2021
Bapa Syurgawi Inginkan Kita Untuk Menjadi Gembira
Julai 2021


“Bapa Syurgawi Inginkan Kita Untuk Menjadi Gembira,” Liahona, Julai 2021

Pesanan Bulanan Liahona, Julai 2021

Bapa Syurgawi Inginkan Kita Untuk Menjadi Gembira

Apabila kita mengingati rancangan kegembiraan Tuhan, kita boleh memperoleh kebahagiaan apabila menghadapi kesusahan hidup.

Kristus bersama kanak-kanak kecil

Sebelum kita dilahirkan di bumi, kita semua hidup bersama Bapa Syurgawi sebagai anak roh-Nya. Dia mempersembahkan satu rancangan untuk membantu anak-anak-Nya belajar dan berkembang. Melalui rancangan-Nya, kita boleh menjadi seperti Dia dan layak untuk menikmati kehidupan abadi. Rancangan ini wujud kerana Putera Tuhan, Yesus Kristus, datang ke bumi dan menderita bagi dosa-dosa kita, satu pengorbanan yang dikenali sebagai Korban Tebusan.

Rancangan Bapa Syurgawi dipanggil rancangan

Sepertimana ayat-ayat tersebut dan yang lain tunjukkan, Bapa Syurgawi inginkan kita untuk menjadi seperti Dia, kembali kepada Dia, dan menjadi gembira sepenuhnya (lihat Musa 1:39).

Kita Datang ke Bumi Untuk Belajar dan Berkembang

Tuhan menghantar kita ke bumi, supaya kita boleh mendapat badan fizikal (lihat Kejadian 1:26–27). Kita memerlukan badan untuk membolehkan kita mengalami kehidupan di bumi.

Tuhan tahu bahawa kita tidak akan sentiasa berasa gembira. Kita mengalami kekecewaan, penderitaan, dan juga kematian. Tetapi melalui cabaran-cabaran kehidupan, Bapa Syurgawi membantu kita belajar dan berkembang.

Tuhan juga memberikan kita hak pilihan, kebolehan untuk memilih baik dan jahat. Dia membenarkan kita pilih untuk diri sendiri berkenaan apa yang kita fikir dan lakukan. Dia telah memberikan kita ayat suci dan nabi hidup untuk membantu kita belajar membuat pilihan yang baik (lihat Abraham 3:25).

pokok kehidupan

Cuba Untuk Menjadi Seperti Yesus

Tuhan tidak menghantar kita di bumi tanpa contoh untuk kita teladani (lihat Yohanes 13:15). Tuhan telah menghantar Putera-Nya, Yesus Kristus, untuk menunjukkan kepada kita jalan yang betul. Untuk belajar meneladani Dia, kita boleh baca ayat suci untuk belajar siapa Dia dan apa yang Dia telah lakukan dalam kehidupan bumi-Nya. Kita cuba sedaya yang boleh untuk menjadi seperti Kristus dengan mematuhi Tuhan dan mengasihi sesama.

Apabila kita membuat kesilapan, kita meminta ampun dan menggunakan kuasa Korban Tebusan Yesus Kristus untuk membantu kita berubah. Kita boleh menjadi gembira apabila kita cuba untuk menjadi seperti Dia setiap hari.

Kematian Bukanlah Pengakhiran

Apabila kita mati, roh kita pergi ke dunia roh. Di sana kita meneruskan pembelajaran dan bersedia untuk Kebangkitan.

Semasa Kebangkitan, badan dan roh kita akan bersatu semula. Badan kita akan menjadi sempurna, dan kita tidak akan mati atau dilanda sakit lagi (lihat Alma 11:44–45). Sepertimana Yesus Kristus mati dan bangkit semula, kita juga akan hidup semula.

Apabila Tuhan menghakimi kita, Dia akan mempertimbangkan semua tindakan dan hasrat kita. Jika kita telah cuba mentaati perintah-perintah dan perjanjian bersama Bapa Syurgawi, maka kita boleh hidup bersama Dia semula.

Kehidupan Bersama Tuhan dan Keluarga Kita di Syurga

Di kerajaan selestial, kita akan hidup bersama Tuhan dan Yesus Kristus. Kita juga akan hidup bersama keluarga kita secara abadi jika telah dimeteraikan kepada mereka. Kita akan peroleh kedamaian, kegembiraan, dan rehat (lihat Mosia 2:41).

Kehidupan kita di bumi kadang kala susah, tetapi jika kita ikut Yesus Kristus, kita akan peroleh kebahagiaan dalam kehidupan ini dan kegembiraan abadi di dalam kehidupan yang akan datang.

Apakah yang Ayat Suci Katakan Tentang Rancangan Kegembiraan?

Cara kita menjalankan hidup kita adalah penting. Tuhan akan menghakimi dan memberi ganjaran berkadar dengan fikiran dan tindakan kita (lihat Alma 41:3).

Setan merupakan musuh kepada kegembiraan kita. Dia menggoda kita untuk menyalahgunakan kehidupan kita di bumi dan untuk melakukan dosa. Dia inginkan kita getir seperti dia (lihat 2 Nefi 2:27).

Apabila kita mempercayai rancangan Tuhan bagi kita, kita akan memperoleh kedamaian walau apapun percubaan yang dihadapi. Kita boleh berharap untuk hidup bersama Tuhan secara abadi (lihat Ajaran dan Perjanjian 59:23).

Semua karya seni oleh J. Kirk Richards