Remaja
Berazam untuk Bertaubat
Presiden Monson menerangkan bahawa “tanggungjawab kita adalah untuk maju dari tahap sederhana ke tahap kecekapan, dari kegagalan ke pencapaian. Tugas kita adalah untuk menjadi diri kita yang terbaik.” Ramai orang mendedikasikan bulan Januari untuk membuat resolusi dan matlamat pembaharuan baru: untuk senyum lebih, makan dengan sihat, atau belajar kemahiran baru. Walaupun matlamat-matlamat ini dapat membantu anda untuk menjadi lebih baik, cara terbaik untuk berubah adalah melalui pertaubatan.
Walaupun pertaubatan ada kalanya susah, ia merupakan satu kurnia! Apabila kita bergantung kepada Yesus Kristus dengan bertaubatkan dosa-dosa, kita akan dapat berkembang dan maju. Presiden Monson telah berkata, “Dasar rancangan [keselamatan] ialah Juruselamat kita,Yesus Kristus. Tanpa korban tebusan-Nya, semua akan hilang.” Melalui pertaubatan, kita boleh dibersihkan daripada dosa-dosa kita dan berkembang untuk menjadi lebih seperti Dia.
Fikirkan sesuatu yang mungkin menghindari anda daripada menjadi seperti Juruselamat. Adakah itu bahasa anda? Bagaimana anda melayani kawan-kawan dan keluarga anda? Setelah memikirkan apa yang anda dapat perbaiki, doa kepada Bapa Syurgawi dan ungkapkan keinginan anda untuk berubah. Ingatlah bahawa melalui kuasa Korban Tebusan-Nya, Yesus Kristus dapat membantu anda mengatasi kelemahan anda. Presiden Monson telah mengajar, “Kurnia pertaubatan, yang disediakan oleh Juruselamat, membolehkan kita membetulkan penetapan perjalanan kita.”