2020
Pelayanan melalui Persidangan Umum
April 2020


“Pelayanan melalui Persidangan Umum,” Liahona, April 2020

melayani

Asas-asas Pelayanan, April 2020

Pelayanan melalui Persidangan Umum

Dengan semua petikan mengilhamkan, tradisi keluarga dan ajaran-ajaran pelayan Tuhan, persidangan umum memberi banyak cara kepada kita untuk melayani—sebelum, semasa dan selepas hujung minggu persidangan umum!

Sebagai pengajar kelas persediaan misi, Susie dan Tom Mullen sentiasa menggalakkan ahli-ahli kelas mereka untuk menjemput seseorang untuk menonton persidangan umum.

“Menjemput seseorang untuk melakukan sesuatu ialah bahagian penting kerja penginjil, dan ia juga berguna dalam pelayanan,” katanya. “Pelajar-pelajar kami sentiasa melaporkan khabar mereka dan juga khabar orang yang mereka telah jemput.”

Di sini ialah beberapa cara pelajar-pelajar mereka melaporkan pelayanan mereka:

  • “Kami melayani seorang kawan yang sedang bergelut. Kami menjemputnya untuk mendengar persidangan umum untuk jawapan. Apabila kami melawatnya selepas persidangan, dia memberitahu kami bahawa dia telah mendengar banyak idea yang berguna.”

  • “Kami mengadakan pesta persidangan umum dan semua orang membawa makanan ringan untuk dikongsi. Ia sangat seronok jadi kami memutuskan untuk melakukannya lagi.”

  • “Saya menjemput seorang kawan untuk menonton persidangan umum bersama saya. Semasa kami bercakap tentang itu, kami memutuskan untuk memandu ke bangunan pertemuan untuk menonton persidangan di situ. Kami dapat menonton, dan ia pengalaman terbaik!”

Seperti pasangan Mullens dan pelajar-pelajar mereka telah pelajari, terdapat banyak cara untuk melayani melalui persidangan umum. Adalah menakjubkan untuk berkongsi petikan yang mengilhamkan, tradisi keluarga, perbincangan yang bermakna, dan ajaran-ajaran pelayan Tuhan!

Menjemput Orang Lain ke Rumah Anda

“Juruselamat memerintah para pengikut-Nya untuk ‘saling mengasihi sebagaimana Aku sudah mengasihi kamu’ (Yohanes 13:34). Jadi kita melihat cara Dia mengasihi kita. … Jika kita menganggap Dia sebagai teladan, kita harus selalu cuba untuk melibatkan semua orang.” —Presiden Dallin H. Oaks1

Bertahun lalu pengajar keluarga kami Mike sedar bahawa tiga anak saya dan saya hanya mempunyai komputer riba yang kecil untuk menonton persidangan umum. Dia segera menjemput kami untuk datang ke rumahnya untuk menonton bersama dia dan isterinya, Jackie, menegaskan bahawa mereka menyukai tetamu. Anak-anak saya teruja untuk menonton persidangan dengan TV sebenar; saya sangat menghargai sokongan itu, dan kami menikmati masa kami bersama.

Selepas itu, menonton persidangan umum bersama menjadi sebuah tradisi. Walaupun selepas kami memiliki TV sendiri, kami masih pergi dengan gembira ke rumah Mike dan Jackie dengan bantal, buku nota, dan makanan ringan kami untuk persidangan umum. Mendengar kata-kata para nabi bersama membuatkannya lebih istimewa. Kami menjadi seperti sekeluarga. Mike dan Jackie menjadi kawan terbaik saya dan menjadi datuk nenek kedua kepada anak-anak saya. Kasih dan persahabatan mereka telah menjadi berkat menakjubkan kepada keluarga saya. Saya sangat bersyukur atas kesediaan mereka untuk membuka rumah dan hati mereka kepada kami.

Suzanne Erd, California, Amerika Syarikat

Asas-asas untuk Dipertimbangkan

“Perhatikan”

Juruselamat dengan kasih sayang mengambil masa untuk melihat keperluan orang lain dan kemudiannya bertindak untuk memenuhi keperluan itu (lihat Matius 9:35–36; Yohanes 6:5; 19:26–27). Kita juga boleh berbuat sedemikian.

