sukarelawan yang sampai dalam bas sekolah berwarna kuning.

Pasangan itu berjalan ke uskup dan berkata, “Kami baru pulang. Uskup, di manakah kami boleh pergi untuk membantu?” Uskup memberi mereka nama-nama satu keluarga. Pasangan itu membantu mengeluarkan lumpur dan air dari satu rumah demi satu rumah. Mereka bekerja dari subuh sehingga gelap selama beberapa hari. Mereka kemudian berehat untuk melihat rumah mereka. Ia telah diambil pergi oleh banjir, tidak meninggalkan apapun untuk dibersihkan. Jadi mereka kembali ke uskup dengan cepat. Mereka bertanya, “Uskup, adakah kamu mempunyai seseorang yang kami boleh bantu?”

Mukjizat keberanian yang damai dan kasih ihsan itu—kasih suci Kristus—telah diulangi selama bertahun-tahun dan di seluruh dunia. Ia berlaku pada hari-hari penganiayaan dan cabaran pada masa Nabi Joseph Smith berada di Missouri. Ia berlaku semasa Brigham Young memimpin keluaran dari Nauvoo dan kemudian memanggil Orang Suci ke tempat tidak berpenghuni di seluruh barat Amerika Syarikat, untuk membantu satu sama lain mewujudkan Sion untuk Tuhan.

Jika anda baca catatan jurnal para perintis itu, anda akan melihat mukjizat iman menggantikan keraguan dan ketakutan. Dan anda baca tentang Orang Suci yang meninggalkan kebimbangan diri sendiri untuk membantu orang lain untuk Tuhan, sebelum pulang untuk menjaga perkara diri sendiri.

Saya melihat mukjizat yang sama beberapa hari yang lalu selepas Taufan Irma di Puerto Rico, Saint Thomas, dan Florida, di mana Orang Suci Zaman Akhir bekerjasama dengan gereja-gereja lain, kumpulan masyarakat tempatan, dan organisasi nasional untuk mula usaha pembersihan.

Seperti kawan-kawan saya di Rexburg, satu pasangan bukan ahli Gereja di Florida bertumpu kepada membantu masyarakat dan bukannya bekerja dalam tanah sendiri. Apabila beberapa jiran Orang Suci Zaman Akhir menawarkan bantuan untuk dua pokok besar yang menyekat jalan masuk mereka, pasangan itu menjelaskan bahawa mereka berasa diatasi dan telah berpaling kepada membantu orang lain, dengan iman bahawa Tuhan akan memberikan bantuan yang mereka perlukan di rumah mereka sendiri. Suami itu kemudian berkata bahawa sebelum anggota Gereja kami tiba dengan tawaran bantuan, pasangan itu telah berdoa. Mereka telah menerima jawapan bahawa bantuan akan datang. Bantuan datang dalam masa beberapa jam selepas jaminan itu.

Saya mendengar satu laporan bahawa sesetengah orang mula memanggil Orang Suci Zaman Akhir yang memakai baju kuning Helping Hands, “Para Malaikat Kuning.” Satu Orang Suci Zaman Akhir mengambil keretanya untuk servis dan lelaki yang membantunya menjelaskan satu “pengalaman rohani” apabila orang berpakaian baju kuning memindahkan pokok-pokok dari halaman rumah dan kemudian, dia berkata, mereka “menyanyi lagu tentang anak Tuhan kepada saya.”

Satu lagi penduduk Florida—juga bukan dari iman kita—berkata bahawa Orang Suci Zaman Akhir datang ke rumahnya semasa dia bekerja di halaman rumah yang dimusnahkan dan berasa diatasi, terlalu panas, dan hampir menangis. Para sukarelawan mewujudkan, dalam katanya, “satu mukjizat tulen.” Mereka melayan bukan sahaja dengan ketekunan tetapi juga dengan ketawa dan senyuman, tidak menerima apapun sebagai balasannya.

Lewat satu hari Sabtu, saya melihat ketekunan dan mendengar ketawa itu semasa saya melawat dengan satu kumpulan Orang Suci Zaman Akhir di Florida. Para sukarelawan berhenti kerja pembersihan hanya seketika untuk berjabat tangan dengan saya. Mereka berkata 90 ahli dari pancang mereka di Georgia telah membuat rancangan untuk menyertai kerja penyelamatan di Florida malam sebelum itu.

