2020
Melayan melalui Aktiviti Gereja
Julai 2020


“Melayan melalui Aktiviti Gereja,” Liahona, Julai 2020

pelayanan

Foto seorang remaja lelaki mendirikan khemah oleh Bud Corkin; foto seorang gadis menempat satu meja makan oleh Sherie Price McFarland; latar belakang oleh Getty Images.

Asas-asas Pelayanan, Julai 2020

Melayan melalui Aktiviti Gereja

Nota pengarang: Rencana ini dicipta sebelum wabak COVID-19. Ada cadangan-cadangan di bawah tidak boleh laku semasa waktu penjarakan sosial tetapi akan boleh dijalankan apabila pertemuan dan aktiviti Gereja sambung semula. Jika perlu, sila sesuaikan cadangan-cadangan ini menurut arahan Gereja dan kerajaan terkini.

Satu cara kita boleh melayan ahli-ahli bahagian, jiran, dan rakan kita adalah melalui aktiviti Gereja. Sama ada anda yang merancang satu aktiviti mengikut keperluan atau minat seorang yang anda layan atau anda menjemput mereka untuk mengambil bahagian dalam aktiviti atau peluang pelayanan untuk orang lain, aktiviti bahagian, pancang, mahupun aktiviti gabungan pancang-pancang, ia boleh sediakan cara yang bererti dan yang menghiburkan untuk menggalak kesatuan dan memperkuatkan ahli-ahli.

Aktiviti Gereja juga boleh membuka pintu kepada banyak peluang pelayanan. Sebagai contoh, aktiviti Gereja boleh bekalkan peluang untuk mengambil bahagian dalam projek pelayanan yang memberkati orang lain dan membina perhubungan positif dalam komuniti. Aktiviti Gereja juga boleh menjadi satu peluang untuk mencapai ahli-ahli Gereja yang kurang aktif dan rakan dari agama lain atau rakan yang tidak beragama.

Melibatkan banyak orang dalam aktiviti Gereja merekakan satu peluang bagi Tuhan untuk memberkati dan memperkuatkan bahagian dan cabang kita, jiran kita, dan komuniti kita.

Membina Hubungan yang Bermakna

Musim sejuk mendekati, dan David Dickson tidak ada cara untuk membekalkan kepanasan untuk keluarganya.

David, isterinya, dan dua orang anak perempuannya baru pindah ke Fredonia, satu desa di Arizona USA, satu padang pasir yang dikelilingi oleh tebing merah, sagebrush, dan pokok-pokok malar hijau.

Rumah yang mereka sewa ada satu dapur bakar kayu sebagai sumber kepanasan. David mendapati bahawa mengumpul kayu bakar ialah satu bakat yang penting kerana musim sejuk di Fredonia penuh dengan salji dan ais.

“Saya tidak memiliki kayu bakar atau satu gergaji rantai dan saya tidak tahu bagaimana untuk gunakan ia!” David kata. “Saya tidak tahu apa yang harus saya lakukan.”

Ada ahli Gereja tanya David jika keluarganya ada kayu bakar yang cukup untuk musim sejuk. “Mereka sedar dengan cepatnya saya tidak ada,” David kata. “Kuorum penatua menolong saya mengumpul kayu. Dengan penuh kesyukuran, saya menerima bantuan mereka.”

David mendapati bahawa perjalanan untuk mengumpul kayu ini adalah satu aktiviti bahagian yang dirancang dengan baik dan ada ramai orang menghadiri. Satu pagi hari Sabtu, David, kuorum penatua, dan ahli-ahli bahagian lain pergi ke gunung dalam satu kafilah lori dan treler.

“Dalam satu petang, kerana alat-alat dan ilmu mereka, ahli-ahli bahagian membekalkan keluarga saya kayu yang cukup untuk dua musim sejuk,” David kata. “Lebih pentingnya, saya belajar segala yang mesti saya tahu tentang mengumpul kayu. Pada masa saya meninggal Fredonia, saya tahu bagaimana untuk menggunakan satu gergasi rantai, dan saya tidak dapat kira berapa aktiviti mengumpul kayu bahagian saya sudah sertai.”

