2021
Sejarah Keluarga Membantu Nenek Moyang Kita
Disember 2021


“Sejarah Keluarga Membantu Nenek Moyang Kita,” Liahona, Disember 2021

Pesanan Bulanan Liahona, Disember 2021

Sejarah Keluarga Membantu Nenek Moyang Kita

Sejarah keluarga ialah meneroka dan belajar tentang ahli keluarga kita. Kita juga mengumpulkan maklumat tentang nenek moyang kita supaya kita boleh melakukan pekerjaan bait suci untuk mereka.

Imej
alt teks

Keluarga adalah utama di dalam rancangan kebahagiaan Bapa Syurgawi. Dia telah menyediakan satu cara bagi keluarga untuk berterusan selamanya. Semasa kita melakukan sejarah keluarga dan pekerjaan bait suci, kita membantu membawa ahli keluarga kita, yang hidup mahupun yang mati, bersama. (“Pekerjaan Bait Suci” bermaksud menerima tatacara bait suci untuk diri kita, seperti dimeteraikan kepada pasangan kita, dan juga melakukan tatacara-tatacara di bait suci untuk nenek moyang kita.)

Sejarah Keluarga dan Pekerjaan Bait Suci

Setiap orang yang telah hidup atau akan hidup di bumi memerlukan tatacara-tatacara injil. Jika nenek moyang kita tidak mempunyai peluang itu, kita boleh melaksanakan tatacara-tatacara bagi mereka di bait suci. Salah satu tatacara itu ialah dimeteraikan kepada ahli keluarga. “Dimeteraikan” bermaksud kita akan dapat hidup selamanya bersama keluarga jika kita soleh. Kita boleh dimeteraikan kepada keluarga kita hanya di dalam bait suci.

Berkat-berkat Pekerjaan Sejarah Keluarga

Imej
keluarga

Sejarah keluarga boleh membantu kita memperkuatkan hubungan kita dengan ahli keluarga kita yang hidup. Semasa kita kongsi cerita, gambar,dan kenangan lain dengan satu sama lain, kita mengukuhkan ikatan keluarga. Kita juga menguatkan kasih yang kita ada untuk satu sama lain. Para nabi juga telah berjanji bahawa membuat sejarah keluarga kita akan membawa kita lebih dekat kepada Yesus Kristus.

Menemukan Nenek Moyang Kita

Imej
catatan-catatan dalam bahasa Cina

Bapa Syurgawi mahu kita dimeteraikan kepada keluarga kita sekarang dan kepada nenek moyang kita. Sebelum kita boleh dimeteraikan kepada nenek moyang kita, kita perlu mencari dan menyimpan maklumat tentang mereka. Tetapi sejarah keluarga lebih daripada menyelidiki nama, tarikh, dan tempat. Semasa kita belajar tentang nenek moyang kita, kita akan rasa lebih terhubung dengan mereka.

Cetak