2022
Mengapa Kita Membayar Persepuluhan
Disember 2022


“Mengapa Kita Membayar Persepuluhan,” Liahona, Dis. 2022.

Pesanan Bulanan Liahona, Disember 2022

Mengapa Kita Membayar Persepuluhan

syiling bertindan

Ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir memberikan satu persepuluh daripada pendapatan mereka kepada Gereja. Ini dipanggil persepuluhan. Wang ini digunakan untuk melaksanakan pekerjaan Gereja di seluruh dunia.

Apakah itu Persepuluhan?

Salah satu perintah Tuhan adalah untuk membayar persepuluhan, iaitu satu persepuluh daripada pendapatan kita, kepada Gereja-Nya. Apabila membayar persepuluhan, kita menunjukkan kesyukuran terhadap Tuhan atas berkat kita. Kita menunjukkan kepercayaan kepada Tuhan dan bersedia untuk mematuhi-Nya dalam segala hal.

orang ramai membawa barang kepada Melkisedek sebagai bayaran persepuluhan

Melchizedek—Keeper of the Storehouse [Melkisedek—Penjaga Gudang Penyimpanan], oleh Clark Kelley Price

Ajaran-ajaran Perjanjian Lama

Umat Tuhan telah membayar persepuluhan sejak zaman Perjanjian Lama. Contohnya, Abraham membayar sepersepuluh (lihat Kejadian 14:18–20). Hukum persepuluhan turut diajar oleh para nabi zaman dahulu, termasuk Musa dan Maleakhi (lihat Imamat 27:30–34; Nehemia 10:35–37; Maleakhi 3:10).

Pemulihan Hukum Persepuluhan

Pada tahun 1838, Nabi Joseph Smith menanya Tuhan cara para ahli Gereja harus membayar persepuluhan. Jawapan Tuhan tercatat dalam Ajaran dan Perjanjian 119, yang mengatakan bahawa ahli harus memberikan satu persepuluh daripada kepentingan mereka kepada Gereja (lihat ayat 4). Para pemimpin Gereja mengajar bahawa “kepentingan” bermaksud pendapatan.

orang berjabat tangan sambil salah seorang menghulurkan sampul kepada yang lain

Foto oleh Jamie Dale Johnson

Cara Membayar Persepuluhan

Kita boleh membayar persepuluhan dengan mengisi borang dermaan dalam talian di donations.ChurchofJesusChrist.org. Atau kita boleh mengisi borang kertas dan memberikan wang itu kepada ahli lembaga uskup atau presidensi cabang. Semua wang ini dihantar ke ibu pejabat Gereja, para pemimpin Gereja (Presidensi Utama, Kuorum Dua Belas Rasul dan Uskup Utama) akan penuh doa memutuskan cara wang ini akan digunakan.

Berkat

Tuhan telah berjanji bahawa mereka yang membayar persepuluhan akan diberkati secara duniawi dan rohani. Persepuluhan juga memberkati semua anak Tuhan dengan peluang untuk belajar tentang-Nya dan berkembang dalam injil.

Bait Suci Salt Lake

Cara Dana Persepuluhan Digunakan

Wang persepuluhan digunakan untuk membangunkan Gereja Tuhan di seluruh dunia. Ini termasuk membina bait suci dan struktur Gereja yang lain, mencetak tulisan suci dan bahan lain, membiayai sekolah milik Gereja serta membantu dalam sejarah keluarga dan pekerjaan misionari.

Pengakuan Persepuluhan

Setahun sekali, ahli Gereja bertemu dengan uskup (atau presiden cabang) untuk maklumkan jika mereka pembayar persepuluhan penuh.

Tempat Persepuluhan Dibelanjakan

Bait Suci Oakland California

Foto Bait Suci Oakland California oleh Longin Lonczyna Jr.

salinan Kitab Mormon dalam pelbagai bahasa
tempat pertemuan