Aktiviti bahagian seperti ini tidak hanya membina perhubungan positif dalam kalangan ahli Gereja tetapi juga membina perhubungan positif dengan semua orang dalam komuniti.

“Saya ingat tentang seorang wanita yang bukan ahli Gereja, yang baru sampai ke daerah kami,” David kata. “Dia bakarkan panel kayu rumahnya untuk mengekal panas. Secepat kami mengetahui tentang kesusahannya, kami pastikan dia ada cukup kayu bakar sepanjang musim sejuk. Dia sangat bersyukur sampai dia tidak boleh berucap.”

Usaha pelayanan di Fredonia memastikan semua orang selamat dan panas sepanjang musim sejuk.

Menjemput Orang Lain

Semasa melayan satu misi di Romania, Meg Yost dan temannya selalu mengunjung satu keluarga yang sudah lama tidak menghadiri Gereja. “Keluarga Stanicas ialah salah satu keluarga ahli Gereja terawal di Romania,” Meg kata, “dan kami menyayangi mereka.”

Apabila merancang satu aktiviti cabang, para pemimpin memutus bahawa cabang itu harus ada satu “Malam Perintis.” Itu ialah satu malam untuk merayakan para perintis yang berani yang menyeberangi Amerika Syarikat untuk mencapai Lembah Salt Lake. Ia juga satu peluang untuk memberi hormat kepada para perintis Gereja di Romania.

“Kami fikir ia ialah satu cara yang baik bagi ahli-ahli untuk bersaksi tentang penukaran hati mereka dan bagaimana mereka sudah nampak perkembangan Gereja di Romania,” Meg kata. “Dengan serta merta, kami fikir keluarga Stanica harus mengambil bahagian. Kami menjemput mereka, dan mereka sangat gembira!”

Pada malam aktiviti itu, apabila masa untuk memulakan aktiviti, keluarga Stanica belum sampai.

“Kami bimbang mereka tidak akan datang,” Meg kata. “Tetapi mereka sampai tepat pada masa. Keluarga Stanica berikan satu kesaksian yang indah tentang injil dan Gereja. Mereka juga bergaul dengan ahli-ahli lain yang mereka lama tidak nampak.”

Ahli-ahli cabang menyambut keluarga Stanica dengan lengan yang buka. Pada hari Ahad berikut, Meg hairan untuk menampak Sister Stanica di Gereja.

“Apabila saya mengunjung cabang itu beberapa bulan kemudian, dia masih menghadiri Gereja!” Meg kata. “Pada pendapat saya, peluang untuk memberi kesaksiannya dan penglibatannya serta rasa diperlukan dalam cabang itu memang membantu dia.”

4 Cadangan untuk Melayan melalui Aktiviti Gereja

  • Rancangkan aktiviti yang menemui keperluan: Aktiviti ialah cara yang baik untuk menemui banyak keperluan yang berbeza. Aktiviti boleh dirancang untuk menemui keperluan tertentu seorang individu atau kumpulan. Mereka harus juga menemui keperluan mereka yang mengambil bahagian, sama ada keperluan itu adalah untuk lebih mengenali satu sama lain, belajar lebih tentang injil, atau merasai Roh.

  • Menjemput semua orang: Semasa anda merancang aktiviti, berusaha untuk menjemput mereka yang akan bermanfaat dari menyertai aktiviti itu. Ingatkan ahli-ahli baru, ahli-ahli kurang aktif, remaja, orang yang belum kahwin, orang yang kurang upaya, dan orang dari agama lain. Berikan jemputan dengan memikir tentang mereka, dan beritahu mereka anda memang ingin mereka datang.

  • Menggalakkan penyertaan: Mereka yang anda jemput akan lebih bermanfaat daripada aktiviti jika mereka berpeluang untuk mengambil bahagian. Satu cara untuk menggalakkan penyertaan adalah untuk menjemput individu menggunakan kurnia, kemahiran, dan bakat mereka dalam aktiviti.

  • Mengalu-alukan semua orang: Jika rakan anda menghadiri aktiviti, lakukan sedaya upaya untuk menyambut mereka. Demikian juga, jika anda nampak orang yang anda tidak kenali, menyambut mereka dengan mesra!