2022
Perjanjian Menghubungkan Kita dengan Tuhan
Februari 2022


“Perjanjian Menghubungkan Kita dengan Tuhan,” Liahona, Februari 2022

Pesanan Liahona Bulanan, Februari 2022

Perjanjian Menghubungkan Kita dengan Tuhan

Membuat dan mentaati perjanjian membawa berkat.

Perjanjian ialah janji antara Bapa Syurgawi dan anak-anak-Nya. Dia menetapkan syarat-syarat untuk perjanjian-perjanjian yang kita buat dengan Dia. Apabila kita melakukan apa yang Dia minta, kita menerima banyak berkat. Dan kita tidak hanya mendapat berkat di bumi—apabila kita membuat dan mentaati perjanjian, kita akan kembali untuk hidup bersama Tuhan dan keluarga kita di syurga satu hari.

pembaptisan

Perjanjian dan Tatacara

Kita membuat perjanjian-perjanjian dalam tatacara-tatacara tertentu. Kita perlu menerima tatacara-tatacara tersebut dan mematuhi perjanjian-perjanjian itu untuk kembali hidup bersama Tuhan. Tatacara-tatacara dilaksanakan oleh wewenang imamat. Tatacara-tatacara itu termasuk pembaptisan dan penetapan, menerima Imamat Melkisedek (untuk lelaki), dan tatacara-tatacara yang kita terima di bait suci. Semasa sakramen, ahli Gereja memperbaharui janji yang mereka telah buat kepada Tuhan (lihat Ajaran dan Perjanjian 20:77, 79).

sakramen

Perjanjian Membantu Kita Hidup Dengan Soleh

Semasa pembaptisan, kita berjanji untuk mengikuti Yesus Kristus, sentiasa mengingati-Nya, dan mematuhi perintah-perintah (lihat Ajaran dan Perjanjian 20:37). Tuhan berjanji bahawa Roh Kudus akan selalu bersama kita.

Apabila lelaki menerima imamat, mereka berjanji untuk hidup dengan layak bagi kuasa imamat Tuhan. Tuhan berjanji untuk memberkati mereka. (Lihat Ajaran dan Perjanjian 84:33–40.)

Bait Suci Brazil Recife

Ilustrasi Bait Suci Recife Brazil oleh James Porter

Perjanjian yang Kita Buat dalam Bait Suci

Apabila ahli-ahli Gereja menerima anugerahan mereka dalam bait suci, mereka berjanji untuk hidup dengan soleh dan berkorban demi injil. Mereka dijanjikan kuasa daripada Tuhan (lihat Ajaran dan Perjanjian 38:32; 109:22).

Semasa pemeteraian bait suci, seorang suami dan isteri berkahwin untuk keabadian dan berjanji untuk setia kepada satu sama lain dan kepada Tuhan. Tuhan berjanji bahawa mereka boleh kembali kepada-Nya dan hidup sebagai keluarga selamanya. (Lihat Ajaran dan Perjanjian 132:19–20.)

misionari

Kita Ialah Umat Perjanjian

Mereka yang menyertai Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir menjadi umat perjanjian Tuhan. Mereka juga mewarisi berkat dan tanggungjawab perjanjian Abraham (lihat Galatia 3:27–29). Menjadi sebahagian umat perjanjian Tuhan bermaksud kita membantu satu sama lain semasa kita mendekati Kristus. Ia juga bermaksud kita berusaha untuk menguatkan Gereja Tuhan di bumi. Apabila kita mentaati perjanjian kita, kita dapat mencari kuasa dan kekuatan daripada Tuhan.