“Berkat Imamat,” Liahona, Mac 2023.
Pesanan Liahona Bulanan, Mac 2023
Berkat Imamat
Berkat imamat diberikan melalui ilham oleh pemegang Imamat Melkisedek. Berkat imamat membolehkan semua anak Tuhan menerima kuasa, penyembuhan, ketenangan dan bimbingan-Nya.
Imamat
Imamat adalah kuasa dan wewenang Tuhan. Lelaki layak yang memegang Imamat Melkisedek bertindak dalam nama Yesus Kristus apabila mereka memberi berkat imamat. Semasa mereka memberi berkat-berkat ini, mereka mengikuti teladan Juruselamat untuk memberkati orang lain.
Bagaimana Berkat Diberikan
Berkat-berkat imamat diberikan melalui peletakan tangan. Seorang pemegang Imamat Melkisedek meletakkan tangannya di atas kepala orang yang menerima berkat itu. Kemudian dia memberi berkat seperti diarahkan oleh Roh. Mereka yang memberi berkat dan yang menerima berkat menjalankan iman kepada Tuhan dan mempercayai kehendak dan masa-Nya.
Penamaan dan Pemberkatan Anak
Selepas seorang anak dilahirkan, seorang pemegang imamat memberikan dia nama dan berkat (lihat Ajaran dan Perjanjian 20:70). Ini biasanya berlaku dalam pertemuan puasa dan kesaksian. Pertama, anak itu diberikan nama. Kemudian pemegang imamat memberi anak tersebut satu berkat.
Berkat-berkat untuk yang Sakit
Pemegang Imamat Melkisedek boleh memberi berkat kepada orang yang sakit. Berkat seperti ini mempunyai dua bahagian: menyapu dengan minyak dan memeteraikan penyapuan minyak. Pertama, seorang pemegang imamat meletakkan setitik minyak zaitun yang telah dibakti, atau diberkati, ke atas kepala orang itu dan menyatakan satu doa pendek. Kemudian pemegang imamat lain memeteraikan penyapuan itu dan memberi orang itu satu berkat menurut bimbingan Roh Kudus.
Memberi Berkat Kelegaan dan Nasihat
Pemegang Imamat Melkisedek boleh memberi berkat-berkat kelegaan dan nasihat kepada ahli keluarga dan orang lain yang memintanya. Seorang bapa yang memegang Imamat Melkisedek boleh memberikan berkat bapa kepada anak-anaknya. Ini mungkin sangat membantu apabila kanak-kanak menghadapi cabaran istimewa.
Menetapkan Ahli untuk Melayan dalam Panggilan
Apabila ahli Gereja menerima panggilan, mereka diberi berkat apabila mereka ditetapkan untuk melayan. Seorang pemimpin imamat memberkati mereka dengan wewenang untuk bertindak dalam panggilan itu. Pemimpin imamat juga memberi mereka berkat untuk membantu dalam pelayanan mereka.
Berkat Bapa Bangsa
Setiap ahli Gereja yang layak boleh menerima berkat bapa bangsa. Berkat ini memberikan nasihat peribadi daripada Tuhan. Ia boleh memberi bimbingan dan penghiburan sepanjang kehidupan seseorang. Ia juga memberitahu keturunan orang itu di dalam bani Israel. Hanya seorang bapa bangsa yang ditahbiskan boleh memberi jenis berkat ini.
© 2023 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved. Dicetak di Amerika Syarikat. Kelulusan Bahasa Inggeris: 6/19. Kelulusan terjemahan: 6/19. Terjemahan Monthly Liahona Message, Mac 2023. Language. 18905 348