2021
Imamat Ialah Kuasa Tuhan
Ogos 2021


“Imamat Ialah Kuasa Tuhan,” Liahona, Ogos 2021

Pesanan Bulanan Liahona, Ogos 2021

Imamat Ialah Kuasa Tuhan

Tuhan memberkati kita melalui kuasa imamat. Berkat imamat tersedia bagi semua orang.

Imamat ialah kuasa Tuhan. Dia menggunakan kuasa ini untuk memberkati anak-anak-Nya dan membantu mereka kembali untuk hidup bersama-Nya. Tuhan memberikan kuasa imamat kepada anak-anak-Nya di bumi. Dengan kuasa ini, para pemimpin imamat boleh memimpin Gereja, dan para pemegang imamat boleh melaksanakan tatacara kudus, seperti pembaptisan, yang membantu kita mendekati Tuhan. Setiap lelaki dan wanita yang menerima tatacara imamat dengan layak dan mentaati perjanjian kudus mempunyai akses kepada kuasa Tuhan.

Imej
sakramen

Kuasa Imamat Diberikan kepada Joseph Smith

Ketika Yesus Kristus di bumi, Dia memimpin Gereja-Nya dengan kuasa imamat. Dia juga memberikan kuasa ini kepada para Rasul-Nya. Berabad selepas kematian mereka, ramai ahli menjauhi daripada Gereja. Ahli-ahli ini mengubah injil dan cara Gereja berfungsi. Imamat Tuhan tidak lagi berada di bumi pada masa itu. Pada tahun 1829, Yesus mengutus Yohanes Pembaptis dan Rasul Petrus, Yakobus dan Yohanes untuk memberikan imamat kepada Joseph Smith. Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir adalah satu-satunya organisasi di bumi dengan wewenang Tuhan.

Imej
pemulihan Imamat Melkisedek

The Voice of Peter, James, and John (Suara Petrus, Yakobus dan Yohanes), oleh Linda Curley Christensen dan Michael T. Malm

Kunci-kunci Imamat

Kunci-kunci imamat adalah wewenang untuk mengarahkan penggunaan imamat, seperti kebenaran untuk melaksanakan tatacara-tatacara. Yesus Kristus memegang semua kunci imamat. Presiden Gereja adalah satu-satunya yang boleh kunci-kunci imamat untuk memimpin seluruh Gereja. Di bawah arahannya, orang lain boleh menggunakan kunci-kunci tertentu untuk melaksanakan pekerjaan Tuhan. Para pemimpin seperti uskup dan presiden pancang menggunakan kunci-kunci imamat untuk memimpin bahagian dan pancang mereka. Panggilan untuk melayan datang daripada pemimpin yang mempunyai kunci imamat, oleh itu ahli-ahli yang melayan dalam panggilan menggunakan wewenang imamat semasa melaksanakan tugas mereka.

Imamat Melkisedek dan Imamat Harun

Imamat ada dua bahagian: Imamat Melkisedek dan Imamat Harun. Melalui Imamat Melkisedek, pemimpin Gereja mengarahkan semua pekerjaan rohani Gereja, seperti pekerjaan penginjil dan bait suci. Imamat Harun berfungsi di bawah wewenang Imamat Melkisedek. Ia digunakan untuk melaksanakan tatacara-tatacara seperti pembaptisan dan sakramen.

Imej
pembaptisan

Berkat-berkat Imamat

Melalui perjanjian dan tatacara, Tuhan menjadikan berkat imamat tersedia kepada semua anak-Nya. Berkat-berkat ini termasuk pembaptisan, kurnia Roh Kudus, sakramen dan tatacara-tatacara bait suci. Lelaki dan wanita yang dianugerah di bait suci menerima kurnia kuasa imamat Tuhan melalui perjanjian mereka. Kita juga boleh menerima berkat-berkat imamat seperti penyembuhan, penghiburan dan bimbingan.

Imej
pengantin baru di bait suci

Apakah yang Tulisan Suci Menyatakan tentang Imamat?

Imamat yang wujud pada zaman purba merupakan imamat sama yang wujud sekarang (lihat Musa 6:7).

Kunci-kunci imamat memastikan kita melaksanakan pekerjaan Tuhan dengan teratur (lihat Ajaran dan Perjanjian 42:11).

Orang lelaki yang memegang imamat boleh menggunakannya “[hanya] berdasarkan asas-asas kesolehan” (Ajaran dan Perjanjian 121:36).

Beberapa tugas pemegang imamat digambarkan dalam Ajaran dan Perjanjian 20:38–67.

Cetak