2022
Dipimpin oleh Para Nabi yang Hidup
September 2022


“Dipimpin oleh Para Nabi yang Hidup”, Liahona, Sept. 2022.

Pesanan Bulanan Liahona, September 2022

Dipimpin oleh Para Nabi yang Hidup

Imej
Para pemimpin Gereja di hadapan arca Kristus

Nabi ialah orang lelaki yang dipanggil oleh Bapa Syurgawi untuk berucap bagi-Nya. Mereka bersaksi tentang Yesus Kristus dan mengajarkan injil-Nya. Ahli gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir percaya kepada nabi zaman dahulu mahupun moden.

Tuhan Berucap melalui Para Nabi

Para nabi menerima wahyu daripada Tuhan. Apabila para nabi diilhami untuk mengajar kita, ini adalah sama seperti Tuhan berucap kepada kita (lihat Ajaran dan Perjanjian 1:38). Kita boleh berasa yakin bahawa mereka memberitahu kita perkara yang Tuhan inginkan kita ketahui.

Imej
Mormon dengan kepingan-kepingan emas

Mormon Abridging the Plates (Mormon Meringkaskan Kepingan-kepingan), oleh Tom Lovell

Nabi Mengajar tentang Yesus Kristus

Semua nabi bersaksi tentang Yesus Kristus. Mereka mengajar kita bahawa Dia ialah Putera Tuhan. Mereka mengajar kita tentang kehidupan, teladan dan Korban Tebusan-Nya. Mereka juga menunjukkan kepada kita cara untuk mengikuti-Nya dan mematuhi perintah-Nya.

Tanggungjawab Para Nabi

Para nabi mengajarkan injil Yesus Kristus. Mereka menjelaskan berkat yang kita terima apabila kita mematuhi perintah dan akibat yang kita terima jika tidak. Kadangkala, mereka mungkin diilhami untuk memberitahu kita tentang peristiwa masa akan datang.

Imej
Musa memegang batu bersurat

Moses and the Tablets (Musa dan Batu Bersurat), oleh Jerry Harston

Para Nabi Zaman Dahulu

Tuhan telah mengajar orang ramai melalui para nabi sejak awal lagi. Para nabi yang hidup pada zaman Perjanjian Lama termasuk Adam, Nuh, Abraham, Musa, Yesaya dan lain-lain. Terdapat nabi-nabi juga di kalangan orang Kitab Mormon. Para nabi ini termasuk Lehi, Mosia, Alma dan Moroni. Kita boleh belajar perkara yang diajar oleh mereka dengan membaca tulisan suci.

Nabi Zaman Moden

Joseph Smith merupakan nabi pertama pada zaman moden. Dia memulihkan Gereja Yesus Kristus ke bumi. Russell M. Nelson ialah nabi dan Presiden Gereja pada hari ini. Penasihatnya dalam Presidensi Utama dan Dua Belas Rasul juga merupakan nabi, pelihat dan pewahyu.

Imej
pasangan sedang menonton persidangan melalui telefon

Mendengar Nabi

Nabi berucap kepada kita semasa persidangan umum dan pada masa-masa lain. Dia mengajar kita perkara yang Tuhan menginginkan agar kita ketahui dan cara mengikuti Yesus Kristus pada hari ini. Kita boleh mencari ajaran-ajarannya dalam Liahona dan di ChurchofJesusChrist.org.

Berkat Mengikuti Nabi

Kita akan diberkati jika kita mengikut ajaran-ajaran nabi. Apabila kita mengikuti nabi, kita boleh tahu bahawa kita melakukan perkara yang Tuhan menginginkan kita lakukan. Kita boleh merasa kedamaian dalam hidup kita dan lebih mendekati Yesus Kristus.

Cetak