“Sakramen: Cara untuk Mengingati Juruselamat,” Liahona, Apr. 2022.
Pesanan Bulanan Liahona, April 2022
Sakramen: Cara untuk Mengingati Juruselamat
Pada malam sebelum Dia disalibkan, Yesus Kristus bertemu dengan para Rasul-Nya di Perjamuan Terakhir. Di sana Dia memberi mereka sakramen buat kali pertama. Dia menjelaskan bahawa ia adalah satu cara bagi mereka untuk mengingati-Nya. Sakramen adalah tatacara di mana kita mengambil roti dan air untuk mengingati Korban Tebusan Kristus. Roti melambangkan tubuh-Nya, dan air melambangkan darah-Nya.
Kita mengambil sakramen setiap hari Ahad semasa pertemuan sakramen. Kita menyanyikan lagu rohani sementara pemegang imamat memecahkan roti kepada kepingan-kepingan kecil.
Para pemegang imamat yang memecahkan roti mengucapkan doa-doa istimewa. Doa-doa ini terdapat dalam Ajaran dan Perjanjian 20:77, 79. Doa-doa ini mengingatkan kita apa yang kita telah janji kepada Bapa Syurgawi dan apa yang Dia telah janjikan kepada kita.
Pemegang imamat lain mengedarkan sakramen kepada para ahli bahagian atau cabang. Apabila kita mengambil sakramen, kita mengingati Juruselamat dan pengorbanan-Nya untuk kita. Kita juga bertekad untuk mentaati perjanjian (janji-janji) yang kita telah buat dengan Bapa Syurgawi.
Kita takzim semasa sakramen diberkati dan diedarkan. Ia adalah masa untuk kita berfikir tentang kehidupan, ajaran, dan Korban Tebusan Yesus Kristus. Kita juga boleh berfikir tentang bagaimana kita boleh mengikuti teladan-Nya.
© 2022 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved. Dicetak di Amerika Syarikat. Kelulusan Bahasa Inggeris: 6/19. Kelulusan terjemahan: 6/19. Terjemahan Monthly Liahona Message, April 2022. Malay. 18314 348