2018
Bersedia untuk Mendengar Suara Tuhan
March 2018


Remaja

Bersedia untuk Mendengar Suara Tuhan

Presiden Uchtdorf menerangkan bagaimana perkara pertama yang Tuhan lakukan selepas mencipta lelaki dan wanita adalah bercakap dengan mereka dan memberi mereka maklumat dan arahan berharga. Kita mendapat berkat yang sama pada bulan April dan Oktober semasa persidangan umum, apabila pemimpin Gereja berbicara kepada kita dan memberikan kita nasihat yang Tuhan mahu kita dengar.

Pernahkah anda mendengar suara Tuhan melalui hamba-hamba-Nya semasa persidangan umum? Pernahkah anda merasakan seperti satu pesanan tertentu memberi anda jawapan yang anda sedang cari? Dalam jurnal, anda boleh menulis pengalaman itu dan bagaimana ia membantu anda. Kemudian bersedia untuk mendengar suara Tuhan dalam persidangan yang akan datang ini dengan menulis soalan-soalan yang anda miliki dan belajar tentangnya semasa kajian tulisan suci anda. Berdoalah kepada Bapa Syurgawi, meminta untuk menerima jawapan dan pandangan semasa persidangan. Semasa anda mendengarkan hamba-hamba Tuhan, beri tumpuan kepada galakkan-galakkan individu. Apa yang anda pelajari? Bagaimana anda rasa diilhamkan untuk berubah? Tuliskan galakan-galakan tersebut kerana itu ialah Roh yang bercakap dengan anda!

Sentiasa ingat bahawa Bapa Surgawi mengasihi anda dan akan membimbing anda ke arah yang betul. Apabila anda berusaha untuk mendengar suara-Nya melalui hamba-hamba-Nya, anda akan diberkati dan diteguhkan.

Cetak