2018
Firman Tuhan kepada Anak-anak-Nya
March 2018


Pesanan Presidensi Utama, Mac 2018

Firman Tuhan kepada Anak-anak-Nya

Tulisan suci memberitahu kita bahawa perkara pertama yang Tuhan lakukan selepas mencipta lelaki dan wanita adalah bercakap dengan mereka.1 Dia mempunyai maklumat penting dan arahan berharga untuk diberikan kepada mereka. Tujuan-Nya bukan untuk membebankan atau merisaukan mereka tetapi untuk membimbing mereka ke kebahagiaan dan kemuliaan abadi.

Dan itu hanya permulaannya. Sejak hari itu, Tuhan terus berkomunikasi dengan anak-anak-Nya. Firman-Nya telah dipelihara, dihargai, dan dipelajari oleh para pengikut setiap generasi. Ia dihormati oleh mereka yang mencari untuk mengetahui kehendak Tuhan, dan mereka bersaksi tentang kebenaran bahawa “Tuhan Raja tidak pernah melakukan sesuatu pun tanpa menyatakan rancangan-Nya kepada para nabi, hamba-hamba-Nya.”2

Ini telah menjadi pola sejak permulaan masa, dan polanya berterusan hari ini. Ia bukan sekadar cerita Alkitab yang baik; ia adalah cara yang ditetapkan Tuhan untuk menyampaikan pesanan penting kepada anak-anak-Nya. Dia menaikkan individu dari antara kita, memanggil mereka menjadi nabi, dan memberi mereka kata-kata untuk dikatakan, yang kita dijemput untuk “terima, seolah-olah dari mulut [Dia] sendiri.”3 Dia mengisytiharkan, “Apakah melalui suara-Ku sendiri atau melalui suara para hamba-Ku, itu adalah sama”4

Ini adalah salah satu pesanan Pemulihan yang paling indah, menggalakkan, dan memberi harapan—Tuhan tidak berdiam! Dia menyayangi anak-anak-Nya. Dia tidak meninggalkan kita untuk merayau dalam kegelapan.

Dua kali setiap tahun, pada bulan April dan Oktober, kita mempunyai peluang untuk mendengar suara Tuhan melalui hamba-hamba-Nya dalam persidangan umum yang menakjubkan.

Saya memberi anda kesaksian peribadi saya bahawa sebelum seorang pembicara dalam persidangan umum membuat perjalanan panjang ke mimbar, dia telah berusaha, berdoa, dan belajar dengan banyak sebagai tindak balas kepada tugasan untuk berucap. Setiap pesanan persidangan mewakili persediaan masa yang tak terhitung jumlahnya dan rayuan ikhlas untuk memahami apa yang Tuhan ingin para Orang Suci-Nya dengar.

Apa yang mungkin berlaku jika kita sebagai pendengar memadankan persediaan pembicara dengan persediaan kita sendiri? Bagaimanakah pendekatan kita untuk persidangan umum berbeza jika kita melihat persidangan sebagai peluang untuk menerima pesanan daripada Tuhan Sendiri? Melalui kata-kata dan muzik persidangan umum, kita boleh berharap untuk menerima jawapan peribadi untuk apa-apa soalan atau masalah yang mungkin kita hadapi.

Sekiranya anda tertanya-tanya sama ada Bapa Syurgawi benar-benar akan bercakap dengan anda, saya akan mengingatkan anda tentang kata-kata yang mudah tetapi mendalam yang kanak-kanak Sekolah Primer kita nyanyikan: “[Kamu adalah] anak Tuhan, dan dia telah menghantar [kamu] ke sini.” Tujuan-Nya adalah untuk membantu anda kembali “hidup bersama dia suatu hari nanti.”

Sekiranya anda mendekati Bapa Syurgawi sebagai anak-Nya, anda boleh meminta-Nya dengan hati yang ikhlas, “Pimpin aku, bimbing aku tunjuk jalan-Nya. Ajar [aku segala yang harus aku lakukan].” Dia akan bercakap dengan anda melalui Roh Kudus-Nya, dan kemudian ia terserah kepada anda “untuk melakukan kehendak-Nya.” Saya berjanji bahawa jika anda lakukannya, “berkat akan disediakan.”5

Bimbingan Tuhan diperlukan hari ini seperti yang pernah ada dalam sejarah dunia. Semasa kita bersedia untuk mendengar firman Tuhan, semoga kita dengan tekun mencari Roh kebenaran supaya apabila Tuhan berbicara melalui hamba-hamba-Nya, kita dapat memahami, menjadi teguh, dan berasa girang bersama.6

Saya bersaksi bahawa “dengan melakukan hal-hal ini, pintu neraka tidak akan mengatasi [kita]; ya, dan Tuhan Raja akan menyebarkan kuasa-kuasa kegelapan dari sebelum [kita], dan menyebabkan langit bergoncang untuk kebaikan kita, dan kemuliaan nama-Nya.”7