Mereka meninggalkan Georgia pada jam 4:00 pagi, memandu selama berjam-jam, bekerja sepanjang hari dan malam, dan merancang untuk bekerja lagi pada hari esok.

Mereka menjelaskannya kepada saya dengan senyuman dan sikap baik. Saya rasa satu-satunya tekanan mereka adalah mereka mahu orang berhenti mengucapkan terima kasih supaya mereka boleh kembali ke kerja. Presiden pancang memulakan semula gergaji rantai dan sedang bekerja dengan pokok yang sudah jatuh dan satu uskup sedang memindah dahan pokok semasa kita naik kenderaan kita untuk pergi ke pasukan penyelamat yang seterusnya.

Awal hari itu, semasa kami meninggalkan tempat yang lain, satu lelaki telah berjalan ke kereta, menanggalkan topinya, dan mengucapkan terima kasih kepada kami untuk para sukarelawan. Dia berkata, “Saya bukan ahli Gereja kamu. Saya tidak percaya apa yang kamu telah buat untuk kita. Tuhan memberkati kamu.” Sukarelawan LDS yang berpakaian baju kuning dan berdiri di sebelah dia senyum dan mengangkat bahunya, seolah-olah dia tidak patut menerima pujian.

Ketika para sukarelawan dari Georgia datang untuk membantu lelaki ini, beratus-ratus Orang Suci Zaman Akhir dari bahagian Florida yang telah dimusnahkan itu telah bepergian beratus-ratus batu ke selatan ke tempat lain di Florida untuk membantu orang lain yang mengalami kemusnahan yang lebih besar.

Pada hari itu saya ingat dan memahami dengan lebik baik kata-kata nubuat Nabi Joseph Smith: “Manusia yang dipenuhi dengan kasih Tuhan, tidak berpuas hati dengan memberkati keluarganya sahaja, tetapi mencari di seluruh dunia, bersemangat untuk memberkati seluruh umat manusia” (Teachings of Presidents of the Church: Joseph Smith [2007], 426).

Kita melihat kasih seperti ini dalam kehidupan Orang Suci Zaman Akhir di mana-mana. Setiap kali terdapat kejadian tragis di mana saja di dunia, Orang Suci Zaman Akhir akan menderma dan bersuka rela untuk usaha kemanusiaan Gereja. Rayuan jarang diperlukan. Kadangkala, kita perlu meminta mereka yang akan bersukarela tunggu untuk pergi ke lokasi pemulihan sehingga mereka yang mengarahkan kerja itu bersedia menerima mereka.

Keinginan itu untuk memberkati adalah hasil orang mendapat kesaksian dalam Yesus Kristus, injil-Nya, Gereja yang dipulihkan-Nya, dan nabi-Nya. Itulah sebabnya orang Tuhan tidak ragu dan tidak takut. Itulah sebabnya para penginjil bersuka rela untuk melayan di seluruh dunia. Itulah sebabnya ibu bapa berdoa dengan anak-anak mereka untuk orang lain. Itulah sebabnya para pemimpin mencabar remaja mereka untuk mengambil permintaan Presiden Monson untuk membenamkan diri mereka dalam Kitab Mormon. Hasilnya tidak datang dengan desakan para pemimpin tetapi dengan tindakan iman remaja dan para ahli. Iman, dalam tindakan, yang memerlukan pengorbanan tidak mementingkan diri sendiri, membawa perubahan hati yang membenarkan mereka merasakan kasih Tuhan.

Walau bagaimanapun, hati kita kekal berubah hanya jika kita terus mengikut nasihat nabi. Jika kita berhenti selepas satu usaha yang besar, perubahan itu akan pudar.

Orang Suci Zaman Akhir yang beriman telah meningkatkan iman mereka dalam Tuhan Yesus Kristus, dalam Kitab Mormon sebagai kata-kata Tuhan, dan dalam pemulihan kunci-kunci imamat dalam Gereja benar-Nya. Peningkatan kesaksian itu telah memberi kita lebih keberanian dan keprihatinan untuk anak-anak Tuhan yang lain. Tetapi cabaran dan peluang di masa depan akan memerlukan lebih lagi.

