2019
Tujuan yang Akan Menukar Pelayanan Kita
Januari 2019


Imej
ministering

Asas-asas Pelayanan, Januari 2019

Tujuan yang Akan Menukar Pelayanan Kita

Walaupun terdapat banyak tujuan untuk pelayanan, usaha kita harus dibimbing oleh keinginan untuk membantu orang lain mencapai penukaran hati individu yang lebih mendalam dan menjadi lebih seperti Juruselamat.

Apabila kita mengasihi orang lain seperti yang dilakukan Juruselamat, kita ingin membantu mereka seperti yang Dia lakukan. Sebagai Gembala yang Baik, Dia adalah contoh utama pelayanan yang bermakna.

Dalam menjadikan pelayanan kita seperti Dia, adalah penting untuk mengingati bahawa usaha-Nya untuk mengasihi, mengangkat, melayani, dan memberkati mempunyai matlamat yang lebih tinggi dari memenuhi keperluan segera. Sudah tentu Dia tahu tentang keperluan seharian mereka dan mempunyai rasa kasihan pada penderitaan mereka sekarang. Jadi Dia menyembuhkan, memberi makan, memaafkan, dan mengajar. Tetapi Dia mahu melakukan lebih dari menjaga kehausan hari ini (lihat Yohanes 4:13–14). Dia mahu orang-orang di sekeliling-Nya untuk mengikut-Nya (lihat Lukas 18:22; Yohanes 21:22), mengenali-Nya (lihat Yohanes 10:14; Ajaran dan Perjanjian 132:22–24), dan mencapai potensi ketuhanan mereka (lihat Matius 5:48). Begitu juga dengan hari ini (lihat Ajaran dan Perjanjian 67:13).

Terdapat banyak cara kita boleh membantu memberkati orang lain, tetapi apabila matlamat akhir pelayanan kita adalah untuk membantu orang lain mengenali Juruselamat dan menjadi lebih seperti Dia, kita akan berusaha ke arah hari di mana kita tidak perlu lagi mengajar orang lain untuk mengenali Tuhan kerana kita semua akan mengenali Dia (lihat Yeremia 31:34).

Fokus Juruselamat Melampaui batas Keperluan Segera

  • Beberapa individu telah berusaha untuk membawa kawan mereka kepada Yesus untuk disembuhkan dari kelumpuhan. Akhirnya Juruselamat menyembuhkan lelaki itu, tetapi Dia lebih berminat untuk memaafkan dosa-dosanya (lihat Lukas 5:18–26).

  • Apabila orang ramai membawa wanita yang ditangkap dalam penzinaan kepada Juruselamat, tindakan-Nya untuk menahan diri dari membuat hukuman telah menyelamatkan hidup wanita itu secara jasmani. Tetapi Dia mahu menyelamatkannya secara rohani juga dan Dia memberitahu perempuan itu untuk “pergilah dan janganlah berdosa lagi” (lihat Yohanes 8:2–11).

  • Maria dan Maria menghantar pesanan kepada Yesus meminta Dia supaya menyembuhkan kawan-Nya, Lazarus. Yesus, yang telah banyak kali menyembuhkan orang lain, menunda kedatangan-Nya sehingga Lazarus mati. Yesus tahu apa yang dikehendaki oleh keluarga itu, tetapi dalam membangunkan Lazarus dari kematian, Dia memperkuatkan kesaksian mereka tentang ketuhanan-Nya (lihat Yohanes 11:21–27).

Apakah contoh lain yang anda boleh tambahkan kepada senarai ini?

Apakah yang boleh kita lakukan?

Jika matlamat kita adalah untuk membantu orang lain menjadi lebih seperti Juruselamat, ia akan mengubah cara kita melayani. Berikut adalah beberapa cara pemahaman ini dapat membimbing usaha kita untuk melayani.

Idea 1: Sambungkan Pelayanan dengan Juruselamat

Semua usaha kita untuk melakukan kebaikan adalah berbaloi, tetapi kita boleh mencari peluang untuk meningkatkan pelayanan kita dengan menghubungkannya dengan Juruselamat Contohnya, jika keluarga yang anda melayani sakit, makanan boleh membantu, tetapi ungkapan kasih anda yang mudah boleh digandakan dengan kesaksian anda tentang kasih Juruselamat bagi mereka. Bantuan anda dengan kerja kawasan rumah akan dihargai, tetapi ia boleh dibuat lebih bermakna dengan tawaran berkat imamat.

Elder Neil L. Andersen dari Kuorum Dua Belas Rasul mengajarkan: “Seseorang dengan hati yang baik dapat membantu seseorang memperbaiki tayar, membawa rakan sebilik pergi jumpa doktor, makan tengah hari dengan seseorang yang sedih, atau senyum dan menyapa untuk mencerahkan hari.

