2023
Sumber untuk Remaja dan Kanak-kanak
Februari 2023


“Sumber untuk Remaja dan Kanak-kanak”, Liahona, Feb. 2023.

Pesanan Bulanan Liahona, Februari 2023

Sumber untuk Remaja dan Kanak-kanak

ibu bapa membaca tulisan suci dengan anak

Ibu bapa mempunyai tanggungjawab utama untuk mengajar anak mereka tentang Yesus Kristus dan Injil-Nya. Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir mempunyai organisasi, program dan sumber lain untuk membantu ibu bapa dalam usaha mereka. Bersama-sama, para ibu bapa, pemimpin Gereja dan rakan boleh membantu semua kanak-kanak serta anak remaja datang kepada Kristus.

Kanak-kanak sekolah primer

Foto oleh Ben Johnson

Sekolah Primer

Sekolah Primer ialah organisasi Gereja bagi kanak-kanak yang berumur 18 bulan hingga 11 tahun. Di Sekolah Primer, kanak-kanak belajar tentang Yesus Kristus dan Injil-Nya melalui pelajaran, muzik dan aktiviti. Sekolah Primer membantu kanak-kanak merasai kasih Tuhan terhadap mereka.

Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri

Menjelang bulan Januari pada tahun di mana kanak-kanak itu akan berumur 12 tahun, mereka berpindah daripada Sekolah Primer ke kuorum Imamat Harun (bagi kanak-kanak lelaki) atau kelas Remaja Puteri (bagi kanak-kanak perempuan). Dalam kuorum dan kelas mereka, para remaja terus memperkukuhkan kesaksian mereka serta melayani orang lain.

Tangan-tangan melukis gambar

Program Kanak-kanak dan Remaja

Sepanjang zaman muda-Nya, Yesus Kristus “bertambah besar dan bijaksana, dan Dia menyenangkan hati Tuhan mahupun manusia” (Lukas 2:52). Program Kanak-kanak dan Remaja membantu ahli gereja muda mengikut teladan Kristus. Mereka belajar dan berkembang dalam semua aspek kehidupan mereka—secara rohani, sosial, jasmani dan intelektual.

Majalah Gereja

Majalah Gereja untuk kanak-kanak ialah majalah Friend. Untuk Kekuatan Remaja ialah majalah untuk para remaja. Majalah-majalah ini mengandungi cerita, ajaran serta aktiviti yang ditulis khas untuk kanak-kanak dan anak remaja.

kulit buku panduan dalam bahasa Sepanyol

Buku Panduan Untuk Kekuatan Remaja

Untuk Kekuatan Remaja: Panduan untuk Membuat Pilihan mengajar para remaja tentang kebenaran injil. Ia mengajar mereka cara untuk membuat keputusan yang akan membantu mereka mengikuti Yesus Kristus. Ia turut mengandungi jawapan kepada soalan-soalan yang para remaja mungkin ada tentang cara mengamalkan injil.

Gospel Library

Gospel Library mempunyai banyak sumber digital, termasuk video, muzik, cerita tulisan suci dan aktiviti. Ia turut merangkumi sumber untuk membantu ibu bapa dan pemimpin mengajar asas-asas injil. Sumber-sumber ini boleh didapati dalam Gospel Library di ChurchofJesusChrist.org dan dalam aplikasi Gospel Library.

Persidangan FSY

Bermula dari tahun mereka berumur 14 tahun, anak remaja dijemput untuk menghadiri persidangan Untuk Kekuatan Remaja (FSY). Acara-acaranya merangkumi aktiviti dan kelas yang membantu memperkukuhkan keimanan terhadap Yesus Kristus di samping membantu anak remaja berkembang secara rohani, sosial, jasmani dan intelektual.