“Melayani melalui Pertemuan Sakramen,” Liahona, Jun 2020
Asas-asas Pelayanan, Jun 2020
Melayani melalui Pertemuan Sakramen
Pertemuan sakramen memberi kesempatan untuk menghubungi dan melayani orang lain.
Pertemuan sakramen ialah masa untuk pemeliharaan rohani dan perenungan peribadi pada Juruselamat dan Korban Tebusan-Nya. Ketika kita mengambil sakramen setiap minggu, kita diteguhkan bersama (lihat Ajaran dan Perjanjian 84:110). Tetapi sesetengah ahli dari bahagian dan cabang kita membawa bersama mereka beban berat atau tidak hadir langsung.
Berikut ialah beberapa kesempatan untuk cara kita boleh menggunakan waktu kudus itu untuk melayani orang lain dan melalukan perubahan dalam kehidupan mereka.
Bantu Membuat Pertemuan Sakramen Lebih Baik bagi Orang yang Anda Melayani
Langkah pertama dalam mempelajari bagaimana untuk melayani ialah mengenali individu-individu atau keluarga-keluarga dan keperluan mereka. Terdapat cara yang anda mungkin dapat membuat pengalaman penyembahan sakramen lebih baik dengan mempelajari lebih tentang mereka.
Untuk Mindy, seorang ibu muda kepada dua anak kembar kecil, usaha-usaha sederhana pelayan saudarinya membuat perubahan besar dalam pengalaman pertemuan sakramen setiap minggu.
“Oleh kerana jadual kerja suami saya, saya mengambil anak-anak perempuan kembar kami ke gereja sendiri setiap minggu,” Mindy terangkan. “Untuk duduk sepanjang pertemuan sakramen dengan dua anak kembar yang bertenaga adalah sangat susah, tetapi pelayan saudari saya telah mengambil ke atas dirinya sendiri untuk membantu saya.
“Dia duduk bersama kami dan membantu saya menjaga anak-anak saya setiap minggu. Tindakannya duduk bersama saya sangat bermakna dan meringankan kebimbangan saya dalam masa-masa marah atau susah mereka. Saya fikir dia tidak akan tahu betapa banyak tindakannya telah memberi kesan kepada hidup saya pada masa ini. Dia melihat keperluan saya sebagai seorang ibu muda yang penuh kebimbangan, dan dia membantu saya membuat gereja satu tempat yang damai dan gembira untuk kami semua.”
Idea-idea untuk Membantu Orang dengan Keperluan Khusus
-
Melaporkan kepada kuorum penatua dan Lembaga Pertolongan tentang keperluan ahli-ahli.
-
Para pemimpin merancangkan ucapan-ucapan pertemuan sakramen untuk membantu memenuhi keperluan ahli-ahli. Jika mereka yang anda melayani akan bermanfaat dari mendengar sesuatu pesanan, kongsi idea itu dengan pemimpin-pemimpin anda.
-
Jika anda tahu seseorang yang kurang upaya atau mempunyai alergi yang menghalang mereka dari menikmati berkat-berkat sakramen, tanya mereka apa yang dapat dilakukan untuk membuat pengalaman penyembahan mereka lebih baik. Kongsi informasi ini dengan pemimpin-pemimpin anda.
-
Jika seseorang yang anda melayani atau yang anda tahu tidak dapat keluar rumah, sama ada tetap atau sementara, tanya uskup anda jika sakramen boleh diberikan kepada mereka di rumah. Anda juga boleh mengambil nota semasa pertemuan sakramen dan mengongsinya melalui telefon, e-mel, atau bertemu dengan mereka.
-
Jika seseorang yang anda melayani mempunyai anak-anak muda, anda boleh menawar membantu mereka semasa pertemuan sakramen.
-
Jika mereka yang anda layani tidak datang kerap kali ke pertemuan sakramen, cuba memahami dan mempertimbangkan cara-cara anda boleh bantu. Jika mereka perlu pengangkutan, anda boleh hantar mereka. Jika mereka rasa tidak disokong oleh keluarga mereka, anda boleh menjemput mereka duduk bersama anda. Anda boleh membuat jemputan-jemputan istimewa untuk membantu mereka rasa dialu-alukan dan selesa di pertemuan sakramen.
