2020
Pelayanan melalui Program Kanak-kanak dan Remaja
Oktober 2020


“Pelayanan melalui Program Kanak-kanak dan Remaja,” Liahona, Oktober 2020

Imej
Asas-asas Pelayanan

Foto oleh Tom Garner, Isaac Darko-Acheampong, Alexander K. Boateng dan Jonas Rebicki

Asas-asas Pelayanan, Oktober 2020

Pelayanan melalui Program Kanak-kanak dan Remaja

Dasar pelayanan adalah untuk menjemput orang lain untuk berkembang dan menolong diri mereka di sepanjang jalan.

Terdapat banyak peluang untuk melayani melalui program Kanak-kanak dan Remaja. Anda mungkin ada kanak-kanak atau remaja di rumah anda. Anda mungkin seorang pemimpin dalam program ini atau anda melayani keluarga dengan kanak-kanak dan remaja. Atau anda mungkin mengenali beberapa kanak-kanak dan remaja (itu sepatutnya termasuk hampir semua kita). Apa jua keadaan anda, terdapat banyak cara untuk menggunakan program atau asas-asasnya untuk memberkati hidup orang lain.

Membangunkan Diri Kita Bersama-sama

Di tengah-tengah Kanak-kanak dan Remaja ialah fokus pada berusaha setiap hari untuk menjadi lebih seperti Juruselamat yang melayani dengan sempurna. Kebanyakan orang yang telah menyertai program ini telah mempelajari bahawa semakin anda maju dalam pelbagai aspek hidup anda, semakin anda bersedia untuk menolong atau melayani orang lain.

Tetapi dengan program Kanak-kanak dan Remaja, memberkati orang lain tidak semestinya bermula apabila anda telah belajar sesuatu. Tindakan pelajaran menyediakan peluang untuk melayani.

Untuk seorang remaja putera bernama Prophet yang tinggal di Ghana, menetapkan matlamat dalam Kanak-kanak dan Remaja untuk belajar bagaimana untuk bermain piano hanya merupakan permulaannya. “Ia juga matlamat saya untuk memberitahu orang lain apa yang saya pelajari,” Prophet berkata.

Walaupun dia belum menjadi seorang pengajar, matlamat dia telah berkembang menjadi sesuatu lebih besar daripada dia pernah bayangkan. Terdapat 50 pelajar sekarang yang mengambil kelas piano di gereja bersama Prophet. Dan siapa mengajar Prophet dan 50 pelajar lain itu? Alexander M. Dan Kelvin M., kedua-duanya berumur 13 tahun. “Kami ingin menunjukkan tindakan-tindakan kebaikan hati kepada orang lain,” Kelvin berkata.

Tiga hari seminggu, dua remaja ini mengajar pelajaran asas piano secara percuma kepada semua orang yang datang untuk belajar. Terdapat faedah tambahan untuk pelajaran piano ini. Beberapa daripada pelajar yang diperkenalkan kepada Gereja melalui pelajaran piano kemudiannya mengkaji injil dan memutuskan untuk dibaptiskan.

Semasa kita berusaha untuk memperbaiki diri kita, kita boleh melayani orang lain dengan menjemput mereka untuk menyertai kita.

Resipi Pelayanan yang Berjaya

Sebagai presiden sekolah Primer pancang, Sabrina Simões Deus Augusto dari Curitiba, Brazil, telah melihat bagaimana aspek-aspek pembangunan peribadi daripada program ini memberkati kanak-kanak dan remaja di pancang dia. Tetapi dia juga telah melihat banyak cara untuk menggunakan apa yang dia telah pelajari tentang pembangunan peribadi dalam tugas dia sebagai pelayan saudari.

“Apabila saya membangunkan sebuah bakat,” Sister Augusto berkata, “Saya boleh menggunakan bakat itu untuk memberkati seorang yang saya layani.”

Sister Augusto mengajar seorang daripada saudari-saudari yang ditugaskan kepada dia cara untuk membuat kek coklat. Saudari itu sekarang membuat dan menjual kek untuk menolong menambah pendapatan keluarga dia. “Berbulan-bulan kemudian, saya diberkati apabila saudari lain mengajar saya cara untuk membuat roti madu yang saya boleh jual,” Sister Augusto berkata. “Membangunkan dan berkongsi bakat-bakat kita boleh memberkati satu sama lain dan mendalami hubungan kita sebagai pelayan saudari.”

Cetak