“Menjemput dengan segera”

Selepas kita sedari keperluan orang yang kita layani, langkah seterusnya adalah untuk bertindak.“Mendengar kata-kata para nabi”

Kita harus “sering bertemu bersama” (Moroni 6:5) untuk belajar bersama, berkembang bersama, dan bercakap tentang hal-hal rohani yang paling bermakna kepada jiwa kita.

“Mari dengar suara nabi, serta firman Tuhan”2 ialah salah satu daripada jemputan terpenting yang kita boleh hulurkan kepada mereka yang kita layani.

“Kasih sayang dan persahabatan”

Untuk benar-benar menolong dan mempengaruhi orang lain, kita mesti membina hubungan dengan rasa kasihan dan “kasih yang tidak berpura-pura” (lihat Ajaran dan Perjanjian 121:41).

Berkongsi di Internet

“Saluran media sosial merupakan alat-alat sejagat yang boleh secara peribadi serta positif mempengaruhi sejumlah besar individu dan keluarga. Dan saya percaya masa telah datang bagi kita sebagai para pengikut Kristus untuk menggunakan alat-alat ini yang diilhamkan dengan sewajarnya dan dengan lebih berkesan untuk bersaksi tentang Tuhan Bapa Abadi, rancangan kegembiraan Dia bagi anak-anak-Nya dan Putera-Nya, Yesus Kristus, sebagai Juruselamat dunia.” —Elder David A. Bednar3

Internet membenarkan kita untuk berkongsi injil dengan seluruh dunia. Saya suka itu! Saya berkongsi beberapa aktiviti untuk persidangan umum, tetapi kebanyakannya saya cuba menolong orang lain mencipta perbincangan daripada ucapan-ucapan persidangan umum. Melihat soalan-soalan daripada orang lain sering menolong kita melihat perkara-perkara dalam cara berbeza dan boleh menjadi permulaan untuk soalan perbincangan yang baik.

Saya temui bahawa semasa anda menggunakan soalan-soalan untuk berbincang ucapan-ucapan persidangan umum dengan keluarga pelayanan anda, ia menolong anda melihat kekuatan mereka dan keperluan mereka juga. Salah satu daripada soalan kegemaran saya adalah, Apakah tema sesi persidangan umum baru-baru ini?

Jawapan kepada itu hampir selalunya membenarkan anda melihat apa yang berlaku dalam kehidupan mereka dan apa yang penting kepada mereka. Ia membenarkan anda untuk menjadi pelayan saudara atau saudari yang lebih baik kerana anda dapat mengenali mereka dengan lebih jelas.

Camille Gillham, Colorado, Amerika Syarikat

Asas-asas untuk Dipertimbangkan

“Kongsikan Injil”

Kita telah membuat perjanjian untuk “berdiri sebagai saksi bagi Tuhan di segala waktu dan dalam segala hal, dan di segala tempat” (Mosia 18:9).

“Mencipta Satu Perbincangan”

Pesanan persidangan umum boleh mengilhamkan perbualan yang hebat, berkaitan dan dipimpin oleh roh. Perbincangan ini boleh menguatkan hubungan anda, menolong kesaksian anda bertumbuh dan membawa kebahagiaan! (lihat Ajaran dan Perjanjian 50:22).

“Gunakan soalan”

“Soalan baik akan menolong anda memahami minat, kebimbangan atau soalan yang orang lain ada. Ia boleh meningkatkan pengajaran anda, menjemput Roh dan menolong orang belajar.”4

Nota

  1. Dallin H. Oaks, “Love and the Law” (video), mormonandgay.ChurchofJesusChrist.org.

  2. “Mari Dengar Suara Nabi,” Nyanyian Rohani, no. 9.

  3. David A. Bednar, “Flood the Earth through Social Media,” Liahona, Ogos 2015, 50.

  4. Preach My Gospel: A Guide to Missionary Service (2004), 185.