“Tetapi pengikut perintah pertama secara alamiah akan menambahkan kepada tindakan-tindakan penting pelayanan ini.”1

Idea 2: Fokus pada Jalan Perjanjian

Apabila bercakap kepada ahli untuk pertama kalinya sebagai Presiden Gereja, Presiden Russell M. Nelson berkata, “Teruskanlah pada jalan perjanjian.” Membuat dan mematuhi perjanjian “akan membuka pintu kepada setiap berkat rohani dan keistimewaan yang ada.”2

Sebagai Orang Suci Zaman Akhir, kita dibaptiskan, ditetapkan, dan menerima kurnia Roh Kudus. Ahli-ahli lelaki yang layak menerima imamat. Kita pergi ke bait suci untuk anugerahan kita dan untuk dimeterai bersama sebagai keluarga selamanya. Tatacara yang menyelamatkan ini dan perjanjian-perjanjian yang berkaitan dengannya adalah penting bagi kita untuk menjadi seperti Dia supaya kita dapat bersama dengan Dia.

Kita boleh memainkan peranan penting dalam membantu orang lain sepanjang jalan itu apabila kita membantu mereka mematuhi perjanjian mereka dan bersedia untuk membuat perjanjian masa depan.3 Bagaimanakah anda membantu individu atau keluarga yang anda melayani untuk menerima tatacara berikutnya yang mereka perlukan? Ini boleh bermaksud membantu mempersiapkan seorang bapa untuk membaptiskan anak perempuannya, menerangkan berkat-berkat perjanjian berikutnya yang akan dibuat, atau berkongsi cara untuk memiliki pengalaman yang lebih bermakna memperbaharui perjanjian kita semasa mengambil sakramen.

Idea 3: Menjemput dan Menggalakkan

Apabila sesuai, berunding dengan orang-orang yang anda melayani tentang penukaran hati dan usaha mereka untuk menjadi lebih seperti Kristus. Beritahu mereka kekuatan yang anda lihat dan kagumi dalam diri mereka. Ketahui di mana mereka rasa mereka boleh memperbaiki dan bercakap tentang bagaimana anda boleh membantu. (Untuk lebih tentang berunding bersama. Dengan orang yang anda melayani, lihat “Berunding bersama tentang Keperluan Mereka,” Liahona, September 2018, 6–9.)

Jangan takut untuk menjemput mereka untuk mengikuti Juruselamat dan membenarkan Dia membantu mereka mencapai potensi ketuhanan mereka. Jemputan ini boleh mengubah kehidupan, apabila ditambah dengan ungkapan keyakinan anda terhadap mereka dan iman anda kepada-Nya.

Enam Cara Kita Boleh Membantu Orang Lain Maju ke arah Kristus

Berikut adalah cadangan untuk menyokong orang lain dalam membuat pembaikan kehidupan dan maju sepanjang jalan perjanjian. (Lihat Preach My Gospel, chapter 11, untuk lebih idea.)

  1. Berkongsi Jadilah ikhlas dan berani apabila berkongsi bagaimana Juruselamat telah membantu anda seperti ketika anda telah cuba mendekatkan diri kepada-Nya dengan menjalani asas-asas injil walaupun terdapat cabaran.

  2. Berkat-berkat yang dijanjikan. Orang memerlukan sebab yang lebih menarik untuk berubah dari sebab untuk tidak berubah. Menjelaskan berkat-berkat yang berkaitan dengan tindakan boleh memberikan motivasi yang kuat (lihat Ajaran dan Perjanjian 130:20–21).

  3. Menjemput. Menjalani asas injil membawa kesaksian bahawa ia benar (lihat Yohanes 7:17) dan membawa kepada penukaran hati yang lebih mendalam.4 Hampir setiap interaksi boleh termasuk jemputan mudah untuk melakukan sesuatu yang akan membantu mereka maju.

  4. Merancang bersama. Apakah yang perlu berlaku bagi mereka untuk berjaya mentaati komitmen mereka untuk berubah? Bagaimanakah anda dapat membantu? Adakah terdapat garis masa yang terlibat?

  5. Sokongan. Apabila membantu, bina satu rangkaian sokongan orang yang boleh membantu individu kekal bermotivasi dan berjaya. Kita semua memerlukan kumpulan penyorak.

  6. Membuat susulan. Berkongsi kemajuan dengan kerap. Tetap fokus pada rancangan tetapi menyempurnakannya jika perlu. Teruskan dengan sabar dan menggalakkan. Perubahan boleh mengambil masa.

Jemputan untuk Bertindak

Pertimbangkan cara usaha anda untuk melayani—tak kira besar mahupun kecil—boleh membantu orang lain memperdalamkan penukaran hati mereka dan menjadi lebih seperti Juruselamat.

Nota

  1. Neil L. Andersen, “A Holier Approach to Ministering” (pertemuan rohani Brigham Young University, 10 April 2018), 3, speeches.byu.edu.

  2. Russell M. Nelson, “Ketika Kita Maju Bersama,” Liahona, Apr. 2018, 7.

  3. Lihat Henry B. Eyring, “Daughters in the Covenant,” Liahona, Mei 2014, 125–28.

  4. Lihat David A. Bednar, “Converted unto the Lord,” Liahona, Nov. 2012, 106–109.

Cetak