2022
Melayani dalam Panggilan Gereja
Mac 2022


“Melayani dalam Panggilan Gereja,” Liahona, Mac 2022.

Pesanan Liahona Bulanan, Mac 2022

Melayani dalam Panggilan Gereja

Pemimpin Gereja meminta ahli-ahli untuk melayani dalam tugasan tertentu yang dikenali sebagai “panggilan.” Panggilan memberi ahli-ahli peluang untuk melayani orang lain dan mendekati Tuhan.

seorang lelaki dalam kerusi roda mengajar sebuah kelas Gereja

Foto oleh David Bowen Newton

Apabila kita melayani dalam panggilan, kita membantu mencapai pekerjaan Tuhan. Kita mengajar orang lain tentang Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus dan membantu mereka yang kita ajar mendekati Mereka. Kita juga menerima berkat apabila kita melayani dengan beriman.

Menerima Panggilan

pemuda berdiri di hadapan jemaah Gereja

Mereka yang melayani dalam Gereja dipanggil oleh Tuhan. Para pemimpin Gereja berdoa untuk ilham bagi mengetahui siapa yang patut diminta untuk melayani dalam setiap panggilan. Seorang pemimpin kemudian meminta seorang ahli untuk melayani dan menjelaskan tugas-tugas panggilan itu. Para ahli disokong dalam pertemuan Gereja di mana ahli-ahli bahagian atau cabang menawarkan satu undi sokongan. Ini bererti mereka sanggup menyokong orang yang dipanggil. Kemudian ahli tersebut akan diberikan berkat oleh seorang pemimpin imamat. Ini dipanggil ditetapkan. Ahli akan diberikan wewenang untuk bertindak dalam panggilan itu dan berkat-berkat lain untuk membantu dia melayani.

Uskup

Uskup ialah seorang pemimpin bahagian. (Dalam satu cabang, seorang presiden cabang menyerupai seorang uskup.) Presiden pancang mencadangkan seorang pemegang imamat yang layak untuk dipanggil sebagai uskup. Presidensi Utama meluluskan panggilan itu. Uskup kemudiannya disokong dan ditetapkan untuk melayani. Dia juga menerima kunci-kunci imamat, yang bermaksud dia mempunyai wewenang untuk mengarahkan bahagian. Sebagai uskup, dia melayani dan memimpin semua ahli bahagian.

Presidensi

Organisasi kuorum imamat dan Lembaga Pertolongan, Remaja Puteri, Sekolah Primer, dan Sekolah Minggu dipimpin oleh presidensi, biasanya seorang presiden dan dua orang penasihat. Presidensi kuorum penatua dipanggil dan ditetapkan oleh presidensi pancang. Lembaga uskup meminta ahli-ahli untuk melayan dalam presidensi lain dalam bahagian dan menetapkan mereka. Semua pemimpin melayani ahli-ahli dalam kuorum atau organisasi mereka. Mereka melayani keperluan ahli-ahli dan membantu mereka merasakan kasih Tuhan.

wanita membawa makanan kepada seorang ibu yang sedang mendukung anak

Panggilan Lain

Panggilan-panggilan Gereja lain termasuk mengajar, membantu dengan muzik, menyimpan rekod, merancang aktiviti untuk remaja atau kanak-kanak, dan melayani dengan cara lain. Setiap panggilan dalam Gereja penting dan memberi ahli-ahli peluang untuk melayani orang lain dan melayani Tuhan. Apabila kita semua bekerjasama untuk melaksanakan panggilan kita, kita memperkuatkan orang lain dan membantu Gereja berkembang.