2018
Kurnia Pertaubatan
January 2018


Pesanan Presidensi Utama, Januari 2018

Kurnia Pertaubatan

Presiden Thomas S. Monson telah mengajar, “Tanggungjawab kita adalah untuk maju dari tahap sederhana ke tahap kecekapan, dari kegagalan ke pencapaian.” “Tugas kita adalah untuk menjadi diri kita yang terbaik. Salah satu kurnia terbesar dari Tuhan kepada kita ialah kegembiraan untuk berusaha semula, kerana tiada kegagalan yang perlu menjadi muktamad.”1

Kita sering menghubungkan kedatangan tahun baru dengan resolusi dan matlamat. Kita berazam untuk menjadi lebih baik, untuk berubah, untuk cuba lagi. Mungkin cara yang paling penting untuk mencuba lagi adalah dengan menghayati apa yang Presiden Monson gelar “kurnia pertaubatan.”2

Berikutan petikan dari ajaran-ajarannya sejak dia menjadi Presiden Gereja, Presiden Monson menasihati kita untuk “kenakanlah darah korban tebusan Kristus agar kita boleh menerima pengampunan akan dosa-dosa kita, dan hati kita boleh dimurnikan.”3

Mukjizat Keampunan

“Kita semua pernah membuat pilihan yang salah. Jika ada yang belum membetulkan pilihan-pilihan tersebut, saya memberi jaminan kepada anda bahawa terdapat jalan pembaikan. Proses ini dipanggil pertaubatan. Saya merayu kepada anda untuk membetulkan kesalahan-kesalahan anda. Juruselamat kita mati untuk memberi anda dan saya kurnia yang diberkati itu. Walaupun perjalanan itu tidaklah mudah, namun janji itu benar: ‘Walaupun kamu merah marak kerana dosa kamu, Aku akan mencuci kamu sehingga menjadi putih seperti salji’ [Yesaya 1:18]. ‘“Aku, Tuhan, tidak mengingatinya lagi.”’ [A&P 58:42]. Jangan merisikokan kehidupan abadi anda. Jika anda telah berdosa, lebih cepat anda kembali dari kesalahan itu, lebih cepat anda dapat memperoleh kedamaian dan kegembiraan manis yang datang dari mukjizat keampunan.”4

Kembali Ke Jalan

“Walaupun itu mustahak bagi kita untuk memilih dengan bijaksana, ada masa kita akan membuat pilihan yang bodoh. Kurnia pertaubatan, yang disediakan oleh Juruselamat, membolehkan kita untuk mengubah kehidupan kita, supaya kita boleh pulang ke jalan yang akan membimbing kita ke kemuliaan selestial yang kita carikan.”5

Jalan Untuk Kembali

“Jika ada di antara kamu yang tersandung dalam perjalanannya, saya memberi jaminan kepada anda bahawa terdapat jalan untuk kembali. Proses ini dipanggil pertaubatan. Walaupun jalan ini susah, keselamatan abadi anda bergantung kepadanya. Apakah yang lebih layak bagi usaha anda? Saya merayu kepada anda untuk menentukan di sini dan sekarang langkah yang penting untuk bertaubat sepenuhnya. Lebih cepat anda lakukannya, lebih cepat anda boleh merasai kedamaian, keamanan dan jaminan yang disebutkan oleh Yesaya [lihat Yesaya 1:18].”6

Manusia Boleh Berubah

“Kita perlu ingat bahawa manusia boleh berubah. Mereka boleh hentikan tabiat yang buruk. Mereka boleh bertaubat dari pelanggaran. Mereka boleh memegang imamat dengan layak. Dan mereka boleh melayan Tuhan dengan tekun.”7

Menjadi Bersih Semula

“Sekiranya terdapat apapun yang tidak beres dalam kehidupan anda, terdapatnya jalan keluar untuk anda. Hentikan segala ketidaksolehan. Bercakaplah dengan uskup anda. Apapun masalahnya, ia boleh dibaikpulihkan melalui pertaubatan yang wajar. Anda boleh menjadi bersih semula.”8

Peranan Penting Juruselamat

“Dasar rancangan [keselamatan] ialah Juruselamat kita, Yesus Kristus. Tanpa korban tebusan-Nya, semua akan hilang. Tetapi, hanya mempercayai Dia dan misi-Nya tidak mencukupi. Kita perlu berusaha dan belajar, mencari dan berdoa, bertaubat dan berkembang. Kita perlu tahu dan mematuhi undang-undang Tuhan. Kita perlu menerima tatacara penyelamatan-Nya. Hanya dengan berbuat demikian kita akan memperoleh kegembiraan abadi yang benar.”9

Nota

  1. “The Will Within,” Ensign, Mei 1987, 68

  2. “Pilihan-pilihan,” Liahona, Mei 2016, 86.

  3. Mosia 4:2

  4. “The Three Rs of Choice,” Liahona, Mei 2010, 69.

  5. “Pilihan-pilihan,” 86.

  6. “Keep the Commandments,” Liahona, Nov. 2015, 85.

  7. “See Others as They May Become,” Liahona, Nov. 2012, 68.

  8. “Priesthood Power,” Liahona, Mei 2011, 67.

  9. “Jalan Sempurna ke Kegembiraan,” Liahona, Nov. 2016, 80–81.