2020
Pelayanan Melalui Keberdikarian
Ogos 2020


“Pelayanan Melalui Keberdikarian,” Liahona, Ogos 2020

pelayanan

Asas-asas Pelayanan, Ogos 2020

Pelayanan Melalui Keberdikarian

Membantu orang lain untuk menjadi berdikari merupakan persediaan dan pelayanan dalam cara Tuhan.

Kebanyakan ahli-ahli keluarga, kawan dan jiran kita berminat menjadi lebih berdikari. Menggunakan inisiatif keberdikarian Gereja, ahli-ahli Gereja mencari peluang untuk melayani dan menjaga semasa memberkati orang lain dengan asas-asas yang membawa “harapan, kedamaian dan kemajuan lebih besar.”1

“Saya Berada Di Rumah”

Oleh Chrissy Kepler, Arizona, AS

Saya berjuang dengan kewangan selepas penceraian, mencuba untuk mencari kerja selepas menjadi suri rumah sepanjang lapan tahun. Saya juga berjuang secara rohani, mencari kebenaran dan iman, walaupun saya tidak masuk ke dalam sebuah gereja sejak saya seorang remaja.

Pada satu hari Ahad, saya mencuci pakaian di rumah kakak saya, Priscilla, seorang ahli Gereja yang aktif. Semasa saya di sana, Priscilla menjemput saya untuk menghadiri gereja bersama keluarganya—jemputan pertama saya dalam 15 tahun.

Pada mulanya, saya enggan, tetapi pada malam sebelumnya, saya merayu kepada Tuhan untuk menunjukkan saya cara untuk mendekati Dia. Selepas perasaan mendalam, saya membuat kesimpulan, “Kenapa kamu tidak mendengar dan melihat bagi diri sendiri sebagai seorang dewasa dengan hati dan mata diri sendiri?”

Semasa kita berada dalam pertemuan sakramen, saya nampak risalah dalam program hari Ahad yang mengumumkan sebuah kursus keberdikarian tentang kewangan peribadi. Saya tidak bersedia untuk kembali ke gereja, tetapi saya rasa tertarik kepada kursus 12 minggu itu. Dengan galakan daripada kakak dan abang ipar saya, saya mendaftar untuk kursus itu, mengharapkan untuk hanya belajar cara untuk membuat bajet dan melunaskan hutang. Tetapi kelas-kelas itu mengubah saya secara rohani.

Saya kagum dengan pesanan rohani mingguan daripada dua kelas pertama, tetapi semasa kelas ketiga, saya ditenggelamkan dengan perasaan yang mengesahkan bahawa saya berada di rumah dan mendengar kebenaran baru tetapi sudah dikenali. Saya keluar dari kelas dan pergi melawat Priscilla. Semasa saya menangis, saya menanya dia, “Bagaimana saya boleh dapatkan lebih banyak perasaan seperti ini dalam hidup saya?” Dia mengaturkan supaya penginjil-penginjil bermula mengajar saya.

Ahli-ahli daripada kelas keberdikarian saya datang ke pelajaran penginjil dan menyokong saya. Mereka membuat kesan berkekalan pada kerohanian saya dan menolong saya membangunkan kesaksian tentang injil dan para nabi zaman moden.

Dalam masa yang saya ambil untuk mengakhiri kursus, saya membuat banyak perubahan duniawi dan rohani. Saya bermula kerjaya baru dengan syarikat baik, dan saya melunaskan beberapa pinjaman.

Tetapi berkat-berkat yang lebih mendalam dan manis yang datang daripada kursus itu termasuk mencipta persahabatan indah, membangunkan hubungan positif dengan seorang uskup yang menggalakkan saya, mendapatkan kesaksian persepuluhan, menerima rekomen bait suci saya, dimeteraikan, dan melihat dua anak besar saya dibaptiskan.

Jalan saya ke keberdikarian masih meneruskan, tetapi saya akan menghargai pelajaran-pelajaran yang saya telah pelajari dan persahabatan yang saya telah buat selama sisa perjalanan.

“Saya Meninggalkan Setiap Kelas Dengan Perasaan Disayangi”

Ketika dia melawat Temple Square di Salt Lake City, Utah, bersama anak lelaki yang berumur 10 tahun, pada Disember 2016, Katie Funk menganggap diri sebagai “seorang agnostik.” Dia meninggalkan Gereja pada umur 16 tahun, menjadi ibu tunggal pada 17 tahun, bermula dapatkan tatu dan mengembangkan rasa untuk kopi. Tetapi semasa lawatan itu ke Temple Square, Vincent berasa Roh Kudus dan menanya ibunya jika dia dapat mendengar pelajaran penginjil.

Walaupun dia bekerja 80 jam seminggu daripada dua pekerjaan, Katie mengkaji injil bersama Vincent, menyelidiki jawapan kepada soalan dia antara lawatan penginjil-penginjil. Pada musim panas tahun 2017, dia bermula menghadiri Gereja, di mana dia belajar tentang kursus keberdikarian Gereja.

“Saya menyedari kursus itu dapat menolong saya,” dia berkata. “Mungkin saya tidak perlu bekerja dua pekerjaan atau bergantung pada ibu bapa saya seumur hidup saya.”

Katie memanggil kursus dia “amat memperkuatkan secara duniawi serta rohani,” bukan sahaja kerana hal-hal dia pelajari tetapi juga kerana cara kumpulan keberdikarian dia telah menerima dan melayani dia.

Nota

  1. “Pesanan daripada Presidensi Utama,” dalam Kewangan Peribadi untuk Keberdikarian (2016), i.