2023
Berkongsi Injil Yesus Kristus
Julai 2023


“Berkongsi Injil Yesus Kristus,” Liahona, Julai 2023.

Pesanan Liahona Bulanan, Julai 2023

Berkongsi Injil Yesus Kristus

Imej
remaja puteri dengan tulisan suci terbuka di atas peha

Apabila kita berfikir tentang berkat-berkat yang kita terima sebagai ahli kepada Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, kita ingin berkongsi injil dengan orang yang dikasihi. Kita boleh berkongsi kesaksian tentang kebenaran melalui kata-kata dan teladan kita. Kita boleh berdoa untuk tahu kepada siapa yang harus dikongsi dan apa yang harus dikatakan.

Imej
Yesus menghulurkan tangan kepada seorang lelaki yang sakit

Mengasihi Orang Lain

Bahagian penting dalam perkongisan injil ialah mengasihi orang lain. Apabila kita menunjukkan kasih kepada orang lain melalui tindakan seperti Kristus, kita berkongsi injil Yesus Kristus—kadang-kadang tanpa berkata-kata. Dan apabila orang lain tahu bahawa kita benar-benar mengambil berat tentang mereka, mereka pula mungkin lebih terbuka untuk mendengar tanggapan kita tentang injil. (Lihat Gary E. Stevenson, “Kasih, Kongsi, Jemput,” Liahona, Mei 2022, 84–87.)

Kongsi dengan Cara Yang Normal dan Lazim

Kita boleh berkongsi apa yang kita kasihi tentang injil. Apabila kita melakukan ini dalam kehidupan harian kita, ia tidak akan kekok atau tidak selesa. Contohnya, kita boleh bercakap dengan keluarga dan kawan-kawan kita tentang apa yang kita lakukan pada hari Ahad. Atau kita boleh memberitahu mereka tentang kegembiraan yang kita rasakan ketika kita melayani orang lain. (Lihat Dieter F. Uchtdorf, “Kerja Penginjil: Kongsilah Apa Dalam Hati Anda,” Liahona, Mei 2019, 15–18.)

Jemput Orang Lain untuk Menyertai Kita

Kita boleh menjemput orang lain untuk belajar lebih lanjut tentang injil. Contohnya, kita boleh menjemput orang untuk datang ke pertemuan atau aktiviti Gereja, membaca Kitab Mormon, menonton video Gereja atau bertemu dengan misionari. Pengalaman ini dapat membantu mereka merasai Roh dan ingin belajar dengan lebih lagi.

Imej
dua wanita duduk dan berbual

Tanya tentang Pengalaman Mereka

Selepas kawan-kawan dan ahli keluarga datang ke gereja atau terima pelajaran dengan misionari, kita boleh tanya tentang pengalaman mereka. Ada ajaran injil yang mungkin baharu bagi mereka, jadi kita boleh menjawab soalan-soalan yang mereka ada. Kita boleh tunjukkan kasih dan sokongan kita atas usaha mereka untuk datang kepada Kristus.

Menambah kepada Kepercayaan Mereka

Kita menghargai dan menghormati kepercayaan orang lain, dan cuba menambahkan iman yang mereka miliki. Contohnya, seorang kawan yang menemui penghiburan dalam tulisan suci Alkitab juga boleh mendapat penghiburan dalam ajaran-ajaran yang kita kongsi daripada Kitab Mormon.

Imej
remaja puteri membantu wanita yang lebih tua untuk melintasi jalan

Bantu Ahli-ahli Baharu Gereja

Apabila orang menyertai Gereja, kita boleh bantu menguatkan iman mereka. Kita boleh menjadi kawan mereka, menjawab soalan mereka, dan menyokong mereka apabila mereka menerima panggilan. Kita boleh menggalakkan mereka untuk terus mengikuti Yesus Kristus dan belajar tentang injil-Nya.

Imej
dua misionari dan seorang lelaki melihat telefon bersama

Melayani Misi Sepenuh Masa

Selain berkongsi injil dalam kehidupan seharian kita, ahli-ahli Gereja boleh dipanggil untuk melayani sebagai misionari sepenuh masa. Jika ahli-ahli bersedia, remaja putera boleh melayani seawal umur 18. Remaja puteri dan orang dewasa yang lebih tua juga boleh melayani. Anda boleh mencari maklumat lanjut di ChurchofJesusChrist.org/callings/missionary.

Cetak