Kita tidak boleh meramalkan butirannya, tetapi kita tahu gambar besarnya. Kita tahu bahawa pada hari-hari terakhir, dunia akan berada dalam kekecohan. Kita tahu bahawa di tengah segala masalah yang datang, Tuhan akan memimpin Orang Suci Zaman Akhir yang beriman untuk mengambil injil Yesus Kristus ke semua bangsa, kaum, bahasa, dan orang. Dan kita tahu bahawa pengikut benar Tuhan akan layak dan bersedia untuk menerima-Nya apabila Dia datang lagi. Kita tidak perlu takut.

Walaupun kita sudah membina iman dan keberanian dalam hati kita, Tuhan mengharapkan lebih dari kita—dan dari generasi selepas kita. Mereka perlu menjadi lebih berani dan kuat kerana mereka akan melakukan perkara yang lebih besar dan susah daripada yang kita sudah buat. Dan mereka akan menghadapi pertentangan yang meningkat dari musuh jiwa kita.

Tuhan mengajar cara mendapatkan keyakinan apabila kita maju ke hadapan: “Pandanglah kepada-Ku dalam setiap pemikiran; janganlah ragu, janganlah takut” (A&P 6:36). Presiden Monson memberitahu kita bagaimana melakukan itu. Kita perlu merenung dan menerapkan Kitab Mormon dan kata-kata para nabi. Berdoalah selalu. Percayailah. Melayani Tuhan dengan keseluruhan hati, tenaga, minda, dan kekuatan kita. Kita perlu berdoa dengan sekuat tenaga hati kita untuk kurnia kasih ihsan, kasih suci Kristus (lihat Moroni 7:47–48). Dan di atas semuanya, kita perlu konsisten dan gigih dalam mengikuti nasihat nubuat.

Apabila jalannya sukar, kita boleh bergantung pada janji—janji yang diingatkan oleh Presiden Monson kepada kita tentang kata-kata Juruselamat: “Barang siapa menerimamu, di sana Aku akan berada juga, kerana Aku akan pergi di hadapanmu. Aku akan berada di sebelah kananmu dan juga di sebelah kirimu, dan Roh-Ku ada di hatimu, dan para malaikat-Ku akan berada di sekeliling-mu untuk menghibur kamu” (A&P 84:88).

Saya bersaksi bahawa Tuhan akan pergi di hadapan muka anda setiap kali anda berada dalam tugas-Nya. Kadangkala anda adalah malaikat yang Tuhan hantar untuk menopang orang lain. Kadangkala anda akan dikelilingi malaikat-malaikat untuk menopang anda. Tetapi anda akan selalu mempunyai Roh-Nya dalam hatimu, seperti dijanjikan dalam setiap pertemuan sakramen. Anda hanya perlu mentaati perintah-perintah-Nya.

Hari-hari terbaik adalah di hadapan untuk kerajaan Tuhan di bumi. Pertentangan akan mengukuhkan iman kita dalam Yesus Kristus, seperti sejak hari Nabi Joseph Smith. Iman selalunya mengalahkan ketakutan. Berdiri bersama menghasilkan perpaduan. Dan doa-doa anda untuk mereka yang memerlukannya didengar dan dijawab oleh Tuhan. Dia tidak pernah terlelap ataupun tertidur.

Saya bersaksi Tuhan Bapa hidup dan mahu anda pulang kepada-Nya. Inilah Gereja Tuhan Yesus Kristus yang benar. Dia mengenali anda; Dia mengasihi anda; dan Dia memerhatikan anda. Dia menebus untuk dosa anda, dosa saya dan dosa semua anak-anak Bapa Syurgawi. Mengikut-Nya dalam hidup anda dan dalam pelayanan anda kepada orang lain adalah satu-satunya jalan ke kehidupan abadi.

Saya bersaksi dan meninggalkan berkat dan kasih saya untuk anda. Dalam nama kudus Yesus Kristus, amin