Ingat, Tindakan-tindakan Sederhana Sangat Berkesan
Berucap mengenai pelayanan, Sister Jean B. Bingham, Presiden Umum Lembaga Pertolongan, mengajar: “Kadangkala kita fikir kita harus lakukan sesuatu yang besar dan berani untuk melayan sesama. Tetapi, pelayanan yang sederhana ada kesan yang besar ke atas orang lain—dan juga diri kita.”1
Di suatu bahagian kecil di Belgium, Evita kerap kali menterjemah untuk pelawat dan ahli yang bercakap bahasa Sepanyol semasa pertemuan-pertemuan Gereja. Pada satu kali, Evita diperkenalkan dengan seseorang dari Republika Dominika yang sedang belajar tentang Gereja. Dia tahu sedikit bahasa Inggeris, tetapi bahasa ibundanya ialah bahasa Sepanyol. Jadi Evita menawar untuk menterjemah secara senyap untuk dia dalam pertemuan sakramen supaya dia rasa lebih selesa.
“Penterjemahan kadang-kadang membuat hari Sabat saya lebih sibuk,” kata Evita. “Tetapi mengikut dorongan-dorongan untuk tanya orang lain jika mereka perlu penterjemah memberi saya perasaan kegembiraan dan kemesraan mengetahui bahawa saya dapat membantu mereka rasa Roh dan menikmati pertemuan mereka.”
Idea-idea untuk Membantu melalui Tindakan-tindakan Sederhana
-
Bercakap dengan pemimpin-pemimpin anda untuk mendapati siapa yang mungkin perlu sedikit lebih pelayanan semasa pertemuan sakramen. Atau jika anda mengetahui seseorang yang perlu lebih pelayanan, pastikan bahawa para pemimpin anda sedar akan mereka juga.
-
Duduk dengan senyap-senyap ketika anda menunggu pertemuan bermula. Ini akan membantu “hati lain yang hancur dan roh lain yang sedih di sekeliling kita”2 yang memerlukan kedamaian yang boleh datang melalui rasa hormat di tempat kudus.
-
Pada Hari Ahad berpuasa, pertimbangkan membaktikan puasa dan doa anda kepada seseorang yang anda melayani yang mungkin perlu lebih pertolongan.
-
Berdoa untuk mengetahui jika terdapat seseorang yang boleh bermanfaat dari anda duduk di sebelah mereka semasa pertemuan sakramen atau jika ada cara yang lain yang anda boleh bantu.
Pertemuan Sakramen Boleh menjadi Tempat yang Mengalu-alukan untuk Semua
Presiden Joseph Fielding Smith (1876-1972) mengajar, “Pertemuan sakramen adalah yang paling kudus, paling suci di antara semua pertemuan di Gereja”3 Maka, ia penting untuk memastikan semua yang menghadiri pertemuan sakramen rasa dialu-alukan dan dipelihara secara rohani—terutamanya ahli-ahli baru atau ahli-ahli yang lamanya tidak hadir.
Merania dari New South Wales, Australia, berkawan dengan seorang wanita yang sedang belajar tentang Gereja dalam bahagiannya. “Dia telah menjadi salah satu dari sahabat dikasihi saya sekarang,” Merania berkata. “Saya suka duduk bersama dia di pertemuan sakramen setiap minggu, dan saya selalu tanya bagaimana dia dan jika ada apa-apa yang saya boleh buat untuk membantu dia.” Lama-kelamaan, kawan Merania dibaptiskan. Usaha ahli-ahli bahagian, bersama dengan suasana yang mengalu-alukan di pertemuan sakramen, sangat mempengaruhi keputusan dia.
Idea-Idea untuk Melayani Ahli-ahli yang Kembali atau yang Baru
-
Apabila anda akan berucap di pertemuan sakramen, anda boleh menjemput kawan, keluarga, dan orang lain untuk datang mendengar pesanan anda.
-
Anda boleh mencari dan mengalu-alukan orang yang bersendirian atau yang mungkin perlu bantuan anda. Tanya jika anda boleh duduk bersama mereka atau menjemput mereka duduk bersama anda.
-
Apabila pertemuan berakhir, anda boleh menjemput orang yang anda melayani dan orang lain ke aktiviti-aktiviti Gereja, ke bait suci, atau ke aktiviti sosial.
-
Jika seseorang yang anda melayani biasanya menghadiri pertemuan sakramen tetapi sudah lama tidak hadir, anda boleh tanya mereka jika mereka mempunyai soalan tentang apa yang diajar. Beritahu mereka bahawa mereka selalu boleh tanya anda jika terdapat sesuatu perkataan, cerita, atau bahagian ajaran yang mereka tidak faham. Anda boleh mencari jawapan bersama-sama sekiranya perlu.
© 2020 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved. Dicetak di Amerika Syarikat. Kelulusan Bahasa Inggeris: 6/19. Kelulusan terjemahan: 6/19. Terjemahan Ministering Principles, June 2020. Malay. 16988 348